"Dulu..." Zeeqri bersuara sebaik berdiri betul-betul di depan Diya. Matanya tepat ke wajah yang sedang menunduk itu.
"You selalu tanya kenapa I suka sangat pakai T-Shirt yang you dah pakai." Diselak kembali lembaran lampau.
Dan lembaran yang dibuka oleh Zeeqri itu buatkan Diya bagaikan mahu tercekik liur sendiri. Betul, dia banyak kali tanya kenapa Zeeqri suka sangat ambil T-Shirt yang dia telah pakai sebelumnya dan disarungkan ke tubuh.
Tapi Zeeqri tetap Zeeqri, banyak soalan yang sering Diya tanya, tak pernah ada jawapan. Sebab bagi Zeeqri, hal-hal yang dianggap tidak penting, tidak mengganggu kehidupan hariannya, tak perlu ada jawapan.
"You nak tahu tak jawapan yang sebelum ni I tak pernah jawab tu?" Kali ini Zeeqri ajukan soalan pula.
Spontan kepala Diya terdongak. Dia tak pernah menduga, hal yang sudah dia lupakan ini, akan ditimbulkan kembali oleh Zeeqri.
Bukankah dulu Zeeqri anggap ini semua hal yang remeh? Yang tak perlu dipersoalkan atau tak perlu disediakan jawapan....Nota :Banyak sangat soalan yang Zeeqri nak kena jawab ni. Dulu, siapa suruh ego sangat? Buat muka bodoh bila Diya tanya. Sekarang bila nak memujuk, kena korek kisah lampau satu persatu.
YOU ARE READING
HENTIKAN WAKTU
RomanceBerkahwin dalam usia yang cukup mentah. Tanpa cinta dan terpaksa. Dulu Zeeqri kata, hatinya bukan untuk Diya. Jadinya, Diya tak perlu tunggu dia. Hari ini, setelah 13 tahun berlalu, tatkala ditemukan kembali, bila Diya sudah berubah menjadi wanita y...