40

100 9 0
                                    

"my daughter, how are you?" Soal Encik Park sambil mengacu pistol dikepala Hana. Dibelakang lelaki itu, Puan Park tersenyum sinis.

"Kau nak apa?!" Soal Hana dengan kasar terhadap 'ayahnya'.

"Kau nak tahu something? Kau bukan anak kandung kami. Kami gunakan kau untuk rampas semua harta mak ayah kau yang tak guna tu. Salahkan mak kau sebab reject Aku dulu! Salahkan dia sebab tergila-gila kat bapak kau yang bodoh tu!" Terang Tuan Park dengan berang! Walaupun kisah lama itu sudah berlalu namun dendamnya terhadap adiknya, Ayah kandung Hana yang sebenar masih membuak-buak.

"Apa kau buat kat keluarga Aku?! Hah! Cakap!" Kata Hana. Matanya sudah berair.

"Ouh, takda apa-apa pun. Aku hasut mak kau yang bapak kau ada perempuan lain. Mak kau percaya dengan hasutan Aku. Malam itu juga, mak bapak kau bergaduh dan orang yang Aku upah langgar mereka berdua sampai daging mereka hancur. Yelah, kena gilis dengan lori kot hahaha" kata Tuan Park dengan tanpa rasa empati.

"Kau! Kau bunuh keluarga Aku! Dasar lelaki tak guna!" Jerit Hana sambil menepis tangan yang ada pistol itu lalu mencekik Encik Park, atau lebih tepat pakciknya itu.

"Jangan sentuh husband Aku!" Rambut Hana ditarik oleh makciknya lalu dicampak ke dinding rumah itu.

Hana bersandar sambil matanya mengalirkan air mata. Tangannya mengenggam dengan sepenuh hati.

'aku tak boleh mengalah!'

Hana bangun lalu menarik rambut makciknya sehingga wanita itu meraung kesakitan.

"ARGHHHHHHHH!" jerit Hana dengan sekuat hati sambil menarik rambut makciknya dengan sekuat hati.

"Kau lepaskan rambut bini Aku!" Jerit pakciknya namun Hana abaikan.

"KAU PATUT MATI BETINA! ARGHHHHH" jerit Hana seperti orang gila.

Bang!

Lengan Hana ditembak oleh pakciknya sendiri. Tembakan tersebut membuatkan Hana meraung kesakitan kerana ditembak dilengan. Makciknya berlari kearah suaminya dengan rambut serabai.

"Kau memang sial! Kenapa kau sentuh isteri Aku?! Kau siapa hah?!" Jerkah pakciknya sambil menarik rambut Hana sehingga kepala Hana mendongak keatas.

"Aku anak kepada orang yang kau bunuh! Kenapa?! Kau takut Aku bunuh kau pula?!"  Soal Hana dengan berani. Gadis itu langsung tidak takut dengan pakciknya itu.

"Kau—"

Bang!

Bang!

Bang!

Beberapa tembakan dilepaskan oleh beberapa tentera membuatkan beberapa lelaki bertatu dalam rumah itu jatuh tersungkur akibat ditembak oleh pasukan tentera khas.

"Park Youngsoo dan Park Mirae, anda berdua ditahan atas pembunuhan pasangan suami isteri 25 tahun yang lalu serta pengubahan wang haram dan pembelian senjata api tanpa lesen" kata salah seorang tentera itu sambil ikat tubuh makcik dan pakcik Hana.

"Hana" Seungcheol berlari kearah Hana lalu memeluk gadis itu.

"Kau tak apa-apa?" Soal Seungcheol sambil melihat tubuh Hana kemudian mata lelaki itu terpandang lengan Hana yang ditembak. Darah keluar tanpa henti membuatkan Seungcheol panik kerana wajah Hana pucat. Jika dibiarkan Hana mungkin pengsan atau kehilangan darah

"Ada orang cedera!" Jerit Seungcheol lalu mendukung Hana keluar dari rumah itu.

"Jeongwoo—"

"Dia dah selamat cuma dia masih pengsan" Seungcheol memotong kata-kata Hana. Badan gadis itu dibawa ke truk tentera.

"Rawat dia. Dia mangsa tembakan" kata Seungcheol kepada budak bawahannya. Lelaki tentera khas itu dengan lambang medic di lengan kiri tekun merawat luka Hana.

"Tuan, kita kena bawa dia ke hospital juga! Darah tak berhenti keluar!" Jerit salah seorang lagi tentera medic dengan panik sebaik saja mereka berjaya mengeluarkan peluru dalam lengan Hana.

"Seungcheol" Hana memanggil nama lelaki itu kerana wajah lelaki itu kelihatan risau.

"Sabar Hana, kau tak mati pun. Kene tembak kat lengan je" kata Seungcheol dengan lawak. Dia mahu Hana tidak panik dengan keadaan sekarang.

"Kau—"

"Jangan cakap, darah kau tak henti ni" kata Seungcheol dengan senyuman paksa. Seungcheol tidak mahu tunjuk riak panik dihadapan Hana.




















 Seungcheol tidak mahu tunjuk riak panik dihadapan Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hensem kan bf saya (⁠っ⁠˘⁠з⁠(⁠˘⁠⌣⁠˘⁠ ⁠)

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now