44.5 (epilogue)

102 9 0
                                    

September 1997,

"Haerim!" Suara seorang wanita menyapa ibu muda itu yang sedang menyuap Hana dengan kek, memandang kearah rakan baiknya.

"Saera! Seungcheoliee hai" Haerim menyapa rakannya dan anak rakan baiknya itu, Choi Seungcheol yang berusia dua tahun. Sama umur dengan anak perempuannya itu.

"Eh, bukan kau ada anak kembar tiga ke? Mana dua lagi?" Soal Haerim kepada Saera apabila Saera letakkan Seungcheol dalam tempat duduk bayi disebelah anak Haerim, Hana.

Mata Seungcheol membulat melihat Hana yang sedang bermain kek dengan sudu, gadis comel itu abaikan pandangan Seungcheol yang memandang nya.

"Jeonghan dengan Jisoo tu memang kuat tidur. Pasang bom nuklear pun budak dua ketul tu relaks je tidur. Junhui dengan Wonwoo husband Aku jaga. Padan muka. Siapa suruh Aku pregnant lagi" kata ibu mengandung dengan usia kandungan 7 bulan itu lalu mencubit pipi Hana yang gebu.

"Eii comel lah anak perempuan kau ni, Haerim!" Hana hanya tergelak suka melihat aunty Saera memuji dirinya yang comel.

"Eomma!" Seungcheol menepuk lengan ibunya sambil mencebik mulutnya. Tidak suka ibunya melebihkan anak orang lain dari dirinya.

"Tu, anak kesayangan kau dah merajuk" kata Haerim apabila melihat Seungcheol ingin menangis bila melihat ibunya, Saera manjakan Hana.

"Ei Seungcheol ni, eomma nak manja dengan Hana pun tak boleh ke? Nanti eomma kahwinkan Seungcheol dengan Hana baru tahu!" Kata Saera dengan geram bila melihat Seungcheol yang kecil itu masih merengek mahu perhatian dari ibunya itu.

"Tak pasal-pasal nanti Aku berbesan dengan kau" kata Haerim dengan gurau lalu Saera memandang rakannya itu.

"Okay juga tu. Dapatlah aku menantu yang comel ni" Saera sambung mencubit pipi Hana lalu Seungcheol merengek kembali.

"Eomma!"

23 tahun kemudian, takdir membawa mereka kembali apabila Seungcheol dimasukkan ke Carat University atas permintaan ayahnda nya.

Bukk!

"Sakitlah! Buta ke?!" Marah Hana apabila melanggar satu figura yang sedang berdiri dihadapannya.

"Aku buta? Kau tu yang buta. Orang tengok hadapan, bukan tengok telefon" bidas lelaki itu sambil memeluk tubuh, memandang Hana yang pendek darinya.

"Kau–" tak sempat Hana nak maki lelaki itu, lelaki itu sudah ditarik oleh Jimin.

"Ceh, kalau jumpa mamat tu, memang Aku maki depan muka dia" bebel Hana lalu sambung berjalan mencari Taeyong dan Doyoung yang masih bergaduh hanya Starbucks Blackpink.

"Siapa perempuan tadi?" Soal Seungcheol apabila mereka keluar dari bilik Prof Han, melaporkan kedatangan pelajar baru. Siapa lagi kalau bukan Choi Seungcheol. Mereka sedang masuk ke dalam lift, menuju ke tingkat bawah Carat University.

"Hana? Dia tu Timbalan Ketua Pewakilan Pelajar dan crush orang ramai. Anak kepada CEO Hong Corp." Terang Jimin sambil membisikkan siapa itu Hana kepada Seungcheol.

'Hana? Dia ke?' soal Seungcheol dalam hati namun dia malas nak fikirkan sebab dah penat.

Namun tak sangka, mereka satu bilik pula itu. Disebabkan itu, mereka menjadi rapat sehinggalah Seungcheol diberitahu oleh Ayahnda nya bahawa dia perlu pulang ke Istana kerana ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada anak lelakinya itu.

"Kenapa Appa suruh Seungcheol balik?" Soal Seungcheol sambil duduk dihadapan ayahnda.

"Appa sebenarnya nak Seungcheol siasat sesuatu. Kes pembunuhan 22 tahun yang lalu" Seungcheol terbatuk seketika. 22 tahun lalu? Maksudnya umur Aku time tu 3 tahun? Biar betul ayahnda ni?

"Tapi Seungcheol bukan polis. Tentera je" balas Seungcheol. Nak siasat kes pembunuhan suruh polis lah. Tentera siasat kes pencerobohan sempadan je. Kalau teruk, baru call tentera.

"Ya, tapi itu juga tugas Seungcheol kan?" Seungcheol garu kepalanya yang tidak gatal. Patutlah Jeonghan rapat dengan ayahnda sebab perangai diaorang jenis keras kepala.

"Penting ke kes tu?" Soal Seungcheol kepada Appa nya.

"Kalau tak penting, kau tak duduk sini wahai Choi Seungcheol" balas ayahnda nya membuatkan Seungcheol buat muka ·_·

"K"

"Ini fail dia" fail hitam itu ditolak kearah Seungcheol lalu lelaki itu membuka fail itu sambil mendengar penerangan dari ayahnda nya.

"Ingat lagi kawan baik eomma kamu? Mereka suami isteri dikatakan dilanggar oleh sebuah lori tapi eomma kamu tak percaya. Sebelum ini, Appa dah suruh beberapa pembantu Appa siasat kes ni dari dulu sampai sekarang. Tapi, pembunuh itu sukar ditahan sebab kekurangan bukti. Jadi, Appa nak kamu siasat kes ini. Lagipun, anak mendiang satu university dengan kamu" Seungcheol angkat kepalanya memandang ayahnda nya.

"Carat university? Siapa?" Soal Seungcheol. Takpa, kalau dia tak kenal dia tanya Jeonghan dengan Seungkwan. Diaorang kan kaki gosip.

"Park Hana, pelajar tahun akhir dalam bidang Filem and theatre"

Seungcheol terdiam. Jadi betullah firasat nya yang mengatakan dia pernah mengenali Hana sebelum ini.

Disaat hubungan mereka bahagia, keluarga Hana mengambil Hana dan bawa gadis itu ke Singapura. Ketika itu Seungcheol sudah hairan.

'siapa mereka? Bukan keluarga Hana dah mati ke?' banyak soalan yang berada dalam kepala Seungcheol membuatkan lelaki itu tidak senang duduk.

Akhirnya, Seungcheol ambil keputusan untuk meminta bantuan dari adik-adik nya.

"Jeonghan, kau ke Singapura esok. Aku nak kau siasat siapa keluarga yang mengaku sebagai ibu bapa Hana. Yang lain, awasi pergerakan keluarga Hana. Aku dengar dari Jennie, diaorang akan pulang ke Korea bulan depan"  kata Seungcheol lalu 12 mereka angguk kepala masing-masing.

Tak disangka, rupanya orang yang mengaku sebagai ibu bapa Hana ialah pakcik dan makcik Hana sendiri. Mereka merupakan orang yang dituduh sebagai pembunuh ibu bapa Hana termasuk ibu Hoseok yang bersubahat dalam membunuh ibu bapa Hana.

"Hyung, Jung Hoseok tu anak kepada Jung Mirae. Mak dia tu suka kat mendiang Appa Hana tapi Appa Hana tak suka dia. Bila je parents Hana mati, dia kaut segala keuntungan milik keluarga Hana. Sebab itu dia dengan Hoseok kaya. Tapi sayang, makcik tu dah mati sebab sakit jantung. Mungkin nampak roh mendiang kot" kata Chan sambil memberi fail kepada Seungcheol.

"Okay, nanti ada apa-apa Aku bagitahu kau" kata Seungcheol lalu Chan keluar dari biliknya.

'Hana, Aku akan pastikan parents kau hidup aman' bisik Seungcheol dalam hati.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now