Dia terkedu.Kakinya kaku seperti ada yang menahannya untuk bergerak.Nafasnya tidak teratur.Jantungnya berirama laju.Hatinya tidak tenteram.Apa yang perlu dia lakukan.Sungguh dia tidak tahu.
Bunyi derapan kaki semakin menghampirinya.Peluh menitik perlahan tidak dihiraukan.Arghh! Ini semua gara-gara Aryan.Jika bukan sebab Aryan mengejek hingga dia mengejar Aryan hingga ke sini tadi.Pasti perkara ini tidak akan berlaku.Dia memandang sekeliling.Pagar besi mengelilingi colloseum sekaligus memisahkannya dengan semua penonton di colloseum.Matanya mencari riak wajah Ayahnda dan bonda yang sudah tidak keruan melihatnya.Pandangan sayu diberikan meminta pertolongan.Colloseum sudah menjadi riuh melihat keadaannya.Dia menutup matanya rapat.Adakah dia perlu pasrah?
"Lakukan sesuatu! keluarkan puteri beta dari situ!"
King Allen menjerit nyaring.Sudah semestinya dia risau melihat Puterinya kini dalam bahaya.Tangannya menarik Queen Edica yang sudah menangis kedalam pelukan untuk menenangkannya.Aryna juga sudah menangis teruk.
"Tuanku,pagar besi tidak dapat dibuka.Ianya akan buka secara automatik hanya dalam masa 30 minit tuanku,sebelum masa itu kita tidak mampu membuat apa²"
Morgan bertutur dengan nada takut.Pelik juga dia bagaimana pagar besi itu diturunkan.Setahunya perlawanan sudah tamat.Bertambah pelik apabila serigala itu dilepaskan.
King Allen terkaku.Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Melihat anaknya dibaham serigala didepan mata sendiri? Dalam masa 30 minit pasti yang tinggal hanyalah tulang sahaja.Sungguh dia kusut.Air mata menitis perlahan.Mukanya ditundukkan.Pelukan Queen Edica dieratkan lagi.
Kemudian mukanya diangkat kembali apabila terdengar sesuatu.Kelihatan Aryan cuba mengangkat pagar besi menggunakan kuasa gravitinya.Namun hampa,pagar itu sedikit pun tidak mahu berganjak kerana pagar besi tersebut direka khas.Tiada yang mampu menembusinya.Aryan mencuba lagi.Dia tidak berputus asa.Apabila kuasanya tidak berhasil.Pedangnya ditarik kemudian diserang pagar besi bertubi-tubi.Juga tidak berhasil.Air mata lelakinya menitis melihat kakaknya.Sungguh dia gagal melindungi kakaknya seperti yang dijanjikan.Diri diselubungi rasa bersalah dan kecewa.Elvand datang menghampiri memeluk rakannya menyalurkan semangat.
"Dia tak kan apa² Ian.Aku pasti"
Katanya perlahan."Pastikan kau takkan cedera princess Arya" sambung hatinya pula.Muka tetap tenang walhal hatinya juga risau.Egonya juga tercabar apabila dia tidak mampu membuat apa².Brax dan Charles datang menghampiri dengan muka sayu.
Arya diam menikus.Dia takut untuk membuat keputusan.Hendak membiarkan dirinya diserang oleh serigala lapar ataupun hendak melawan.Jika dia melawan dia takut rahsianya akan terbongkar.Ya rahsia yang dia simpan seorang diri selama ini.Bukan tentang kuasanya yang mampu menggunakan empat elemen utama.Ya itu rahsia yang disimpan oleh Savanna Kingdom.Semua rakyat savanna, Eleians dan kerajaan lain tidak satu pun yang mengetahui tentang dirinya pengguna kesemua elemen utama.Kuasa yang ditunjukkan hanyalah kuasa air.Ayahnda yang menyuruhnya merahsiakan.Dia pun tidak tahu kenapa.
Rahsia yang dikatakan ialah dirinya yang mahir bertarung.Berilah senjata apa pun,dia sudah khatam semuanya. Atuknya yang mengajarnya secara senyap² dulu ketika dia berumur 6 tahun.Penat juga dia memujuk atuknya untuk mengajarnya.Apabila dia mengatakan yang dia ingin melindungi adik² nya yang sering dibuli barulah nendanya berlembut hati.Perkara ini disimpan sehinggalah atuknya mangkat ketika dia berumur 15 tahun.Sekarang dia sudah berumur 18 tahun.Bererti sudah 3 tahun dia perlu berlatih sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Matanya meliar melihat serigala yang dua kali ganda lagi besar dari dirinya.Serigala itu berpusing-pusing mengelilingi dirinya.Cehh nak main² pula.Arya melepaskan nafas berat.Nampaknya rahsianya perlu dipecahkan.Tangannya diangkat untuk mengeluarkan kuasa air.Tak kan nak keluarkan kuasa lain pula? mahu pengsan satu colloseum melihatnya. Kerana semua puak Eleians hanya mempunyai satu kuasa sahaja, Arya sahaja yang dilahirkan istimewa.
Tapi bila dia fikirkan kembali, berkesan ke kuasa air untuk lawan haiwan ni?
"Ouh god! what should i do?"
Arya berkata pada dirinya sendiri.Keluhan dilepaskan.Tangannya mengetuk dagunya sendiri seperti memikirkan sesuatu.Secara tiba-tiba dirinya diterkam.Badannya kuat terhempas ketanah.Sengal juga badannya akibat diterkam begitu.
Matanya memandang serigala yang kian menghampiri mukanya.Air liur serigala tersebut jatuh menitis di muka.Laju sahaja kaki Arya menendang serigala tersebut.Serigala sudah terhempas di pagar besi.Bunyi dentuman kuat kedengaran."Ish kau ni kan serigala tak pandai nak bersabar lah! Time aku tengah berfikir pula kau nak kacau dah kenapa?! Dah lah air liur busuk kau jatuh kat muka aku! Euw! geli tau!"
Aryan menepuk dahi.Dalam keadaan genting pun kakaknya boleh cakap macam tu.Matanya fokus memandang kakaknya dan serigala itu silih berganti.Lega juga hatinya melihat tendangan padu kakaknya tadi.
Arya merengus geram.Panas hatinya oleh serigala tersebut.Laju sahaja tangan mengesat air liur dimuka.Mukanya sudah kegelian.Pantas dua pisau belati yang disembunyikan di kasutnya diambil.Memang dia membawa pisau tu kemana sahaja.
Arya berlari menuju ke arah serigala yang juga berlari dari arah bertentangannya.Pisau belati ditangan kanan dilempar mengena kaki kiri serigala tersebut.Pisau belati ditangan kiri pula setia digenggam sehinggalah selamat dibenam kan di perut serigala tersebut.Jeritan kuat serigala kuat kedengaran.Serigala itu cuba berdiri namun kembali terjatuh akibat kecederaan yang dialami.Arya tersenyum sinis melihat serigala yang jatuh terkulai dihadapannya.Satu colloseum berdiri tegak melihat kejadian itu.Tidak disangka puteri Savanna Kingdom itu mahir bertarung.Ada yang sudah terlopong dan tergamam,tidak lupa juga keluarga Arya sendiri.
Senyuman Arya mati apabila mendengar serigala itu memanggil lemah melalui mindanya.Terus sahaja mata Arya membulat memandang serigala tersebut.
"Princess Arya Scarlet,glad to see you again"
Arya terkedu.What?apa maksud dia again?Perlahan kaki dibawa menuju ke arah serigala tersebut.
"Heii! what do you mean wolf?"
Arya menjawab menggunakan telepatinya.Serigala itu tersenyum lemah.What? kenapa haiwan tak boleh senyum eh?
"Thank you for releasing me from this curse.I promise to always protect you as i have been told"
Tersekat -sekat Serigala tersebut menjawab.Eh dia tak kan mati kan?Arya tergamam,tangannya menarik pisau yang dibenam di perut serigala itu kemudian menekup luka dengan tangannya.Darah sudah memenuhi tangannya.Dia diburu rasa bersalah.Satu saja yang perlu dilakukan saat ini.Dia ingin selamatkan serigala tersebut.Dia perlu tahu apa yang cuba disampaikan oleh serigala itu.Dia keliru!Air matanya jatuh menyembah bumi.Kepalanya digelengkan beberapa kali.Serigala semakin lemah.
Secara tiba-tiba pagar besi terbuka.Terus sahaja King Allen,Queen Edica dan yang lain datang menghampiri.Para pengawal sudah mengelilinginya Arya sedia dengan senjata ditangan,takut serigala kembali menyerang.
"Arya ke tepi,what are you thinking?"
King Allen menegur kemudian memberi arahan untuk menyerang serigala tersebut.Tersentak mereka semua apabila pengawal yang datang menghampiri serigala itu terhempas kedinding.Arya yang mengawalnya.
"Yna! sembuhkan luka dia sekarang!"
Arya berkata sambil memandang wajah Aryna dengan penuh mengharap.Aryna terkedu.Sudah gila ka kakaknya? baru sahaja serigala itu cuba membunuhnya dan sekarang dia ingin menyelamatkannya?
"Arya Scarlet! apa yang kamu buat ni?! Dia tu serigala yang cuba membunuh kamu tadi!"
King Allen sudah berang.Queen Edica hanya memandang sepi.Syukur anaknya tidak apa²."Kak iya,kenapa ni?"
Aryan pula menyoal sambil menghampiri Arya."Ian,this wolf try to tell me something, just..erghh please trust me!"
Aryan tidak pasti tapi dia percaya akan kakaknya.Terus sahaja Aryna melangkah menyembuhkan serigala itu dengan kuasa healernya.Dia juga percayakan kakaknya.Arya tersenyum nipis.Air mata diseka kasar.
Cahaya hijau mula menerangi seluruh tubuh serigala tersebut.Arya dan Aryan menjauh sedikit memberi ruang untuk Aryna.
Beberapa minit kemudian cahaya hijau semakin malap.Aryna berdiri,maknanya rawatan sudah berakhir.Arya dan Aryan datang mendekati.Cahaya putih bersinar melalui badan serigala tadi menyebabkan mata mereka semua tertutup seketika.Apabila cahaya hilang kelihatan serigala tadi berdiri tepat di hadapan Arya.
Hell no! Its not wolf anymore,its a fox! Nine-tailed fox gosh!How can be?!
YOU ARE READING
ARYA : THE PRINCESS
Fantasy🏅Winner -Yokina Hoshi Award - The Best Fantasy🏅 She is the naughty one. She is the happiest one. She is the lucky one. She is the princess. She is the chosen one. She is the one. She is Arya Scarlet. _____________________________________ On going...