Selamat membaca.
"Lia. Kumpulan kau dah tinggal jauh." Ucap Yin yang ternampak sosok Lia dan laju mendekati gadis itu.
Lama mereka melangkah menuju air terjun tersebut. Lia hampir putus asa kerana kepenatan. Ika sudah berada dihadapan bersama Naura kerana Lia menyuruhnya pergi terlebih dahulu.
Lia tahu dia akan bertemu dengan Yin, yang menjaga di barisan akhir bersama murid lain. Dengan itu dia memutuskan untuk berehat sekejap.
"Aku penat so aku rehat jap." Ujarnya sambil mengelap peluh yang membasahi dahi licinnya.
"Jom la sekali dengan aku." Ajak Yin.
Yin membantu Lia untuk bangun dari duduknya. Mereka berjalan menempuh jalan yang tidak rata dah licin tersebut dengan berhati-hati.
Mika mana?
Haa. Mika selalu berada di samping Yin tetapi sedikit di belakang gadis itu. Takut la nanti cikgu ingat ber-dating pulak.
Dia hanya berjaga-jaga takutnya gadis itu terjatuh atau terluka semasa pendakian tersebut.
"Kenapa korang tak jaga depan sana?" Tanya Lia kepada Mika dan pelajar lelaki yang tidak di kenalinya itu ketika ada kesempatan untuk berbual.
"Cikgu suruh, tak kan Yin sorang nak jaga." Jelas Mika.
Mereka menyambung perjalanan tanpa ada keributan atau kecederaan yang berlaku.
Kalau mental tak kuat ni dah nangis peluk pokok, punya seksa berjalan atas tanah yang tak rata ni.
"Arghh, sampai pun." Ujar Lia. Dia melepaskan semua kepanatannya selepas melihat betapa indahnya air terjun di hadapannya itu.
Mereka berkumpul dalam kumpulan masing masing dan di beri tugas yang sama. Tugasnya adalah....
"Ketua kumpulan perlu memberi arahan kepada setiap ahlinya untuk mencari ranting kering, menyalakan api dan memasak." Ujar Sir Kail yang menjadi pembimbing semua pelajar di sana.
Mereka di beri kan buluh, beras, burung puyuh, kentang dan telur. Tambah pula tiga pemetik api kayu dan potongan segi empat sama penggesernya.
Mereka akan sedikit kesulitan untuk menyalakan api. Mika sebagai ketua telah memberi tugas kepada ahli kumpulannya tanpa di bantah.
Pelajar lelaki di bahagikan kepada dua, satu mencari ranting dan duanya membantu pelajar perempuan menyembelih buruh puyuh yang masih hidup.
"Meh buluh dengan beras tu. Aku pergi basuh dekat air terjun." Ujar Yin setelah pemergian Mika untuk mencari ranting di sekita situ.
Dia melihat ahli kumpulannya kebingungan seperti tidak tahu ingin berbuat apa. Lalu Yin menyuruh sisa pelajar untuk menyediakan tempat untuk duduk dengan mengambil daun besar untuk di lapik. Sementara yang lain mencari ranting kayu.
"Macam mana ni Mika. Kecik sangat penggesir ni, api tak hidup." Ujar pelajar lelaki bernama Zad.
Mika melihat itu, seketika dia berlari menuju kumpulan Iskandar yang tidak berjauhan dengan kumpulannya.
"Kandar. Api aku tak hidup, kau ada lebih tak?" Tanyanya dengan melihat ahli kumpulan Iskandar berjaya menghidupkan api.
"Huh ada. Weh sini yang lebih tu." Arah Kandar kepada teman kumpulannya untuk memberi pemetik api yang tersisa itu kepada Mika.
"Baik do, thanks."
Laju Mika berlari menuju ke kumpulannya kerana masa sudah tinggal 1 jam untuk semua kumpulan berhenti melakukan aktiviti mereka dan makanan itu akan di bawa ke hadapa Sir Kail untuk di nilai.
"Tak jadi do Mika?" Ujar Zad lagi.
"Aduh, biar aku buat."
Mika mengambil alih tugas tersebut. Akhirnya api tersebut dapat di nyalakan. Ahli kumpulannya menghela nafas lega.
Yin yang baru sampai bersama buluh yang di isi beras lalu di sandarkan berdekatan dengan api. Puyuh di bakar. Kentang dan telur di tanam di bawah api.
Sementara mereka menunggu. Yang lain pergi menunaikan solat bersama murid yang lain juga.
"Yin dekat pipi kau hitam." Tegur Mika secara langsung. Dengan adanya sifat peduli kepada Yin dia menegur sebelum ada yang menegur gadis itu.
Laju Yin mengusap pipinya berkali-kali.
"Korang kenal eh?" Soal Zad memecahkan suasana sunyi tersebut.
"Dah nama satu sekolah Zad, jangan kau tanya soalan tadika tu lagi." Balas Mika
"Ye." Jawab Yin.
Mika mendengarkan itu hanya tersenyum.
"Korang ada apa-apa ke?" Tanya Zad lagi.Semua ahli kumpulan 3 memandang kearah Mika dan Yin.
"Ad-"
"Takde, kitaorang kawan je." Pintas Yin laju.
Mika membalikkan bola matanya dan berpaling kearah lain tanda kesal. 'Sibuk je, kalau cakap ada apa salahnya.'
Yin yang melihat gelagat Mika hanya tertawa kecil.
"Kau asal ni. Merajuk ke?" Tanya Zad.
"Kau diam sebelum aku bakar sekali dengan puyuh tu." Bidas Mika.
YOU ARE READING
Kita 'نحن'
Fantasy"Save her" (Emeldha) "Si awan mendung datang membawa hijan bukan petir." My ideas! Hope readers enjoy the story. Start- 28/11/22 End-