CHAPTER 18

1.5K 115 13
                                    

Hari ni genap tiga bulan aku kat academy.Hari-hari yang aku lalui tidak terlalu indah dan tidak terlalu buruk.Semuanya hanya berjalan seperti biasa.Setiap hari aku akan berhadapan dengan Amanda yang psiko.Aku tak layan dia pun so jangan risau.Setiap hari juga aku akan buat latihan dengan Elvand.Tak ada yang special pun.Bibit-bibit cinta pun takde HAHA.Eh serius takde! Dia annoying ok!

Hmm lagi,Aku selalu jumpa dengan Aryan,tapi dengan identiti Ary Scar ok.Ada juga yang kata kitorang bercinta.Entahlah, biarlah kami tak kesah pun.Aryna? Kitorang memang setiap hari berhubung menggunakan telepati.Kalau tak setiap hari,merajuk pula adik manja aku tu.Ayahnda dan bonda? Tak.Aku tak pernah hubungi mereka.Aku cuma bertanya khabar mereka melalui Aryna sahaja.Takpelah yang penting aku tau takde apa yang berlaku kat dorang.
Sheren pula masih hidup aman dan damai! jangan risau,takde tanda dia nak mati pun.Kitorang memang always bersama.Tapi Esha? Nowadays,Esha selalu mengelak dari kami.Aku tak tau kenapa.Kat dorm pun,dia jarang balik.Sekarang ni pun dia takde.Tinggal aku dengan Sheren je.Entahlah apa masalah dia eh? Teringin nak makan kaki eh?
Haihh peninglah pikir pasal dia ni.

"Ary,jom!"

Mak!!! Anjat Boboi! Aku memandang Sheren dengan pandangan tak puas hati.Asyik nak terkejutkan aku je!

"Kau ni!"

"What? Aku just ajak kau ke academy je kut.Apa masalahnya?"

Aku memuncungkan mulut.Merajuk lah kononnya.

"Tak comel pun Ary."

"Aku tau aku comel,takyah lah puji.Malu aku nanti"

Aku berpura-pura malu.Bahu Sheren aku tolak perlahan,sambil menjeling Sheren dengan manja.Auch i geli!

Sheren membuat muka meluat.

" Kau tau tak muka kau serupa dengan apa?"

"Apa-apa?!"

Bersinar mataku memandang Sheren.Teruja lah wei! Mana tau dia nak kata serupa puteri kayangan ke.

"Serupa dengan..."

"Dengan apa?"

"Dengannnnn...."

Aku menggangukkan kepala meminta Sheren meneruskan ayatnya.

"Dengannnn...."

"Ishh! Dengan apanya?!"

Naik geram pula aku dengan dia ni.Saja buat i suspen!

"Dengan kuda!"

Aku tercengang.Tangan aku genggam erat.Pandangan aku hala ke bawah.Kuda?! Kuda?! Kuda?!! Kau pahal?!
Muka cantik macam ni kau nak kata serupa kuda? Wahh minta dijemput malaikat maut ya? Belum sempat aku melayangkan penumbuk berbisa ke muka comel Sheren,dia sudah hilang ditelan zaman.Eh tak dia sudah menghilangkan diri menggunakan teleport.

Aku cuba menahan marah.Tarik nafas,hembus.Tarik, hembus.Tarik,hembus.Tarik arghh! Tak boleh jadi ni! Aku kena balas dendam! Just wait Sheren! I'll kill you! HAHAHAH KETAWA JAHAT.OK BYE!

_____________________________________

" Mana Esha eh? I miss her a lot."

Aku pandang Sheren.Dia menunduk.Ya thats right.Aku pun rindu Esha juga.Korang tak yah lah fikir pasal balas dendam palsu aku tadi.Tak jadi nak bunuh Sheren sebab dia belanja aku makan.I love food.Food love me! Hahaha! Ok back to situation,kenapa dengan Esha?

Kami berpaling apabila mendengar bunyi bising.Sekumpulan knight perempuan yang baru melangkah masuk ke dewan menjadi perhatian.Aku berbalas pandangan dengan Sheren.Kemudian mata memandang semula ke arah tiga orang knight perempuan yang sedang menuju kearah kami.Oh ya kami sekarang kat dewan academy.Semua knight senior ada kat sini.Seperti biasa junior diabaikan.

Aku macam tak percaya dengan apa yang aku tengah tengok sekarang ni.Aku tengah bermimpi ke? Atau aku tengah berkhayal? Tak mungkin.Unbelieveable!

Mereka berhenti tepat dihadapan aku dan Sheren.

" Look who's here? Ex-bestfriends?"

Aku mengabaikan Amanda yang berkata dengan nada sindiran sambil memeluk tubuhnya.Pandangan masih ditumpukan kearah seseorang yang berada disisi Amanda tapi kepalanya ditundukkan kebawah.Mungkin tidak ingin membalas pandangan aku.

"Esha, say hye to your enemies"

Esha mengangkat wajahnya.Riak kosong dipamerkan.Dia memandang aku dan Sheren sekilas sebelum mengalihkan pandangan.

"Opss,nampaknya Esha tak nak bertegur sapa dengan ex-bestfriends!"

"Apa yang kau dah buat dengan Esha ha?!"

Sheren menjerit marah.Mukanya sudah merah.Tanggannya pula digenggam erat.Aku menahan rasa.

" Apa yang kami buat? Dia yang nak join kami.Takkan kami nak tolak kan?"

Winiey pula membalas dengan selamba.Amanda tersenyum sinis.

"Esha! What are you doing?!"

Esha tidak membalas pertanyaan Sheren.Dia tidak beriak.

"Terimalah kenyataan yang dia bukan kawan korang lagi"

" Siapa kata kitorang kawan! Kitorang cousin!"

Sheren menyerang Amanda dan Winiey dengan bunga beracunnya.Amanda sempat melindungi diri mereka dengan menggelilingi tubuh menggunakan kain sutera miliknya.Tertanya juga aku,kain sutera dia tu boleh diseru macam kuasa lain eh?Kain sutera dia tu senjata dia la kan? Kain sutera dia tu boleh bunuh orang ke? Nampak macam takde guna je? Betul lah kan? Ok abaikan dulu.Sheren merengus kasar.Bunga beracun dimunculkan lagi di permukaan tangan.Kali ini dia menyerang dengan pantas dengan serangan bertubi-tubi.Apabila serangan dia masih mampu ditepis,pedangnya diseru.Perlahan-lahan pedang terbentuk ditangannya.Di bilah pedangnya terlihat cecair ungu.Nampaknya Sheren pindahkan racun kat pedangnya.

Aku hanya mampu memandang Sheren yang mula menyerang Amanda.Otak aku tak berfungsi sekarang.What happen to Esha?Persoalan tu bermain-main di kotak fikiran aku.Aku tak tahu.Serius tak tahu.Aku buntu.Esha salah makan ke? Esha dirasuk ke? Esha dihasut ke? Esha dibuli ke? Esha...

Aku tersedar bila terdengar jeritan Sheren.Pantas aku berlari mendapatkan Sheren yang jatuh tersungkur.Aku memandang bahu Sheren yang sudah berlumuran darah.Hatiku sudah menggelegak marah.Aku memandang tajam figura yang mencederakan Sheren.

"Esha! Are you crazy?!"

Esha tersenyum sinis.Darah menitis jatuh dari pedang yang dipegangnya.Aku tau tu darah Sheren.Aku boleh nampak dia genggam pedang dengan erat.Dia nampak risau dengan keadaan Sheren walaupun riak dia menunjukkan tidak.Tapi aku pasti dia risau,Cuma apa yang menghalang dia?

Aku membantu Sheren berdiri.Keadaan dia nampak lemah.Dia kehilangan banyak darah.

"Esha,we're cousin! We love each other right? But why?"

Bergetar suara Sheren berkata.Pandangan sayu diberikan kepada Esha.Esha mengelak pandangan mata Sheren.

"Why are you doing this Esha Denia?"

Riak mukaku sudah tegang.Lengan Sheren aku pegang erat bila dia menghamburkan tangisan.Aku paling tak suka kalau orang yang aku sayang menangis.

"Why Esha?! Why?!"

Kesabaran aku sudah menipis.
Bila-bila masa je kesabaran aku boleh habis.

"Because of you Ary Scar!"

Aku terkedu Mendengar jawapan Esha.

"What do you mean?"

"Sebab kau lah orang yang aku sayang tak nampak aku! Sejak kau muncul perhatian dia hanya pada kau!"

"Apa maksud kau ni Esha?"

"Kau tak payah buat-buat tak faham Ary! Aku benci kau!"

Aku terkaku.Kata-kata Esha betul-betul buat aku terdiam.Sebab aku?

"I told you bitch! I'll make you suffer!"

Kali ni aku tak mampu nak balas ayat Amanda.Aku menghantar langkah mereka yang semakin menjauh dengan pandangan sayu.Pandangan Esha tadi penuh dengan kebencian.Aku tak faham.Apa maksud kau Esha? Why? Why Esha?



ARYA : THE PRINCESS Where stories live. Discover now