48

107 8 0
                                    

Hana memandang tingkap disebelah katil pesakit yang diduduki nya itu. Pandangan nya kosong. Sunyi.

"Seungcheol ah" nama Seungcheol masih berlegar-legar dalam fikiran Hana membuatkan gadis itu hampir menangis lagi. Malah, doktor yang merawat Hana mengatakan gadis itu alami tekanan tinggi. Mana tidaknya, Hana sudah tidak tidur malam kerana memikirkan Seungcheol.

"Noona jangan risau. Hyung pergi sana sebab nak siapkan semua barang dia. Jeonghan hyung dah bagitahu apa yang berlaku kat Seungcheol hyung cuma—"

"Cuma hyung tak reply mesej kitaorang. Seen pun dia tak bagi" kata Chan yang cuma menenangkan hati Hana namun Hana hanya diam.

Hana turun dari katil lalu keluar dari bilik wad itu, dia memerlukan udara yang segar. Tiang yang disangkut dengan beg drip itu dibawa oleh Hana. Air dalam badannya masih berkurang walaupun badannya sudah sihat sedikit tapi disebabkan terlalu tertekan, Hana terpaksa dimasukkan air lagi.

Hana melangkah kakinya ke tangga dan menuju ke tingkat atas.

Tanpa sedar, ada satu figura sedang memerhati Hana dari gadis itu keluar dari bilik sebentar tadi.

"Hana eonnie— eonnie?" Soal Eunchae apabila melihat kakak angkatnya tiada dibilik. Eunchae menuju ke bilik air namun Hana masih tiada.

Tanpa buang masa, Eunchae terus mencari kakaknya di sekitar lobi dan taman hospital. Lama mencari, kelibat Hana masih tiada.

"Seungcheol oppa!" iPhone yang ada ditangan Eunchae, segera mencari nombor Seungcheol. Sebaik sahaja nombor itu bersambung, Eunchae memberitahu Seungcheol tentang ketiadaan Hana di bilik wad.

"Kenapa Eunchae?" Soal Seungcheol dalam talian.

"Hana eonnie takda dalam bilik!" Kata Eunchae dengan risau.

"Eunchae dah cari kat semua tempat?" Soal Seungcheol dan Eunchae angguk.

"Dah, lobi, taman, kantin, cafe. Semua dah cari. Eonnie takda" kata Eunchae lagi.

"Nanti Wonwoo dengan Soonyoung sampai. Diaorang tolong Eunchae" kata Seungcheol lalu memutuskan panggilan.

💎

"Eunchae!" Wonwoo dan Soonyoung tiba diikuti Jihoon dan Seokmin dibelakang lelaki itu.

"Eonnie hilang" kata Eunchae sambil menangis. Soonyoung menepuk perlahan bahu Eunchae, memujuk gadis itu.

"Jihoon dan Seokmin pergi periksa bilik cctv. Aku dengan Soonyoung cari Hana" kata Wonwoo lalu Jihoon dan Seokmin pun beredar menuju ke bilik cctv.

"Jom!" Wonwoo, Soonyoung dan Eunchae mencari Hana sekali lagi.

Hampir 20 minit mencari, telefon Wonwoo berdering. Nama Jihoon terpampar di skin telefon.

"Kenapa Jihoon?" Soal Wonwoo dengan penat.

"Hana menuju ke tangga dan berjalan ke tingkat atas. Hana hilang sebaik sahaja ada di tingkat 10. Guard kata, kemungkinan dia ada di rooftop sebab lalu yang Hana lalu menuju ke rooftop" balas Jihoon sebaik sahaja selesai menjejak Hana melalui cctv hospital.

"Okay Jihoon"

"Wait, hyung kau tengok ni" kedengaran suara Seokmin membuatkan Jihoon dan beberapa guard lain memandang ke arah yang Seokmin tunjuk.

"Ada seseorang ikut Hana noona. Aku perasan dia sejak Hana noona keluar dari bilik tadi" kata Seokmin. Dengan segera Wonwoo, Soonyoung dan Eunchae berlari ke rooftop.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now