34.5 (epilogue)

132 16 0
                                    

Seungcheol memandang Hana sehingga tubuh gadis itu hilang dari pandangannya.

"Ya Kim Mingyu, kalau dia jatuh tadi, siapa nak tanggung?" Soal Seungcheol apabila Mingyu dan Wonwoo menghampiri si abang sulung.

Mingyu punya idea lah suruh letak dumbbell diatas lantai.

"Hyung lah" kata Mingyu dengan selamba.

"Banyak lah kau! Jom balik" ajak Seungcheol sambil mengambil beg galas namun Wonwoo bersuara.

"Mantap, banyak do sweet moments korang" kata Wonwoo sambil menekan butang kanan, melihat gambar yang dia tangkap semasa Seungcheol memeluk pinggang Hana.

"Jeon Wonwoo"

"Ni kalau Aku send kat Jeonghan dan Seungkwan, confirm satu dunia kecoh" sambung Wonwoo, sengaja mengabaikan Seungcheol.

"Jeon Wonwoo"

"Bergetar tulang rusuk Aku tengok gambar ni" sampuk Mingyu pula. Dia pula yang excited tengok gambar itu.

"Jeon Wonwoo, baik kau simpan kamera tu sebelum Aku campak masuk Sungai Han" ugut Seungcheol dengan tegas.

"K, fine" Wonwoo akhirnya akur.

Gila ke nak melawan? Kalau Seungcheol campak camera kesayangan dia, mahu Wonwoo menangis 10 hari 10 malam. Bukan boleh percaya orang tua tu. Bila dia cakap, dia akan buat.

Seungcheol tahu semua apa yang Hana ingin lakukan terhadap dia. Semasa Wonwoo hantar check list kepada Hana, dia ada disebelah Wonwoo dan Mingyu.

Flashback...

"Kalau dia tanya siapa punya idea, nak cakap apa hyung?" Soal Wonwoo sebaik sahaja hantar check list kepada Hana.

"Cakap, tu Jeonghan dan Jisoo punya idea" kata Seungcheol dengan selamba badak unta makan buah ceri.

"Jual nama member siaa" kata Wonwoo sambil menaip sesuatu di keyboard telefon nya.

"Hyung, kalau reject idea kita macam mana?" Soal Mingyu pula. Dia risau kalau nanti bila dia kahwin, Julia masih kakak iparnya. Confirm Mingyu akan ajak bakal isterinya yang entah wujud ke tidak, pindah ke planet musytari.

"Macam tu lah" kata Seungcheol dengan selamba.

"..."

"Macam pasrah je hyung ni" kata Wonwoo lalu Mingyu hanya mengeleng kepalanya.

Mingyu membuka telefonya, mesej Hana dari aplikasi Kakaotalk dibaca.

"Mantap hyung, Hana noona setuju nak goda hyung 🌚" kata Mingyu dengan excited.

"Uish, makin rawr! Dia tanya apa?" Sampuk Wonwoo, sengaja nak menyibuk.

Biasalah, sejak akhir-akhir ini dia makin banyak cakap.

"Dia tanya schedule esok. Uish! Tak sabar Aku! Yihiiii!" Kata Mingyu lalu menepuk tampar Wonwoo macam perempuan excited bila crush kesayangan bagi mini love.

"Gyu, esok kita berdua takyah pergi workout lah nampaknya. Biar diaorang dating hahah" cadang Wonwoo lalu Mingyu pun setuju.

Seungcheol hanya mengeleng kepalanya. Boleh migraine dibuatnya.

"Aku ada idea" sampuk seseorang membuatkan tiga manusia itu melatah secara mengejut.

"Kwon Soonyoung! Bila kau muncul! Dahlah muncul bawah meja!" Soal Seungcheol dengan terkejut. Pen hitam diambil lalu diketuk ke kepala Soonyoung itu.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now