Untitled Part 11

863 40 3
                                    

Yang nak baca versi full, boleh beli novel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang nak baca versi full, boleh beli novel. Saya dah open pre order

Boleh contact admin 0123129793


Sinopsis :

'Tiada hari tanpa diuji kerana hidup dan mati kita harus mengikut aturan yang tertulis.'

Ujian mereka bermula bila terjadinya sebuah perkahwinan segera di usia yang tersangat muda. Perkahwinan bersyarat yang akhirnya melukakan mereka.

"Bila kita berpisah nanti, awak rindu saya tak?" - Diya

Dan perpisahan berlaku tanpa Zeeqri sempat menjawab soalan tersebut.

Lebih 13 tahun, mereka ditemukan kembali dengan hati yang sarat dengan dendam.

"Kenapa nak rumitkan keadaan, Zeeqri? Tak susah pun untuk lafaz cerai tu." – Diya

"Kalau berbelas tahun dulu I tak pernah berniat untuk lepaskan you, tak ada sebab untuk I lepaskan you sekarang." – Zeeqri.

Di mata Diya, Zeeqri adalah pesalah. Di mata Zeeqri pula, yang bersalahnya adalah Diya. Dan mereka saling menyakiti.

Bila punca pada segala-galanya terbongkar satu persatu, ada pesalah lain yang harus dihukum. Dan Zeeqri perlu membuat pilihan.

"Jangan paksa I pilih sesuatu yang I tak mahu, Yaya." - Zeeqri.

Berputus asa tak pernah berlaku dalam hidup seorang Diya. Derita yang dilaluinya sudah seperti makanan yang harus dihadam. Tapi Zeeqri tak pernah tahu, dendam di hati Diya itu bukan hanya sebab mereka terpisah. Ada yang lebih kejam daripada perpisahan itu dan Diya mahukan sebuah pembalasan.

Bila kata dua keluar dari bibir Diya, mampukah Zeeqri menjadi air yang menyejukkan hati seorang isteri?

HENTIKAN WAKTUWhere stories live. Discover now