Rocall

11 1 0
                                    



"Eh Yin, kau tak cakap pun kau study dengan Mika petang tadi." Lia bersuara secara tiba-tiba.

"Hah?"

"Amboi bukan main sekarang, dah pandai berahsia dengan kitaorang." Sampuk Ika yang sedang baring di katilnya.

"Wooo, dia yang datang eh aku tak ajak pun. Sorry sikit." Balas Yin. Tak kuasa dia nak ajak mamat tu study sekali.

"Sampai bila kau nak sorok perasaan tu Yin." Ujar Ika yang sedang di hanyut ke dalam mimpi. Membe dah mengantuk tapi tu la tak sah kalau tak kenakan Yin dulu.

"Sampai dia ada someone baru ke?" Sambung Lia yang sedang membaca novel.

Dua-dua sama naik.

"Korang ada nampak aku bercinta selama ni?" Soal Yin.

Mereka berdua menggelengkan kepala masing-masing.

"Ada nampak aku ber love luvu love luvu dengan anak orang?" Soalnya lagi.

Kali kedua Ika dan Lia menggelengkan kepala mereka.

"Macam tu la parasaan aku dekat dia. Hanya kawan." Ujar Yin.

"Macam tak kena je Yin tapi aku harap dia jadi first love kau nanti."  Ujar Lia.

"Aaminn!" Sambung Ika

"Takde nya. Malas la nak berdebat dengan korang baik aku tidur. Selamat tidur." Ujar Yin lalu menarik bantal menutupi mukanya.

"Aku ada terbaca satu ayat ni dalam novel. Pepatahnya berbunyi...He feel first, she feel harder." Ucap Lia. Matanya masih memandang pada buku tersebut.

Sup!

"Aduh...Yin!" Lia sedikit menjerit kerana bantal milik Yin sedia mendarat di mukanya.

"Tahyul, kau jangan nak berpatah-patah eh sebelum aku bakar novel kau tu." Ujar Yin tanpa segan.

"Who dare you sis."

"Memang dare, dah tidur esok kena turun awal ada rocall." Pesan Yin. Matanya sudah kuyu menandakan dia sudah mengatuk.

"Cikgu tak cakap apa-apa pun?" Tanya Lia.

"Akak senior yang buat rocall ni. Dah, tidur." Terang Yin malas

Lia hanya menurut. Dia menyimpan buku tersebut di atas meja belajarnya dah menuju ke katil.

"Bapak lepas subuh rocall terus, nasib la aku boleh tahan ngantuk." Omel Ika. Mereka berjalan menuju ke kelas.

"Eleh kau, cikgu mengajar pun kau dah ke bulan dulu. Jangan nak menipu aku tengok kau tunduk kepala je dari start rocall sampai habis." Ejek Lia. Benci sekali dia melihat Ika yang selalu tidur didalam kelas apatah lagi ketika cikgu sedang mengajar, laju je dia ke bulan.

"Suka hati aku la mata aku." Balas Ika tak puas hati.

"Nyampah." Ujar Lia.

"Kau ni kenapa Yin senyap je." Tanya Lia. Setiba mereka di kelas.

"Takde apa." Jawab Yin

"Alah kau tak payah nak serabut dengan apa akak senior tu cakap tadi, macam dia tak pernah dating... dasar mUnaf..."

"Oi amboi mulu kau, main lepas je eh." Bidas Lia laju dia memotong Ika tadi. Dapat member yang main lepas ni susah.

"Kenapa dia petik nama aku?" Ujar Yin.

"Ko tak tahu ke akak tu minat kat Mika, dia jealous la tu kau study dengan Mika kat pondok. Aku tengok ramai je study dengan classmate lelaki berdua takde pula nak rocall bagai." Ujar Ika.

"Mana kau tahu? Memandai je kau ni." Soal Lia. Memandang ke arah Ika tidak percaya.

"Time Raya hari tu dia ambik gambar dengan Mika kat padang, pastu dia macam mintak nombor Mika tapi Mika tolak." Jelas Ika.

Lia dan Yin saling berpandangan. Biar betik Mika tolak, akak tu top tahu kat sekolah ni. Power siaa. Ni yang kita nak ' cinta sejati '. Ehh?

"Elok lah, Mika tolak kalau tak aku tak ngaku dia classmate kita." Ujar Lia.

Cikgu mathematic mula mendekati kelas mereka. Mereka telah bersedia dengan semua murid kelas 4ibnu berdiri tegak dan memberi salam seperti kebiasaan.

Cikgu Hanita ialah cikgu kegemaran mereka semua. Kerana paras rupanya yang cantik, hatinya baik dan umurnya masih muda.

'Cikgu macam ni yang kita nak baru semangat nak belajar' bak kata Daniel.

"Ok, sebelum cikgu keluar ni cikgu nak bagi tahu minggu depan sekolah akan mengadakan perkemahan, perkemahan campur sekolah ye. Sesiapa nak join boleh minta borang dekat cikgu ya." Ucapnya.

"Cikgu harap, Yin awak pergi ya dengan Mika sekali." Sambungnya lagi sebelum dia melangkah keluar dari kelas tersebut.

Yin hanya tersenyum sahaja. 'Aduhh baru nak balik minggu depan.' Bisik hatinya.

"Yin, amacam? Kalau kau pergi aku pergi jugak." Ujar Ika bersemangat.

"Aku pun, aku nak pergi ambik borang dengan cikgu nanti rehat." Sampuk Lia.

"Not sure." Ujar Yin.

"Alaaaa..."


"What is forever?"
"A moment with u"

Kita  'نحن'Where stories live. Discover now