Prolog i

2.6K 118 4
                                    

LANGKAH yang diatur jadi teragak-agak.

Haruskah dia meluahkan? Itu yang bermain di kepalanya sejak tadi.

Belum sempat berfikir entah untuk kali ke berapa, si dia yang sedang berdiri di balkoni bilik sudah pun menoleh.

Liur terus tertelan.

"Zeeq..." Bibir menyeru.

Tanpa suara, si dia hanya beri isyarat agar meneruskan bicara.

"Saya tak mengandung." Terluah juga ayat yang dikarang sejak tadi dari bibir Diya.

Diam.

Senyap.

Beberapa ketika selepas itu, kaki Zeeqri mula melangkah masuk ke dalam.

"Baguslah." Satu nafas lega terluah.

"Sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah bila kita berpisah nanti." Ayat Zeeqri, walau dalam nada biasa-biasa, menikam hingga ke jantung.

"Rasa bersalah?" Kening Diya berkerut.

"Kalau bercakap tentang apa yang berlaku sebelum kita kahwin, saya tak pelik. Tapi yang berlaku berkali-kali selepas kahwin tu apa?" Rasa geram mula membuak di hati.

Jika merujuk pada keterlanjuran mereka sebelum menghalalkan yang haram, itu masih boleh dimaafkan. Tetapi yang hampir setiap malam meminta dibelai dan tidur berteman itu, apa pula ceritanya?

Konon tanpa cinta.

Konon mahu bertanggungjawab.

Tapi di sebalik konon itu, kenapa perlu ada semua kisah manis antara mereka?

"Siapa suruh kau goda aku?" Tanpa perasaan, Zeeqri tepis semua kesalahan yang sepatutnya dia juga ikut pikul bersama.

Kalau dah namanya Zeeqri Aidan, pusinglah ikut laluan mana pun, yang bersalah tetap orang lain. Mengaku kesalahan sendiri bukan Zeeqri orangnya.

Marah yang ingin terlontar, Diya simpan kemas. Entah berapa banyak lagi kuota yang ada untuk dia simpan segala sakit hati dan kemarahan. Entah berapa besar lagi ruang yang ada untuk dia muatkan semua rasa yang tak mampu diluahkan.

"Zeeq..."

Langkah Zeeqri yang mahu berlalu, terhenti apabila suara yang lembut itu menyeru namanya. Namun, kepalanya masih tegak ke depan.

"Tak boleh ke kita mencuba? Beri peluang pada diri kita?" Mencuba, itu yang sedang Diya lakukan sekarang.

Kali ini baru Zeeqri berpaling.

"Awak pergilah sambung belajar, ikut kemahuan keluarga awak. Saya akan tunggu di sini." Tambah Diya lagi.

Kepala Zeeqri tergeleng. Maknanya dia tak setuju.

"Kita tak saling cinta." Mudah alasan Zeeqri berikan.

Di sebalik jawapan itu, Diya faham. Tak mungkin ada jalan untuk mereka terus kekalkan perkahwinan ini.

Apa lagi yang boleh dikata. Bila sebut tentang cinta, tiada harta yang boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkannya. Bagi Zeeqri, cinta antara mereka sangat mustahil untuk diwujudkan.

Yang mampu dilakukan oleh Diya waktu itu, hanya senyum. Simpan lagi rasa yang bergolak di hati.

"Awak dah solat?" Topik diubah terus.

Seperti biasa, bila menyebut tentang solat dan hal-hal sewaktu dengannya, Zeeqri hanya membisu.

"Jangan anggap ujian Tuhan tu hanya untuk orang yang hidupnya susah tak berduit saja. Kemewahan dan nikmat hidup yang awak dapat sekarang ini juga adalah ujian." Lembut nada Diya agar kata-katanya mampu meresap ke hati Zeeqri.

"Berapa banyak lagi kuota bercakap yang kau ada untuk hari ni?" Begitu saja Zeeqri patahkan kata nasihat si isteri.

Senyum Diya ukir lagi. Langkahnya diatur mendekati si suami.

Tanpa kata, dua tangannya diangkat dan tubuh tegap Zeeqri dipeluk.

Erat.

Kalau nak dikatakan dia bertuah kerana dapat memeluk tubuh idaman ramai wanita di luar sana, ya betul, dia bertuah.

Tapi Diya juga tahu, semua ini hanya sementara. Ia akan berakhir tak lama lagi.

"Sebab tu aku kata, kau selalu goda aku."

Pantas saja Diya renggangkan pelukan bila suara Zeeqri berbisik di telinganya.

Diabukan mahu menggoda tapi hanya mahu bermanja. Mahu menumpang kasih walau tahuorang di depannya ini tak sudi pun untuk membalas

HENTIKAN WAKTUWhere stories live. Discover now