Bab 5

1.3K 90 9
                                    

MATA Diya yang bergenang, dipandang lama. Ada belas dan ada juga geram. Sudah dinyatakan banyak kali, tapi Diya tetap juga mahu merayu sehingga dia hampir mengalah.

"Tak boleh ke kalau kita tak berpisah?" Nada Diya sayu dan mendayu.

"Aku tak nak kau tinggal di rumah ni. Kau tak kenal mama aku macam mana." Zeeqri berkeluh perlahan.

"Tak apa. Saya keluar dari rumah ni, cari rumah sewa. Saya akan tunggu awak balik." Masih nada merayu, wajah Diya penuh mengharap.

Zeeqri geleng kepala.

"There's nothing left to wait for, Yaya." Tegas Zeeqri memutuskan.

Wajah Diya terus kaku

"Hati aku bukan untuk kau. Aku tak nak kau menanti untuk perkara yang sia-sia."

Perlahan Diya bangkit.

Tanpa Zeeqri sangka, Diya labuhkan duduk di atas ribaannya. Tangan Diya memeluknya erat. Satu ciuman Diya berikan di tepi pelipis.

Dada Zeeqri mula bergelora.

Dalam situasi sedih dan penolakan demi penolakan, dia tetap akan tergoda jika Diya bertingkah begini.

Haruman Diya memang sentiasa membuatkan dia bernafsu. Terus pinggang Diya dipeluk.

Tapi tatkala bibirnya mahu mencari bibir Diya, wajah si isteri mengelak pantas.

"Yaya..."

"Kita berpisah cara baik." Diya bangkit dan terus berlalu pergi.

"Yaya!" Zeeqri memanggil.

Dia mahu bangkit mengejar tetapi duduknya seakan terpasak tanpa mampu digerakkan.

"Yaya!!!!"

Zeeqri terbangkit pantas.

Matanya melilau persekitaran.

Dia di atas katil, di rumah keluarganya yang baru, di KL. Bukan di Kuantan dulu.

Wajah diraup. Dia bermimpi lagi. Mimpi tentang wanita yang sama, yang tak pernah mahu pergi walau sudah didoakan berkali-kali agar jangan hadir mengganggu tidurnya.

Jam dikerling, sudah masuk waktu subuh. Pantas dia bergerak ke bilik air, membersihkan wajah dan berwuduk.

Sesudah solat, pintu biliknya diketuk dan pantas dia bangkit bergegas ke pintu.

"Maaf ganggu tuan pagi-pagi. Bibik nak ambil baju kotor untuk dicuci."

Daun pintu dilebarkan, membenarkan pembantu rumahnya masuk mendapatkan pakaian kotor.

Kenangan lama muncul lagi.

Dulu, ketika masih sebumbung dengan Diya, semua keperluan pakaiannya diuruskan oleh Diya. Dari mencuci, menggosok dan menyusun semua pakaiannya, semua Diya yang lakukan.

Segala-galanya jadi teratur. Terasa diri dilayan bagaikan raja. Kalau dia nak keluar dan Diya ada di rumah, stoking pun Diya yang tolong pakaikan.

"Terima kasih." Suara bibik yang melintasinya untuk keluar dari bilik buatkan Zeeqri tarik nafas panjang.

Pintu bilik ditutup kembali dan dia bergegas mandi.

Bersiap dan melangkah turun, Zeeqri cari mamanya dulu.

"Ma..."

"Eh! Zeeq. Nak ke mana awal pagi berkemeja lengkap ni?" Datin Sri Haslina pandang si anak atas bawah.

HENTIKAN WAKTUWhere stories live. Discover now