16

195 14 0
                                    

"Wendy! Tunggu!" Hana memanggil nama Wendy, gadis berasal dari Kanada itu sedang berjalan seorang diri. Hana berlari laju dan berhenti dihadapan Wendy. Tercunggap-cunggap mengambil oksigen sambil memegang bahu Wendy.

"Kenapa Hana? Macam kena kejar hantu je?" Soal Wendy dengan polos. Pelik dengan rakannya itu. Dah kenapa berlari? Ada pertandingan marathon 100km ke? Ke kena kejar dengan vampire? Tapi baru pukul 2 petang. Mana ada hantu.

"Tolong Aku! Aku—" tak sempat Hana habiskan ayat, satu suara memanggil Hana. Kelihatan empunya suara itu berlari anak kearah mereka berdua.

"Hana~" Hana sorok dibelakang Wendy yang pendek daripadanya.

"Damn!"

"Jom dating!" Lengan Hana ditarik oleh Seungcheol namun Hana memegang lengan Wendy. Hana memandang Wendy sambil geleng kepala.

Wendy sudah buntu.  Dia sudah tahu tentang hubungan kedua-dua orang dihadapannya itu. Macam mana dia tahu? Hello, ini Carat University. Bila dah tersebar dalam Carat community confirm akan jadi berita hangat seperti goreng pisang terlaris.

"Taknak!" Seungcheol tarik kedua-dua tangan Hana menyebabkan Hana terlepas pemegangannya pada lengan Wendy.

"Jom, bye Wendy" badan Hana dipeluk lalu mereka berdua meninggalkan Wendy yang sudah tak faham dengan situasi. Dia pelik, kenapa Hana takut dengan Seungcheol.

"Wendy tolong! Uhuks" jerit Hana dengan sadis sambil diheret oleh Seungcheol. No, kita tukar.

Hana diheret oleh teman lelakinya woahhh.

Wendy mengaru kepalanya lalu sambung semula berjalan, mengabaikan teriakan Hana.

"Ei Seungcheol, lepaslah" Hana menarik lengannya namun Seungcheol tidak benarkan.

"Taknak"

"Choi Seungcheol!" Jerit Hana lalu Seungcheol memandang gadis itu.

"Kau panggil nama penuh Aku ye"

"Choi Seungcheol! Choi Seungcheol" Hana menyebut nama penuh Seungcheol berkali-kali. Sengaja mahu buat lelaki itu sakit hati.

Cup!

Hana terdiam apabila bibirnya bertemu dengan bibir Seungcheol.

"SHEET MY EYES!" jerit Hansol lalu menutup mata adiknya, Lee Chan daripada melihat aksi dua orang itu.

"Kenapa? Apa berlaku?" Soal Chan dengan polos. Tiba-tiba matanya ditutup oleh telapak tangan Hansol. Tadi dia sibuk membalas chat Seungkwan, sebab itu dia tidak tahu apa yang terjadi.

"Jom, kita pergi ke taman" kata Hansol sambil membawa Chan pergi dari situ. Balik ni, dia kena suruh Jisoo hyung cuci matanya dengan holy water.

Hana memandang Seungcheol dengan tidak percaya.

"Sebut nama penuh Aku, Aku cium kau lagi" bisik Seungcheol lalu badan lelaki itu ditolak sebelum Hana melarikan diri.

"Comel" Seungcheol mengejar Hana yang sudah jauh berlari meninggalkannya.

💎

Seungcheol mengesat rambutnya yang basah dengan tuala kecil lalu disidai di kerusi belajarnya. Lelaki berkulit cerah itu memandang Hana yang membelakangi nya itu sedang tekun buat kerja di MacBook.

Kerja apa lagi? Dialogue untuk pentas teater lah.

Satu idea nakal muncul dalam otak Seungcheol sebelum lelaki itu memberi senyuman sinis sambil melangkah kearah Hana yang tekun membuat kerja.

Tangan Seungcheol memegang kedua-dua bahu Hana lalu wajah lelaki itu dirapatkan di telinga Hana.

"Buat apa tu sayang?" Bisik Seungcheol membuatkan Hana berhenti menaip di MacBook.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now