teaser 1

637 28 0
                                    

"Sepanjang kita bersama, apa yang I ingat, I tak pernah sebut nama Elina. I tak pernah sebut untuk ceraikan you." Rasa sebal dalam hati, Zeeqri simpan kemas.

Kalau dulu dia fikir, kata-kata tidak perlu dalam sebuah hubungan. Yang penting, mereka serasi. Cukup sekadar tingkahnya saja.

Rupanya, Diya tak pernah mengerti.

"Yang selalu sebut pasal cerai tu adalah you dan mama."

"Tapi you tak pernah nafikan!" Diya meningkah pantas.

"You iakan saja apa yang mama you katakan." Kali ini Diya melangkah ke depan. Dada Zeeqri ditolak kasar, melepas geram.

Bercakap tentang masa lalu yang menyakitkan, dadanya bagai ditekan-tekan.Bila Zeeqri cuba memegang lengannya, Diya terus menepis. Kalau tadi dia masih mampu bertenang, sekarang sabarnya seperti sedang dijolok oleh Zeeqri.

"You yang tinggalkan I..."

"Okey, I yang salah." Zeeqri memintas sekali lagi. Tak mahu Diya mengamuk begini, dia sanggup mengaku salah walau cerita sebenar masih terlalu kabur di matanya.

"Letakkan semua salah ke atas bahu I jika itu dapat melegakan you." Mata Diya yang kaku tanpa kelip itu dipandang tepat.

Dan mata itu menarik Zeeqri ke masa silam yang mengasyikkan.

HENTIKAN WAKTUWhere stories live. Discover now