CHAPTER 21

1.5K 126 4
                                    

"Please welcome our great king and queen of Savanna,King Allen and Queen Edica!"

Perlahan-lahan aku menoleh apabila laungan tanda Raja dan permaisuri tiba.Tersenyum aku memandang Ayahnda dan Bonda yang berjalan menuruni tangga menuju kearah kami yang berada di ruang utama istana.

I miss them a lot.Oh tidak kenapa aku nak menangis pula ni? Bibir aku ketap perlahan berharap mampu menahan tangisanku.Mataku tidak lari dari memandang ke arah mereka.Ayahnda,Bonda look at me,i'm here! Aku rasa macam nak jerit macam tu tapi aku tak boleh.Tergamam aku bila Bonda pandang tepat kedalam anak mataku.Ayahnda yang ingin melangkah turut berhenti apabila bonda berhenti.Kemudian matanya juga turut memandang ke arah aku.Terketar-ketar bibirku mengukir senyuman buat mereka.Mataku terasa panas oleh air mata.Tersentak aku apabila Sheren menarik lenganku.

"Ary,what are you doing? Tunduk hormat cepat!"

Perlahan mataku meliar melihat semua orang.Oh semua orang dah tunduk hormat menyambut raja dan permaisuri.Aku sorang je tak,patutlah Bonda dan Ayahnda pandang aku.Yaa thats right Arya.Apa yang kau harapkan? Bonda dan Ayahnda tak kenal kau.

"Ary!"

Aku hanya menurut bila Sheren paksa aku membongkokkan diri untuk tunduk hormat.Tangan kanan perlahan-lahan aku letak di dada.

"Rise"

Kami kembali berdiri tegak bila Ayahnda memberi kebenaran.Kelihatan Ayahnda dan bonda sudah duduk di singgahsana mereka.Aryna? Dia takde,dalam bilik kut.Tak sopan betul lah tetamu datang dia tak keluar langsung? Haha mana adalah,kami puteri,cuma akan keluar bila Ayahnda panggil.Tak boleh keluar sesuka hati.Jaga tata tertib kononnya.

"Tuanku,mereka semua adalah knight elit di academy."

Ayahnda mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata pengetua.

"Beta harap,kamu semua boleh bertarung dengan baik.Tolong jangan hampakan beta.Ini semua demi masa depan kerajaan kita"

Bertarung? Bukan ni hanya lawatan ke istana ke? Seperti yang aku jangkakan semua orang seakan bingung dengan kata-kata Ayahnda.

"Apa maksud tuanku dengan bertarung weh?"

Aku pandang Sheren kemudian mengangkat bahu tanda tidak tahu.Aku pun bingung sangat ni.

"Tuanku,patik belum sampaikan kepada mereka tentang tujuan utama lawatan ini."

"Oh begitu.Tidak mengapa Morgan.Biarkan mereka berseronok dulu.Sampaikan saja perkara ini kemudian"

Pengetua mengangguk tanda faham.

"Amber,tunjukkan mereka bilik untuk berehat."

"Baik tuanku"

Aunty Amber ketua dayang istana.Dia baik dan cantik sangat! Muka anak dia pun sebijik muka dia.Aku pandang anak perempuan aunty Amber yang berdiri tidak jauh dari tempatku.Sekejap saja lagi aku akan kembalikan dia yang dulu.Aku janji!

"Sila ikut saya semua."

Pantas kami mengekori langkah Aunty Amber.Aku berjalan beriringan dengan Sheren.Langkah aku terhenti bila terpandang Aryan yang sedang memeluk Ayahnda dan Bonda.Tak aku bukan dengki.Aku cuma cemburu sebab aku tak dapat nak peluk mereka.Tak boleh nak kata aku rindu dorang sangat.Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan dan kemudian pantas mengejar langkah Sheren yang semakin menjauh.

                        __ __ __ __

Aku pandang Sheren yang sedang enak diulit mimpi di sebelahku.Kemudian aku pandang pula lapan orang knight perempuan yang sebilik dengan kami.Terangkat kening aku bila dorang berbisik-bisik sambil mengerling aku.Aku dengar lah! Bisik apa? sengaja bagi aku dengar adalah!
Ary pembelot? Ary menggedik kat Prince Elvand? Ary menggatal kat Prince Aryan? Ary rampas kawan baik Esha? Pebenda siak? Bangang betul lah! Aku tau dah kerja siapa.Siapa lagi kalau bukan Amanda? Apalah yang dia hasut sampai semua orang tak suka aku ni.Macam mana aku tau? Dah Amanda pandang aku dengan senyuman sinis dia tu.Ouh ya tak lupa juga kawan dia si winiey tu.Esha pula? Dia tak pandang aku pun,dia pandang arah lain.

Kenapalah aku kena sebilik dengan dorang ni.Haihh disebabkan satu bilik ada 50 katil je,kami terpaksa guna bilik sebelah.Takkan 50 katil tak muat untuk semua? Memang tak sebab knight perempuan ada 60 orang.So terjadi lah begini,50 orang satu bilik,10 orang bilik lain.

Memang aku nak berbahagia tadi sebab tak semak kan 10 orang je.Tapi disebabkan kewujudan tiga makhluk asing itu,kebahagian aku tersekat.
Yeah! Clap your hand.

Tak tahan dengan bisikan semua syaitonn ini aku melangkah keluar dari bilik.Sheren pula? Aku tak risau sebab dorang semua tu kecam aku je lebih,Sheren tak.Kalau dorang hasut Sheren pula? Tak aku tak risau juga sebab Sheren percaya aku dan aku dah janji aku akan kembalikan Esha.Lagipun dia tu tidur mati payah nak bangunkan.Nak tunggu dia bangun? Esok-esok baru nak bangun budak tu Hahahahahahahaha tipu je k bye.

Aku berjalan selamba ingin menuju ke pintu istana.Sempat lagi aku kerling sekilas bilik yang disediakan untuk knight lelaki yang berada tepat dihadapan bilik kami.Knight lelaki pun gunakan dua bilik sebab knight lelaki ada 80 orang.Tak aku tak intai dorang ok? Aku tau berdasarkan logik la halemakk.Orang bodoh je tak tau.Takkan nak sumbat 80 orang satu bilik? Ok abaikan je.

"Err boleh ikut saya sebentar?"

Aku menoleh.Aku pandang kiri,kanan dan belakang.Takde orang pula.

"Aunty cakap dengan saya ke?"

Aunty Amber mengangguk sambil tersenyum.

"Oh err okay."

Perlahan aku mengikut langkah Aunty Amber dari belakang.
Aunty bawa aku masuk dapur? Oh tidak dia nak suruh aku masak ke? Aku fail sangat bab masakan ni.Tapi takkan lah kut,mengarut sangat tu.
Eh bukan masuk dapur? Eh ni arah bilik Aunty Amber ni.Mestilah aku tau sebab aku selalu bangunkan Aunty Amber tengah malam dulu bila lapar hihi.Tapi buat apa Aunty bawa aku datang sini pula?

Aku pandang je Aunty yang menutup pintu bilik dengan perlahan.Tersentak aku bila dia melutut dihadapan aku.

"Err aunty kenapa-"

"I'm sorry your highness.I'm so sorry!"

Bulat mata aku memandang Aunty Amber.How can?

"Ni salah patik sebab tak didik Esha dengan baik."

Oh yaa macam mana aku boleh lupa? Aunty Amber kan isteri pengetua mestilah dia tau.

"Aunty,is not your fault."

"No your highness,Esha is my daughter,of course is my fault."

"Aunty bangunlah,Iya janggal lah aunty!"

"Tak boleh tuan puteri.Hukumlah patik"

Aduhh aunty ni sama degil dengan pengetua lah.Patutlah berjodoh!

"Kalau aunty tak nak bangun,iya merajuk lah dengan aunty! Aunty jangan tegur iya lagi hmmph!"

Aku memeluk tubuh sambil memalingkan kepala.Over je kan aku ni?

"Tuan puteri-"

"Tak nak dengarlah hmmph!"

"Tuan pu-"

"Tak nak!"

Aku tutup telinga dengan tangan sambil menutup mata.
Aku boleh dengar aunty Amber ketawa kecil.Perlahan-lahan aku buka mata pandang dia,tersenyum aku bila dia sudah berdiri.Pantas aku tarik dia kedalam pelukan.

"I miss you too aunty!"

"Bila masa pula patik kata rindu tuanku?"

"Biarlah! Iya tau aunty rindu iya! Aunty je ego hmmph!"

Tertawa aunty mendengar balasanku.Tak dapat peluk Bonda dan Ayahnda,peluk aunty pun jadilah.Lagipun aku dah anggap dia macam ibu aku sendiri.Esha tak tau kan? Bluekkk kesian Esha tak tahu hahahahah.Aku kenal ibu Esha dari kecik tau? Tapi kenapa aku tak kenal Esha? Siapa kata? Aku tak pernah cakap pun aku tak kenal Esha kan? Aku kenal dia sebab aunty pernah bawa dia ke Istana dulu.Tapi Esha tak ingat kut.Sebab tu jugalah aku senang je nak masuk academy,aku kenal pengetua sangat ok! Dia kan kawan Ayahnda.Tapi kann tu tak penting tau sekarang ni.Yang penting Esha tak tau aku anak kesayangan aunty! Hahahhaha Esha kalah! padan muka!

ARYA : THE PRINCESS Where stories live. Discover now