Tasya

8 1 0
                                    

Selamat membaca

Sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Mereka mengisi perut yang kosong terlebih dahulu. Setiap kumpulan harus makan bersama kumpulannya.

Mika mengambil tempat di hadapan Yin dan di turut serta Zad di sebelahnya. Secara tiba tiba seorang pelajar perempuan dari kumpulan lain mengambil tempat di sebelah Mika yang kosong.

"Takde orangkan?"

Mika hanya memandang dan menggelengkan kepalanya. Gadis itu duduk di sebelah Mika. Zad memandang pelik. ' dia ni kumpulan mana?' Bisik hatinya.

"Nama you Mika eh?" Tanya gadis itu memecahkan suasana sunyi di meja tersebut.

"Ye."

" i dah lama usya you dari first kita dekat sini. Nama i Tasya."

"Oo ok." Balas Mika.

Zad hanya memerhati Yin yang lahap menghabiskan makanannya. Gadis itu yang menayangkan ekpresi datar sahaja seperti tidak peduli dengan perbualan Mika dan Tasya.

"You single ke Mika?"

Mika hanya diam sambil memandang kearah Yin yang hampir selesai menjamu makanannya itu. Kebulur sangat ke?

"You?"

Yin bangun untuk mencuci tangannya. Mika hanya memandang belakang Yin yang berada di sink.

"Aku tak single." Ujar Mika dingin.

Tasya memandang Mika tidak puas dengan jawapan dari mulut lelaki tersebut.

"Perempuan tu ke awek you?" Tuju Tasya kepada Yin yang sedang mengisi air di gelasnya. Dia melihat Mika memandang gadis itu lama.

"Biasa ja. Lebih cantik i dari dia." Sambungnya.

Mika bangun menapak ke sink meninggalkan gadis itu. Zad mendekat ke Tasya yang hanya berjarak satu kerusi darinya.

"Mika tak suka perempuan perasan." Ujarnya mengejek. Lalu bangun mentututi ketuanya itu. Gadis itu bergedus geram.

"Eh Yin kau asal tak duduk meja kau." Tanya Ika melihat Yin duduk di meja makan kumpulan mereka.

"Tumpang sekejap nak minum air, tak boleh ke?" Ujarnya.

"Bolehhh."

"Aku tak suka dengan Tasya tu." Ujar Lia tuju kepada gadis yang sedang mengisi air.

"Satu kumpulan ke?" Tanya Yin.

Mereka mengangguk.

"Aku nampak dia duduk sebelah Mika tadi. Amacam kau ok ke?" Tanya Lia.

"Biasa ja, asal."

"Takde la kitaorang ngumpat kau tadi. Sebab kau tegang ja muka start si Tasya tu berbual dengan Mika." Jelas Lia.

"Diorang borak apa?"

"Entah. Aku kusyuk makan tadi, tak dengar diaorang borak apa." Tipu Yin dia dengar sahaja apa yang mereka bicarakan tapi di malas buka mulut.

"Ye la tu. Jom la dah kena kumpul ni kitaorang gerak dulu." Pamit mereka.

Yin melangkah menuju ke kumpulannya. Seseorang sengaja melanggar bahunya kuat. Yin menoleh melihat sosok didalam gelap itu seperti Tasya. Yin tidak menghiraukan gadis tersebut dia menuju ke kumpulannya.

"Bapak kuat dia langgar bahu aku. Sengaja perempuan ni." Getus hatinya sambil memegang bahunya yang terasa sakit.

"Kau ok tak Yin." Tegur Zad yang berada di hadapan Yin. Dari tadi dia melihat Yin memegang bahunya.

"Ok ja."

Mereka di lepaskan satu persatu keluar dari tempat tersebut menuju perkampungan gelap yang ada disana.Mereka di arahkan mengikat tangan menggunakan tali supaya tidak berpecah. Lampu suluh di rampas, sia sia ja bawa.

Tiba giliran kumpulan Mika dilepaskan. Selepas mereka berjalan sedikit jauh dan jalan tersebut semakin gelap. Mika memutuskan berjaga di belakang dan mengarahkan Zad di depan.

Yin memandang Mika pelik. Tadi kat depan tetiba berjalan sebelah dia.

"Kau ok ke? Zad cakap bahu kau kena langar tadi." Mika bersura.

Yin menoleh.

"Takde la ok je."

Mika mengangguk.


' قلبي لا يرى إلا حبيبا له '

'hati ini tidak akan melirik selain pada kekasihnya'

Kita  'نحن'Where stories live. Discover now