CHAPTER 35

1.3K 119 21
                                    

Elvand mengambil tempat bersebelahan tubuh yang terbaring kaku itu.Muka Arya yang pucat menimbulkan perasaan serba salah di hatinya.
Perlahan-lahan tangannya mengenggam erat tangan Arya.

"I'm sorry..I'm really sorry..please wake up."

Melihatkan tiada respon dari Arya dia memejamkan matanya.Kalau lah dia perasan akan serigala yang cuba menyerangnya,Arya tidak akan menolaknya dan terkena racun itu.Star juga tidak akan menjadi mangsa.Kalaulah..

"Kalau kau tak bangun,aku suapkan arnab masuk dalam mulut kau biar kau muntah."

"Cepat bangun..perjuangan kau masih belum berakhir.."

"Aku tunggu kau my -"

"Apa yang kau buat kat sini?"

Elvand menoleh memandang Aryan yang berdiri berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya pada pintu.

"Aku dah bagi amaran dekat kau El,jauhkan diri kau dari Ary!"

"Why should i Ian?"

"Sebab kau hanya akan sakitkan hati dia El.Please jangan sakitkan dia!"

Elvand mengabaikan Aryan.Matanya kembali menatap raut wajah Arya yang sudah tiga hari tidak sedarkan diri.

"Jangan sampai kau hilang dia baru kau nak hargai dia Elvand Mariel."

"Aku takkan kehilangan dia Ian sebab dia tak kan tinggalkan aku."

"Jangan terlalu yakin,kau tak kenal lagi sifat sebenar dia."

Elvand merengus kasar,genggaman pada tangan Arya dilepaskan sebelum melangkah keluar.

Aryan yang melihat tersenyum sinis.Katil Arya didekati perlahan.Senyuman hambar menghiasi wajahnya.

"Kak Iya,cepat bangun Ian risau.Ian belum bagitahu Kak Yna tentang perkara ni sebab Ian takut dia risau.Kak Iya tahu kan Kak Yna seorang yang cepat gelabah,nanti dia datang sini pula bila tahu Kak Iya terlantar tak sedarkan diri."

"Ayahnda dan Bonda pula masih tak dapat dihubungi.Ian buntu,Ian tak tau nak buat apa.Kak Iya bangunlah.Please Kak Iya,I'm begging you.."

Mata Aryan berkaca.Terus dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk mengelakkan air matanya jatuh.Dia tidak ingin kelihatan lemah di hadapan kakandanya.

"Bising lah Ian ni,orang nak tidur pun susah."

Aryan terkedu,matanya terbuntang luas mendengar suara lemah Arya.

"Kak Iya.."

Arya tertawa lemah melihat Aryan yang sudah tercebik-cebik menahan tangisan.Suaranya juga sudah bergetar.

"Nak nangis,nangis je lah."

"Huargh Kak Iya!"

Tubuh Arya ditarik kedalam pelukan.Air matanya sudah bercucuran jatuh.Ya dia sangat gembira melihat kakandanya.

"Ergh Ian- s-sakit!"

"Ha sakit?! Kejap Ian nak panggil healer!"

Arya menarik tangan Aryan yang baru sahaja mahu melangkah.Muka gelabah Aryan menggelikan hatinya.Bahunya yang terasa berdenyut-denyut ditahan.
Berkerut mukanya menahan sakit.

"Kak Iya!"

"I-i am okay Ian."

Tubuh Arya ditolak perlahan sehingga Arya terbaring semula.

"Sorry Kak Iya,Ian minta maaf."

Bibir Arya melorek senyuman nipis.Tidak berdaya untuk menjawab lagi.Tenaganya sudah habis.Penglihatannya samar-samar sehingga wajah Aryan tidak dapat dilihat dengan jelas.

ARYA : THE PRINCESS Where stories live. Discover now