15

171 12 2
                                    

Hana menatap siling bilik. Sudah jam 3 pagi namun matanya masih tidak beri kerjasama. Perasaan trauma dan overthinking muncul di otaknya.

Hana memandang kearah kanan, kelihatan Seungcheol sudah tidur dengan lena sambil memeluk bantal peluk. Hana mengeluh dan cuba menutup matanya.

Satu saat, dua saat, tiga saat...

Hana membuka matanya semula dan bangun daripada katilnya, melangkah ke katil Seungcheol.

"Seungcheol" Hana menepuk bahu lelaki itu. Seungcheol mengeliat kecil sambil membuka matanya sedikit, memandang Hana.

"Hmm"

"Aku nak tidur dengan kau" Seungcheol angguk dan beberapa saat kemudian, Seungcheol membuka matanya dengan luas.

"HAH!" Seungcheol terus mengubah posisi daripada baring kepada duduk.

"Aku tak boleh tidur. Aku tengah overthinking. Macam mana kalau ada orang masuk pastu rakam Aku tidur? Macam mana kalau ada orang sebab video tu pastu—" Hana berkata dengan penuh risau. Banyak fikiran bermain didalam otaknya.

"Yelah-yelah" Seungcheol memotong kata Hana. Seungcheol mengesot ke tepi, memberi ruang kepada Hana.

"Thank you tapi! Kau jangan nak peluk dan raba Aku. Nanti Aku report kat Seungkwan" kata Hana sambil baring disebelah Seungcheol.

Seungcheol menghadap dinding, membelakangi Hana.

"Nanti kau pun kena juga dengan dia" Hana terdiam apabila terdengar kata Seungcheol.

"Betul juga. Kalau camtu Aku bagitahu Jeonghan —"

"Tidur Park Hana, dah pukul 3 pagi dah ni. Esok ada kelas" suara Seungcheol terdengar seperti sudah mengantuk.

"Ouh, okay. Goodnight"

"Hmm"

Pagi menjelang, Seungcheol membuka matanya apabila beberapa notifikasi masuk kedalam telefonya namun pergerakannya terhenti apabila terasa pinggangnya dipeluk.

Seungcheol batalkan niatnya iaitu mengambil iPhone miliknya. Matanya memandang wajah Hana sedang tidur yang hanya jarak beberapa inci daripada.

Entah kenapa, jantungnya berdebar dengan kencang seperti habiskan lumba lari. Tangannya entah kenapa dengan gatalnya, menyelak rambut Hana ke belakang.

'Seungcheol, kau tak boleh! Hana kawan kau!' bisik hati Seungcheol dengan kuat.

Seungcheol alihkan tangan Hana yang memeluk pinggangnya untuk bangun, namun Hana mengeratkan lagi pelukan tersebut. Malah, Hana menyandarkan kepalanya di dadanya.

Seungcheol hanya mendiamkan diri. Membiarkan Hana memeluk badannya. Nasib baik dia memakai baju kerana musim sejuk sudah tiba.

💎

"Haish! Eiii! Bodoh lah kau ni Park Hana! Bodoh! Bodoh!" Johnny, Jihoon dan beberapa pelajar yang dipilih menjadi pelakon teater memandang Hana yang tiba-tiba sahaja menepuk dahi berkali-kali.

"Kau okay tak?" Soal Jimin apabila melihat Hana yang baru sahaja tiba, menepuk dahi berkali-kali. Siapa je tak takut. Mana tahu yang masuk ni bukan Hana tapi alien haaa.

"Jimin, kau tampar Aku" kata Hana membuatkan semua pelajar disitu terkejut kecuali Jimin.

Tiba-tiba sahaja dia teruja.

"Aku tampar eh! Fuh! Dah lama sia Aku tak tampar orang! Last Aku tampar bontot Taehyung masa lelaki tu pakai boxer!" Kata Jimin dengan teruja sambil terkinja-kinja.

"Ready eh!" Kata Jimin dengan teruja

"Tampar jelah!"

"Hyung, taknak halang ke?" Soal Eunwoo kepada Jihoon. Jihoon hanya mengeleng.

Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now