26

139 12 4
                                    

Hana membuka matanya. Terasa cahaya matahari menyinari wajahnya. Telefon di meja sebelah katil, diambil. Beberapa panggilan daripada Eunchae malam tadi muncul di lockscreen telefonya.

Mesej Eunchae dibaca lalu Hana menutup semula aplikasi Kakaotalk itu.

"Hana" Hana memandang empunya suara yang memanggil namanya.

"Nak apa? Kaki nak?" Soal Hana sambil menunjukkan kakinya yang memakai stokin warna pink kearah housemate nya.

"Tak senonoh sia anak dara sorang ni. Dah bangun. Pukul 10 pagi dah ni. Tahulah tak pergi shooting" perli Nahyun sambil menutup pintu bilik Hana.

"Bising sia budak ni" Hana bangun dari katil lalu merenggangkan badannya. Semalam, dia tidur pukul 3 pagi kerana sibuk menyiapkan skrip untuk filem akan datang.

Selesai mandi, Hana melangkah ke dapur. Kelihatan Nahyun dan roommate mereka sorang lagi, Jiae sedang berborak di meja makan.

"Kau ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Jiae sambil menghidangkan semangkuk nasi goreng kimchi ke Hana.

Gadis itu mengeleng kepalanya.

"Aku nak melawat seseorang" kata Hana dengan senyum tawar.

"Dia?" Soal Nahyun dan Hana hanya diam sebelum angguk kepalanya dengan sedikit sedih.

"Yup"

Jiae hanya diam sambil mengosok belakang Hana, memberi semangat kepada gadis itu.

"Okay lah, Aku nak keluar. Nanti minah senget tu bebel pula" Nahyun ambil beg nya di sebelah sambil berdiri. Jiae dan Hana hanya angguk sahaja sebagai jawapan.

Im Nahyun, seorang pembantu pengarah filem. Kim Jiae, jururawat dan Hana, seorang pengarah filem dan teater serta penulis skrip. Mereka satu rumah setelah Hana tamatkan pengajian sekitar 3 tahun lalu.

Kini, Hana sudah berusia 28 tahun dan masih single.

Sampai sahaja disatu tempat, Hana turun dari keretanya sambil memegang jambangan bunga berwarna putih. Kakinya melangkah memasuki tanah perkuburan dengan tiada perasaan.

Sampai sahaja di satu kubur, jambangan bunga itu diletakkan di atas batu yang terukir satu nama.

'Kim Namjoon'

Hana menatap nama yang terukir di batu kubur itu. Sudah 3 tahun kejadian itu berlaku.

"Aku harap kau gembira di neraka" kata Hana lalu melangkah pergi namun kakinya tiba-tiba sahaja berhenti apabila ada satu figura sedang berdiri dihadapannya.

Hana dan lelaki itu hanya diam sahaja. Baru sahaja Hana ingin melangkah pergi, lelaki tersebut memanggil namanya.

"Park Hana" gadis itu berhenti melangkah apabila terdengar namanya diseru.

"Kau sihat?" Soal lelaki itu namun Hana abaikan dengan melangkah kakinya pergi dari situ.

💎

"Hyung, kau nak pergi mana?" Soal Chan apabila melihat Seungcheol sedang bersiap untuk keluar.

Beberapa maid yang membantu Seungcheol,meminta untuk keluar dari bilik lelaki itu meninggalkan dua beradik itu.

"Tanah kubur" balas Seungcheol sambil mengemaskan tali leher.

"Tanah kubur?! Siapa mati—" Chan terdiam lalu teringat akan sesuatu.

"Ah, Namjoon sunbae" sambung Chan lalu Seungcheol angguk.

Harini merupakan hari memperingati kematian Kim Namjoon. Seungcheol sengaja minta cuti harini kerana mahu melawat 'kawan baik' nya itu.

"Hyung pergi sendiri ke?" Soal Chan kepada lelaki itu. Lelaki itu duduk diatas kerusi milik Seungcheol.

"Tak, dengan Jimin. Hyung pergi dulu"  bahu Chan ditepuk.

"Hyung jangan lupa. Malam ni ada majlis" jerit Cha apabila teringat akan tujuannya datang ke bilik abang sulungnya itu.

"Okay!" Sahut Seungcheol yang hilang dari pandangannya.

"Uit Jimin!" Jimin yang sedar namanya dipanggil, lelaki itu segera menutup telefon.

"Nanti I call balik. Bye baby" Seungcheol menjuihkan bibirnya mendengar ayat terakhir lelaki itu.

Pasti on the phone dengan tunang lelaki itu.

"Jom!" Kata Jimin lalu masuk ke dalam kereta mereka.

30 minit perjalan dari Istana ke tanah kubur, akhirnya mereka berdua sampai dengan selamat.

"Cheol, kau gi dulu. Aku nak jawab call" panggilan dari kem tentera di England membuatkan Jimin terpaksa jawab panggilan itu.

Seungcheol hanya angguk kepalanya lalu keluar dari isi kereta. Jembangan bunga mawar berwarna putih, diambil di seat belakang lalu memasuki kawasan tanah kubur itu.

Baru sahaja sampai di kawasan kubur Namjoon, satu figura sedang memandang nya.

'Hana' bisik hati Seungcheol.

Sudah 3 tahun mereka memutuskan hubungan atas permintaan ibu bapa angkat gadis itu.

Baru sahaja gadis itu pergi, Seungcheol memanggil nama gadis itu.

"Park Hana" Hana berhenti melangkah apabila namanya disebut. Sudah lama dia tidak dengar suara lelaki itu.

"Kau sihat?" Soal Seungcheol namun Hana abaikan soalan lelaki itu dengan melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.

Seungcheol mengeluh sambil melihat gadis itu pergi meninggalkan nya.

Jimin yang sedang melangkah kearah Seungcheol terhenti apabila terpandang satu manusia yang dia kenal.

"Hana?" Soal Jimin. Hana hanya tersenyum tawar sebelum melangkah pergi.

Jimin memandang Hana lalu memandang Seungcheol yang berdiri statik.

'tak boleh jadi ni' bisik Jimin lalu melangkah laju kearah Seungcheol yang masih fokus memandang Hana.

"Kau buat apa? Pergilah kejar dia" bisik Jimin namun Seungcheol mengeleng.

"Kau takyah nak jadi watak utama macam dalam drama. Pastu dua-dua menangis bawah hujan. Dahlah cliche. Dah, pergi" badan Seungcheol ditolak membuatkan lelaki itu terdorong kedepan sedikit.

"Aku taknak" balas Seungcheol. Nak je dia hempuk Jimin dengan bunga ditangannya. Kang kalau mati— tapi kalau Jimin mati, hidup Seungcheol pun bahagia.

Jahat sia aku. Siapa punya author ni? *Tengok Wonwoo* kau eh!

"Asal pula?" Soal Jimin dengan kehairanan.

"Sebab Aku dah buat dia benci Aku" balas Seungcheol sambil melihat Haa yang sudah masuk kedalam kereta milik gadis itu.

Sempat lagi Seungcheol puji apabila melihat jenama kereta itu.

'Porche kau'

"Kau buat apa?"  Soal Jimin yang ingin tahu.


















"Kau buat apa?"  Soal Jimin yang ingin tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hati saya kecewa hikss" - Choi Unta

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now