Prolog

2.8K 55 2
                                    

"SAYA nak break up."

Bagaikan mahu luruh jantung Isya saat mendengar kata-kata keramat yang dilontarkan itu. Wajah tenang di hadapannya ditenung tidak percaya.

"Putus? Awak serius ke ni?" Tanpa bersuara, anggukan kepala Taufik mewakili jawapan kepada soalan tersebut.

"Awak tak main-main kan?" Inginkan kepastian, Isya menyoal lagi. Kalau boleh dia berharap semua ini hanya mimpi ataupun lelaki itu sedang bergurau dengannya. Namun, sekali lagi dia hampa saat melihat Taufik menggeleng perlahan.

"Tapi kenapa? Apa salah saya?"

Taufik menghela nafas berat.

"Awak tak ada salah apa pun. Saya aje yang nak putus," akhirnya Taufik berani membuka mulut walaupun sebenarnya dia terasa malas untuk berkata apa-apa.

Terdiam Isya sejenak. Riak wajahnya tanpa sedar sudah bertukar sayu. Dadanya sedaya upaya menahan sebak. Terasa mustahil bila lelaki itu suka-suka saja ingin memutuskan hubungan mereka hari ini tanpa sebarang alasan. Dalam fikiran mula terfikir sesuatu.

"Ke awak dah ada perempuan lain? Awak curang belakang saya kan?" Soalan tersebut sengaja diaju walaupun dalam hati Isya berharap telahan itu salah dan sememangnya tidak betul.

"Jawablah Taufik!" desak Isya, separuh menjerit saat melihat lelaki itu seolah-olah tidak mahu menjawab pertanyaannya. Pada masa yang sama, dia sebenarnya berdebar menunggu jawapan dari Taufik.

"Yes! And for your information, saya dengan dia dah bertunang. Puas hati?"

Mendengarkan jawapan itu, hati Isya bagaikan ditoreh pisau. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata. Tidak menyangka itu adalah alasan utama hubungan mereka ingin ditamatkan. Berganda-ganda rasa sakit bila soalannya tadi dibalas dengan satu berita yang menambahkan lagi luka dihatinya. Tergamak sungguh lelaki itu mempermainkan perasaannya.

"Dah berapa lama?"

"Awak tak perlu tahu."

"Apa kurangnya saya, Taufik? Selama ni saya setia dengan awak. Saya letak sepenuh kepercayaan saya pada awak. Tapi awak? Belakang saya, rupanya dah bertunang. Tergamak betul awak duakan saya kan? Dulu bukan awak ke yang janji takkan tinggalkan saya? Mana janji awak tu?"

Bertubi-tubi Isya melempiaskan kata-kata dengan nada suara yang kian bergetar. Mana tidaknya, ini adalah kali pertama dia bercinta dan menyayangi seorang lelaki. Dan kali pertama juga dia berdepan situasi sebegini. Tidak tahu untuk mengawal perasaanya tika ini.

Memang beginikah rasanya broken?

Taufik melepaskan nafas sejenak.

"Sudahlah Isya. Anggap ajelah kita memang tak ada jodoh. Awak cari aje lelaki lain yang lebih baik dari saya. Hubungan kita cukuplah sampai sini. I'm sorry. Saya pergi dulu." Taufik mula bangun dari kerusi dan mula menapak menjauhi Isya yang terkulat-kulat di meja makan.

"Taufik! Taufik!"

ISTERI PAKSA RELA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now