7

177 13 0
                                    

"Choi Seungcheol? Dia tak datang ke?" Soal Prof Byun setelah melihat kehadiran yang telah di update oleh pelajar-pelajarnya. Nama Seungcheol sahaja yang tiada dalam sistem.

"Hana, mana roommate kamu?" Soal Prof Byun apabila melihat Hana sedang berbincang dengan Jihoon dan Johnny.

"Saya pun tak tahu dia pergi mana" balas Hana. Sudah tiga hari dia tinggal berseorangan di bilik. Dia juga hairan, kemana perginya jejaka unta itu.

"Prof, sorry saya lambat" Seungcheol muncul di pintu sambil menunduk sedikit sebaik sahaja melihat wajah Prof Byun yang memandang tajam kearahnya.

"Kali ini saya maafkan" Seungcheol angguk kepalanya lalu kerusi disebelah Jimin, ditarik.

"Kau pergi mana? Dari hari Jumaat, lepas kelas Aku cari kau. Hari ini baru muncul" bisik Jimin sebaik saja Seungcheol duduk disebelahnya.

"Aku balik" balas Seungcheol sambil mengeluarkan iPad dari beg nya.

"Balik, kenapa? Appa kau suruh kahwin ke?" Seungcheol menayangkan wajah 'damn bro, nak kena humban dalam loji ke?'

"Hana, how's your project for our university?" Soal Prof Byun setelah 2 jam sesi mengajar.

Hana mengangkat kepalanya lalu berdiri sambil tangannya memegang iPad.

"Dah Prof. Me and my crew will do an audition to find some actors and actress for our theater. Poster akan diedarkan maybe this week" balas Hana dengan mix English dan bahasa Korea.

Jika kelas Prof Byun, wajib mengunakan bahasa Inggeris kalau nak lulus semester.

"Okay, I'll wait for the next result. That's all for today. Class dismissed" pelajar dalam dewan berpusu-pusu keluar meninggalkan dewan. Namun yang masih berada di dewan ialah Hana sahaja.

"Weh, kau taknak keluar ke?" Soal Seungcheol apabila melihat figura Hana yang masih duduk di salah satu kerusi di dewan.

"Yang kau sibuk nak tahu tentang Aku, pehal hah unta? Sibuk je" Hana menutup iPad lalu keluar dari dewan, meninggalkan Seungcheol yang masih terpingga-pingga.

"Lah, dah kenapa tiba-tiba emo?" Kepalanya yang tidak gatal, digaru. Takkan dah hilang 3 hari, Hana sudah merajuk?

"Seungcheol" Jeonghan memanggil abangnya yang baru sahaja masukkan bola keranjang kedalam raga basketball.

"Hmm"

"Kau pergi mana? Chan kata kau balik. Betul ke?" Soal Jeonghan apabila Seungcheol mengambil bola keranjang di atas lantai.

"Haah, kenapa kau tanya?" Bola keranjang ditangannya, dibaling ke arah Jeonghan dan disambut baik oleh lelaki itu.

"Aku tak rasa kau balik sebab Appa. Kau ada agenda lain eh" Seungcheol menayangkan wajah datar kearah kembarnya.

"Kau merepek apa setan? Aku balik sebab Appa call" Jeonghan mengeleng. Dia kenal kembarnya. Seungcheol takkan balik tanpa ada sebab.

Kenapa Jeonghan nak sangat tahu? Sebab dia kuat jaga kain orang. Nanti boleh dia bergosip dengan Seungkwan dan Soonyoung.

"Memang lah Appa call tapi Appa mesti call kau bersebab kan" Seungcheol menjeling, penat melayan kembarnya. Kakinya melangkah ke bangku namun terhenti apabila satu suara menyampuk.

"Ala, mesti pasal kerja kan?" Jisoo tersenyum sinis sambil memandang kembarnya.

"Kerja? Kerja apa ni?" Soal Jeonghan dengan polos. Dia sudah ketinggalan zaman ke? Apakah Seungkwan dan Soonyoung sudah maju kehadapan?

"Ouh, dia jadi cleaner kat pejabat Appa. Denda sebab dia lepak bilik rahsia Appa" balas Jisoo dengan satu  senyuman comel di wajahnya.

"Siyes ah Cheol?" Soal Jeonghan sambil memandang kembarnya.

Seungcheol hanya terdiam sebelum mengiyakan apa yang dikatakan oleh Jisoo.

"Ah..haah"

"Suspicious lah korang ni. Eh Aku kena jumpa Sowon. Bye Aku pergi dulu!" Jeonghan berlari keluar dari gelanggang basketball. Hilang sahaja Jeonghan di sebalik pintu, Seungcheol memandang Jisoo.

"Camna kau tahu Aku ada kerja?" Soal Seungcheol dengan nada yang sedikit keras. Jisoo tersenyum sinis. Hilang sudah senyuman comel nya tadi.

"Kau abang Aku. Aku tahulah" balas Jisoo sambil melangkah kakinya, turun dari seat penonton kearah gelanggang basketball.

"Kau tak tahu–"

"Aku tahu Choi Seungcheol" potong Jisoo membuat Seungcheol terdiam. Inilah sisi yang semua orang tidak tahu tentang Jisoo.

Jika lelaki itu berani memotong percakapan seseorang, bermakna Hong Jisoo berada dalam mood tegas.

"Siapa bagitahu kau?" Soal Seungcheol yang sedang berhadapan dengan Jisoo.

"Takda sesiapa. Aku sendiri buat research" balas Jisoo sambil kedua-dua tangannya diletakkan di dalam poket seluarnya.

"Research?" Soal Seungcheol. Ah, kenapa kembarnya ini bijak?!

"Ya, research pasal kau. Kenapa kau boleh balik ke Korea secara tiba-tiba padahal semua orang sudah tahu yang Mingyu akan jadi Putera Mahkota, bukan kau"

Seungcheol terdiam.

Benar kata Jisoo. Putera Mahkota yang memegang tahta tersebut sekarang ialah adik mereka, Kim Mingyu walaupun sebenarnya Seungcheol ialah Putera Mahkota yang sebenarnya.

Orang awam mengenali Mingyu namun mereka tidak kenal siapa Putera Mahkota yang sebenarnya.

Ada sebab kenapa Appa mereka tidak mahu Seungcheol memegang gelaran Putera Mahkota buat masa ini, namun mereka tidak mengetahui apa sebabnya.

Termasuk author (⁠・⁠–⁠・⁠)⁠ 

"Kau balik sebab kau ada misi kat sini kan? Sebab tu kau menghilang selama tiga hari" Seungcheol menelan liur dengan kesat.

Sebab itu Seungcheol takut dengan Jisoo berbanding Jeonghan. Walaupun kedua-dua mereka bijak, Jisoo lebih peka dengan keadaan sekeliling berbanding Jeonghan yang suka prank orang.

"Kalau kau tahu, boleh kau rahsiakan?" Soal Seungcheol. Ah, akhirnya dia mengalah. Kalau berdebat dengan Jisoo, pecahlah rahsianya.

Nanti ada spoiler pula.

"Hurm, apa Aku dapat kalau Aku rahsiakan?" Soal Jisoo sambil angkat kening.

"Aku belanja kau for the whole year? Okay?" Wajah Jisoo dipandang dengan penuh harapan.

"Hurm"

"Please Jisoo" Seungcheol mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Okay. Deal!" Seungcheol melompat dengan keriangan.

"Mantap!"

"Oh ya, Hana mesej Aku tadi. Dia suruh kau reply mesej dia" pesan Jisoo lalu meninggalkan gelanggang basketball. Seungcheol menuju ke beg nya lalu iPhone miliknya dicapai.

Beberapa mesej dari Hana muncul diruangan notifikasi.

Seungcheol terdiam setelah membaca beberapa mesej dari Hana sebelum jatuh terduduk.

"YAH PARK HANA!"
















"YAH PARK HANA!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Princess with 13 Princes (COMPLETE √)Where stories live. Discover now