4

216 16 2
                                    

"Namjoon? Kau buat apa kat sini?" Soal Hana dengan muka tak puas hati. Siapa je tak suka bila teman lelaki yang telah tikan belakang?

"Hana, we need to talk"

"Talk about what? Nak bagitahu yang Aku dah tangkap kau curang dengan perempuan tu?"

"Dia ada nama Hana"

"Whatever. Cepatlah, kau nak cakap apa?"

"Yura pregnant. Dia pregnant anak Aku"

Hana terdiam.

Betulkah apa yang dia dengar? Yura, musuhnya sejak sekolah tinggi sudah mengandung anak kepada teman lelakinya?

"Wow, berapa lama dah dia pregnant? Sebelum Aku tangkap kau dengan dia masa malam tu ke?" Bidas Hana membuatkan Namjoon terdiam.

"Hana.."

"Jawab soalan Aku, Kim Namjoon!" Hana menyoal dengan nada tinggi, membuatkan beberapa pelajar yang lalu di hadapan dorm memandang kearah mereka.

"Aduh, mana pula minah ni pergi? Tak reti nak balik ke?" Bebel Seungcheol sambil bersandar di pintu dorm, menunggu roommate nya.

Jam Rolex di pergelangan tangannya dilihat. Sudah pukul 3 petang, bermakna sudah setengah jam dia berdiri seperti patung cendana di hadapan pintu.

"Argh, macam manalah Aku boleh lupa kad bilik" ni semua salahnya. Semalam penat menunggu pintu bilik dibuka, sehingga lupa nak kunci jam.

Nasib pagi tadi roommate nya kejutkan dia, kalau tak memang terbabas sampai ke tengah hari. Tu pun dia masih nak sambung tidur.

"Mana sia budak ni?" Seungcheol sudah bercekak pinggang, menunggu Hana.

"Weh Cheol, kau buat apa kat luar? Asal tak masuk bilik?" Soal Sohee yang lalu dihadapan dorm Seungcheol.

"Aku tunggu roommate aku" jawab Seungcheol dengan malas.

Sejujurnya, semua orang sudah tahu yang Seungcheol dan Hana ialah roommate. Macam mana mereka tahu? Siapa lagi kalau bukan kembarnya, Yoon Jeonghan dan adik tembam nya, Boo Seungkwan si mulut murai.

Habis kecoh satu universiti, tambahan pula Junhui dan Mingyu siap merajuk dengan Seungcheol.

"Hana? Dia jumpa pakwe dia kat bawah" jawab Sohee membuatkan Seungcheol yang bersandar di pintu bilik, terus berdiri tegak.

"Pakwe?" Woah, ini sudah melampau! Jumpa pakwe sampai lupakan roommate sendiri!

"Haah, Kim Namjoon. Ok lah Seungcheol, Aku nak pergi isi air" Sohee melangkah pergi, meninggalkan Seungcheol yang masih berapi.

Tanpa membuang masa, Seungcheol melangkah kakinya ke tangga, menuju ke tingkat bawah.

Sampai sahaja di tingkat bawah, kelihatan Hana dan seorang lelaki sedang berborak namun kedua-dua mereka kelihatan serius. Seungcheol melangkah kakinya kearah dua pasangan itu namun terhenti setelah mendengar nada tinggi daripada Hana.

"Hana.."

"Jawab soalan Aku, Kim Namjoon!"

'uuu garang, tanjat kite' Latah Seungcheol dalam hati.

"Doktor kata 3 bulan" Hana tergamam setelah mendengar jawapan Namjoon. Tangannya membentuk satu kepalan penumbuk.

'3 Bulan apa ni?' soal Seungcheol dalam hati, masih menyibuk nak dengar pasangan itu berbual tentang apa.

Pang!

Orang-orang disekitar itu terdiam dan tergamam termasuk Seungcheol. Siapa je tidak terkejut apabila melihat Hana menampar Namjoon.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now