Bab 7

1.9K 94 10
                                    

BERDIRI di depan cermin bilik air pejabat setelah membersihkan kekotoran di baju, Diya pandang figura diri sendiri. Memang nampak jelas  bra hitam yang dia pakai hari ini.

Mata dipejam rapat. Kenangan lama datang menerjah.

"Aku suka kau pakai bra hitam tu, nampak seksi." Suara Zeeqri yang memuji buatkan pergerakan Diya terhenti.

Tapi mata Zeeqri hanya mengerling saja, tak pandang tepat ke arahnya yang hanya bertuala melilit di pinggang dan bra hitam.

Begitulah Zeeqri, memuji macam kena paksa. Hujung-hujung suara saja. Nak dengar dia betul-betul memuji dengan terujanya, macam nak korek intan berlian dalam kerak bumi.

Tapi kalau nak dengar mulut puakanya, buatlah apa yang tak disukai, boleh berdesing anak telinga mendengar.

Mata dibuka kembali. Ada pekerja masuk.

Diya cepat-cepat mencapai blazer dan disarungkan ke tubuh. Masuk ke pejabat tadi, dia sudah menanggalkan jaket yang Firhat bagi dan disimpan elok-elok. Diganti dengan blazer yang memang sedia ada di pejabatnya.

Seluruh blouse memang sudah tertutup dengan blazer tersebut. Nasib baik lagi dia pakai seluar hitam, tak nampaklah kotornya.

Langkah diatur ke luar. Pertengahan jalan, bertembung pula dengan Iskandar. Di belakang Iskandar, melangkah penuh gaya ialah Zeeqri.

"Eh! You ada ke hari ni?" Iskandar menegur buatkan langkah Diya terhenti.

"Tadi I cari you tak ada."

"Cari kat mana?" Diya tayang muka manis. Bos menegur, takkan nak tayang muka sombong walau orang yang sudah berdiri di sebelah bos tu sedang buat muka menjengkelkan.

"Kat bilik you la."

"Kat toilet tak cari?" Kali ini Diya berseloroh.

Iskandar terus tergelak dengan lawak spontan Diya.

"Kalau sampai ke toilet cari, takut pula orang kata I ni terkejar-kejar you."

"Oh! Selama ni tak terkejar-kejar ke?" Kening Diya terangkat. Dan sengaja dia buat gerakan badan gaya menggoda sambil mengerling orang di sebelah Iskandar.

"Kejar juga, tapi orang tu selalu jual mahal." Tak agak-agak Iskandar membuat pengakuan.

Kali ini Diya pula yang tergelak.

"Kalau dengan Encik Is, I jual murah je." Lain pula bicara Diya kali ini. Sengaja menambah kemesraan untuk tatapan Zeeqri.

Biar Zeeqri tahu, perempuan yang dia tak ingini ini, sedang menjadi rebutan ramai lelaki lain.

"Kalau macam tu, I masuk meminang terus la." Wajah dan suara Iskandar serentak teruja. Selama ini, Diya tak pernah pun membuka ruang begini. Selalunya, asyik kena reject memanjang.

Diya pula, sudah terasa diri bagaikan sedang bermain dengan api. Jadinya, baik dia hentikan saja di situ.

"Encik cari I kenapa?" Terus Diya kembali serius.

Apatah lagi bila hujung matanya mengerling orang sebelah, muka dah macam naga nak keluar api.

"It's Okay. Dah dapat dari Rafie tadi."

"Okey!" Diya terangguk dan kemudian dia menunduk isyarat meminta diri.

Langkah Diya yang melenggok pergi, dipandang Zeeqri dengan mata yang sangat sayang untuk dikelipkan. Terasa rugi kalau berkelip.

Tiba-tiba Zeeqri perasan Iskandar juga sedang asyik memandang ke arah yang sama.

"Kau pandang apa?" Terus dia menegur. Tak mampu nak terus membiarkan mata Iskandar bagai menelanjangi tubuh Diya

"Kaki dia." Iskandar ketawa perlahan.

"Kenapa dengan kaki dia?" Kening Zeeqri terus berkerut. Dia terfikir, Iskandar sedang memandang ke tempat lain sebab seluar yang Diya pakai agak ketat.

"Kaki dia panjang." Kali ini Iskandar sengih penuh makna.

Terkelip-kelip Zeeqri memandang. Hatinya tiba-tiba jadi membara.

Rasa nak saja dia cepuk mulut Iskandar. Nak saja dia cari garpu dan cucuk mata sepupunya itu agar tidak lagi mampu memandang Diya dengan pandangan bernafsu.

"Kaki bekas bini kau dulu pendek ke?" Terus Zeeqri bagi setepek atas muka sepupunya itu.

Tercetus ketawa kuat dari bibir Iskandar. Kepalanya digeleng.

"Tak cukup panjang macam Diya." Sengaja Iskandar mahu melihat reaksi Zeeqri.

Hatinya tiba-tiba jadi pelik bila nampak Zeeqri macam berangin begitu. Walhal selama ini, Zeeqri tak pernah ambil peduli tentang mana-mana perempuan sekali pun. Cakaplah apa saja, Zeeqri macam batu dan kayu. Tak peduli dan tak kisah apa pun.

Tapi lain pula bila perihal Diya disentuh.

"Kalau catwalk jadi model, mesti cantik." Terus dilencongkan arah bicara.

Bicaramereka terhenti di situ bila ada pekerja lain yang menegur dan kemudian munculRafie di situ.

HENTIKAN WAKTUWhere stories live. Discover now