45

101 9 0
                                    

"Hana!" Seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke kawasan menunggu di wad kecemasan. Kehadiran lelaki itu membuatkan Seungcheol dan yang lain-lain memandang pelik kearah lelaki itu.

"Kau ni siapa? Sedap ikan pari masak kari je masuk? Kau keluarga dia ke?" Soal Myungho kepada lelaki itu.

"Aku teman lelaki Hana. Hana macam mana, dia okay ke?" Soal lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki Hana bertanya kepada Myungho yang masih berpakaian tentera itu.

"Hello encik, kitaorang dah lama kenal Hana tak pernah-pernah dia bagitahu kau teman lelaki dia?" Sampuk Junhui pula membuatkan lelaki itu terdiam.

"Aku teman lelaki Hana semasa kami di Singapura. Aku balik ke sini sebab dengar dia masuk hospital kena tembak" kata lelaki itu namun 13 jejaka itu memandang tajam kearah lelaki itu.

Suspicious.

"Wonwoo, kau cari maklumat pasal lelaki tu" bisik Seungcheol kepada Wonwoo. Lelaki itu angguk lalu pergi dari situ sebaik saja mendengar arahan Seungcheol.

Ting!

Bunyi lampu kecemasan bertukar dari merah ke hijau menarik perhatian mereka. Doktor yang memakai baju biru dan mask keluar dari bilik bedah.

"Doktor, macam mana dengan Hana?" Soal lelaki yang masih tidak dikenali itu membuatkan 12 lelaki itu buat muka 'kau dah kenapa siyel?'

"Hana masih koma. Ada satu peluru di bahagian kiri pinggang manakala tiga peluru di bahagian badan dan salah satunya hampir terkena di bahagian jantung. Buat masa ini, hanya keluarga sahaja yang boleh melawat" kata doktor itu membuatkan mereka semua melepaskan nafas dengan lega. Sekurang-kurangnya Hana masih hidup.

"Saya keluarga dia, doktor. Boleh saya melawat dia?" Kata lelaki itu kepada doktor.

"Maaf, buat masa sekarang cik Hana masih dalam pemantauan. Mungkin esok atau lusa Encik semua boleh melawat" kata doktor itu dengan lembut walaupun sudah penat dengan pembedahan tadi.

"Tapi dia girlfriend saya! Takkan saya tak boleh melawat dia?!" Jerkah lelaki itu membuatkan Seungcheol memandang tajam kearah lelaki itu.

Doktor yang melihat pandangan tajam Seungcheol kearah lelaki dihadapannya menelan liur.

"Eh jantan ni pehal busybody duh? Ingat dia suami Hana ke?" Bisik Seungkwan kepada Jeonghan. Geram pula dia tengok lelaki itu.

"Tulah, nak je aku tembak dia pakai M-16" bisik Jeonghan pula.

"Kau tak reti nak hormat doktor ke? Jangan sampai Aku 'diam'kan kau bawah 7 kaki" bidas Seungcheol membuatkan Jeonghan dan Seungkwan terdiam. Doktor itu segera beredar dari situ.

"Kau siapa? Kau teman lelaki Hana ke? Eh engko orang takda kaitan dengan Hana, blah dari sini!" Marah lelaki itu sambil menghalau 12 lelaki yang berpakaian tentera.

"Kau—" baru sahaja Seungcheol bangun dari kerusi menunggu, seventeen segera menahan abang sulung mereka dari membelasah lelaki itu.

"Sabar hyung! Sabar! Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus" kata Mingyu dengan buat demonstrasi (?) cara tenangkan diri.

"Heh, kau tahu Aku siapa? Aku CEO Neo Car. Kau cuma tentera je" bidas lelaki itu membuatkan Mingyu memandang lelaki itu sambil bercekak pinggang.

"Eh orang utan, kau ada smartphone kan? Apa kata kau search guna nama '13 princes of South Korea' kat Naver. Mana lah tahu tetiba kau insaf ke lepas kau tahu siapa orang yang kau kutuk tadi" balas Mingyu lalu lelaki itu dengan malas mengeluarkan telefon pintar nya tapi tak sepintar seperti tuannya.

Dengan kata lain 'Telefon pintar, tapi pintarkah anda?'

Tergamam lelaki itu melihat gambar yang ada di carian Naver. Gambar itu sama seperti 12 lelaki dihadapannya sekarang.

13 princes of South Korea, anak kepada raja Korea Selatan. Choi Seungcheol, Yoon Jeonghan, Hong Jisoo, Moon Junhui, Kwon Soonyoung, Jeon Wonwoo, Lee Jihoon, Seo Myungho, Kim Mingyu, Lee Seokmin, Boo Seungkwan, Choi Hansol dan Lee Chan

"So, silakan berambus dari sini" kata Jihoon sambil membuat laluan untuk lelaki itu pergi dari situ.

"No! Apahal Aku pula?! Korang apa hubungan dengan Hana?!" Soal lelaki itu dengan tidak puas hati.

"Ni, kau nampak jantan ni? Ni teman lelaki Hana dan bakal suami Hana" kata Junhui sambil menunjukkan wajah Seungcheol lalu lelaki itu smirk.

"Ah, kau ke lelaki yang bodoh tu?" Soal lelaki itu lalu tertawa sinis.

"What de hel? Asal tetiba lelaki ni smirk?" Bisik Soonyoung secara tetiba.

"Apa maksud kau?" Soal Seungcheol dengan hairan.

"Hana dah cerita semua pasal kau. Kau lah lelaki yang kahwin dengan Puteri dari England tu kan? Memang patut Hana dengan Aku sekarang" kata lelaki itu dengan yakin membuatkan mereka berdua belas terdiam.

"Apa bukti kau dengan Hana sedang couple?" Soal Seungkwan pula.

"Ni" lelaki itu menunjukkan satu gambar dalam telefonnya. Jelas. Gambar itu ialah gambar Hana dan lelaki dihadapan mereka berpegangan tangan disuatu tempat.

"So, korang boleh pergi dari sini" kata lelaki itu dengan sinis sambil memandang Seungcheol yang sudah terdiam.

'shit, dia tiru ayat Aku sia' bisik Jihoon dalam hati
















Ada watak baru lah pula

Ada watak baru lah pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now