Prolog

8 1 0
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

"Tuan, ada maklumat baru dari unit cyber." Seorang lelaki berjaket biru masuk ke dalam bilik kawalan. Langkahnya tidak terhenti, laju mendekati lelaki yang berdiri tegak diantara dua pegawai yang sedang memantau statistik pada skrin komputer.

Lelaki yang digelar 'tuan' itu berpusing menghadap lelaki berjaket biru tadi.

Kertas-kertas yang dibawa sudah bertukar tangan.

"Kita dah dapat jejak lokasi terkahir Putih sekarang. Waran pun dah dikeluarkan."

"Gerakkan anggota seramai yang mungkin ke lokasi segera. Hubungi pihak UTK, minta mereka hantarkan anggota mereka yang standby untuk back up," Arahan terus dikeluarkan tanpa membuang masa walau sedikit.

"Baik, arahan diterima tuan!"

Anggota-anggota yang dikerahkan mula bersiap siaga dengan segala kelengkapan untuk serbuan yang sekian lama dinantikan pada malam itu. Pegawai-pegawai yang sudah berhari-hari berjaga markas utama bertungkus lumus menghantar segala maklumat yang diterima kepada badan-badan pasukan keselamatan yang lain. Serbuan malam ini bakal menjadi serbuan yang paling hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat, dan menjadi satu topik hangat dalam seluruh sejarah Malaysia.

Putih.

Seorang pembunuh bersiri yang terkenal sejak 5 tahun yang lepas. Nama 'Putih' itu terbit menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat, dari modus operandinya yang sentiasa akan meninggalkan sehelai kain putih berukuran seperti kain sapu tangan pada semua mangsa-mangsanya.

Kain putih.

Mangsa-mangsa pembunuhannya bukan calang-calang manusia. Setiap mangsanya sehingga ke hari ini merupakan individu-individu yang sangat dikenali dalam kalangan masyarakat. Menteri, tokoh ilmuwan, artis, bahkan figura masyarakat terkenal juga turut menjadi antara mangsa kerakusan darahnya.

Keganasannya membawa kepada beberapa siri himpunan mogok dan bantahan terhadap keupayaan dan kredibiliti pihak berkuasa dari orang awam, digerakkan oleh orang-orang yang ternama. Sudah tentu, kerana nyawa mereka yang menjadi ancaman pada ketika ini. Mereka menggunakan populariti dan platform mereka yang tidak asing dan cukup terkenal bagi rakyat di negara ini untuk mereka sebagai orang awam turut sama mengikuti mereka bersuara demi sebuah Malaysia yang bahagia.

Kononnya.

Dalam era baru ini, semua perkara boleh dimomokkan dengan pelbagai cara, namun cara yang peling berkesan ialah kuasa. Walaupun dunia ini bukanlah stau dunia di mana kuasa-kuasa elemental atau kuasa ajaib itu wujud, namun terdapat pelbagai medium lain yang wujud didunia ini yang masih dimonopoli menjadi satu kuasa.

Darjat. Duit. Ilmu. Sosial dan suara. Nama.

majoriti rakyat negara ini percaya bahawa negara kita tenang. Bahagia, tiada peperangan dan keganasan seperti negara-negara lain. Namun pengetahuan mereka telah dimanipulasi untuk hanya mengetahui perkara-perkara yang baik. Media-media tempatan dibayar supaya kes-kes besar tidak didedahkan kepada umum, semuanya dikawal oleh orang-orang yang berkuasa.

Apa yang menjadi perbezaan besar kepada situasi sekarang dan sebelum ini? Kekuatan mereka yang terkenal ini untuk bersuara.

Kandungan informasi yang disebarkan mereka yang terkanl ini tidak dapat disekat lagi oleh mereka yang berada di tingkat teratas hierarki negara ini. Oleh sebab ini, sebilangan besar dari mereka berani menubuhkan gerakan yang memperjuangkan kedamaian negara ini kembali.

4 tahun sudah berlalu sejak kemasyhuran namanya bermula. Walaupun kegiatannya melayakkannya untuk dihukum gantung sampai mati, namun secara tidak langsung ianya membuka mata rakyat Malaysia akan realiti sebenar yang sedang berlaku di negara ini.

Jay & LilyWhere stories live. Discover now