Bab 3

19.4K 1.1K 30
                                    

"TAHNIAH Jasmine."

Terpinga-pinga Jasmine memandang ke arah bosnya sebaik sahaja dia melabuhkan duduk. Keningnya berkerut seribu. Tidak tahu apa maksud dari ucapan pendek yang disampaikan itu. Tidak lama, bosnya itu terus menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih.

"Apa ni, bos?" Jasmine menyoal dengan perasaan penuh tanya.

"Bacalah."

Rasanya arahan itu sudah cukup untuk membuatkan Jasmine berhenti berteka-teki. Dengan pantas, dia mula membaca setiap butir yang terkandung dalam surat tersebut.

"I cukup bangga dengan prestasi you sekarang ni. Jadi, tahniah sebab you dah terpilih untuk ikat kontrak sebagai model dekat luar negara. Dan you juga akan ditransfer ke New York untuk menghadiri satu fashion show dekat sana." Mendengarkan itu, Jasmine terus mengangkat wajah memandang bosnya semula dengan sengihan lebar.

"Betul ke ni, bos? Oh my god, I rasa macam tak percaya aje. Macam mimpi! I dah lama sangat tunggu saat ni. Akhirnya impian I dah tercapai. Terima kasih sangat-sangat bos!" Penuh teruja Jasmine berkata. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Bosnya itu turut tumpang bahagia dengan berita ini. Tanpa isyarat, dia meraih tangan runcing milik Jasmine. Dan gadis itu hanya membiarkan saja.

"Ni semua atas usaha keras you sendiri. Tak perlu nak berterima kasih pada I. Dan sekarang I nak tanya you. You dah bersedia ke nak tinggalkan Malaysia?" Ayat terakhir itu membuatkan Jasmine terdiam sejenak.

"Bukannya seminggu dua tau you kena stay sana. Setahu I lama juga." Tambah bosnya lagi. Riak wajah Jasmine mula bertukar risau.

"Berapa lama I kena stay dekat sana and bila I kena bertolak ke sana?" Jasmine menunggu jawapan dari bosnya dengan penuh debaran.

"You have to stay there for five months. Sehingga habis kontrak. And next week you dah kena bertolak ke sana." Membuntang terus mata Jasmine.

"Seriously?!"

             SEJAK tadi kereta yang dipandu Isya terpusing-pusing di parkir lot sekitar Mall. Tidak ada parkir kosong memaksanya untuk melalui kawasan yang sama. Seakan tiada rezeki bilamana baru sahaja hendak masuk ke parkir kosong, sudah ada kereta lain mendahului. Isya mengeluh hampa.

"Kalau aku tahu susah nak park kereta, baik aku letak aje kereta kat bakeri tadi. Pastu jalan kaki aje datang sini. Itulah tadi, kononnya malas nak jalan kaki," bebel Isya seorang diri. Mata pula masih lagi meliar mencari parkir.

Jam di radio kereta dikerling. Sudah jam 5.35 petang. Mujurlah tadi dia sudah solat asar di tempat kerja. Sebab dia sudah tahu waktu begini pasti suasana di Mall akan mulai sesak dengan banyak kereta. Maklumlah, waktu orang pulang bekerja.

Sedang Isya mencari-cari tempat parkir, matanya terlihat sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia memberhentikan kereta serta-merta. Handbrake ditarik lalu dia membuka pintu kereta.

Dari jauh, kelihatan seorang wanita berusia sekitar 50an sedang bergelut dengan dua orang lelaki di atas motor. Dan wanita itu sedang mempertahankan beg tangannya daripada diragut. Tanpa menunggu lagi, Isya terus berlari mendapatkan wanita tersebut.

"Hei!"

Jeritan Isya yang lantang membuatkan tiga pasang mata tertumpu ke arahnya. Entah dari mana keberanian datang pun, dia sendiri tak tahu.

Beg tangan yang menjadi sasaran dua peragut itu akhirnya dilepaskan oleh mereka. Oleh kerana wanita itu tidak bersedia dengan tindakan peragut itu, akhirnya dia terdorong ke belakang dan kemudian terjatuh ke atas jalan. Kedua peragut itu terus pergi meninggalkan wanita itu.

Membulat mata Isya melihat apa yang terjadi di hadapan mata. Dengan pantas, dia meluru ke arah wanita tersebut.

"Puan! Puan okey tak ni? Maaflah sebab saya, puan jatuh." Isya membantu mengangkat wanita itu untuk bangun perlahan-lahan. Matanya kemudian tertumpu pula pada tapak tangan wanita itu.

"Ya Allah, tangan puan berdarah! Jomlah! Saya bawa puan pergi klinik." Tutur Isya penuh semangat berbaur prihatin.

"Tak apa sikit aje ni. Auntie okey, balas wanita itu kembali. Dia menatap seketika wajah ayu gadis bertudung di hadapan matanya. Entah kenapa hati terasa tenang melihat wajah itu.

"Mana boleh tak apa. Luka ni pun boleh jadi bahaya kalau biarkan. Auntie datang dengan siapa ni? Auntie park kereta dekat mana?"

Dalam pada bertanya, Isya meliarkan pandangan ke sekeliling kawasan parkir. Mana lah tahu ada sesiapa yang wanita itu kenal sedang melihat ke arah mereka.

"Auntie datang dengan driver auntie. Tapi dia ada hal sekejap."

"Kalau macam tu naik kereta saya ajelah pergi klinik. Jom saya tolong." Tubuh wanita itu dipapah Isya perlahan-lahan menuju ke arah keretanya.

           USAI mengambil ubat di kaunter, Isya melangkah semula menuju ke arah wanita yang duduk di kerusi berdekatan. Plastik yang berisi ubat terus dihulur kepada wanita itu.

"Ni ubat auntie. Lepas ni auntie nak terus balik atau auntie ada nak pergi mana-mana? Saya boleh hantarkan." Diam. Tiada balasan. Wanita itu merenung wajah Isya lama, membuatkan Isya tidak berasa selesa.

"Auntie okey tak ni?" Isya menyoal lagi, pelik dengan pandangan wanita itu terhadapnya. Wanita itu tersentak seketika.

"Auntie okey. Terima kasih sebab sudi tolong auntie tadi. Erm cik..."

"Alya Batrisya. Panggil Isya aje. Tak ada masalah lah auntie. Auntie kan dalam bahaya, takkan saya nak biar aje kan?" Ceria Isya membalas.

"Isya dah kahwin?" Soalan yang tiba-tiba muncul, membuatkan Isya terkedu sejenak.

"Err.. belum," jawab Isya dalam keraguan. Dah kenapa tanya pasal kahwin pula ni?

"Dah ada..."

Bicara wanita itu terhenti tatkala terdengar deringan telefon dari beg tangan. Panggilan terus diangkat dan Isya sekadar mendengar wanita disisinya itu berbicara dengan seseorang di talian. Hanya setengah minit sebelum perbualan itu ditamatkan. Telefon kembali disumbat ke dalam beg tangan.

"Auntie kena pergi dulu, driver auntie dah tunggu. Sekejap." Wanita itu seperti ingin mengambil sesuatu di dalam beg tangannya. Tidak lama, dua keping not 50 ringgit dihulur kepada Isya membuatkan gadis itu terpinga dengan pemberian tersebut.

"Eh, apa ni auntie?"

"Untuk Isya sebab dah tolong auntie. Auntie rasa terhutang budi dengan kamu. Jadi, ni aje yang auntie mampu bagi."

"Tapi saya tolong auntie ikhlas kerana Allah. Saya tak perlukan duit pun. Apa kata auntie simpan aje duit tu? Ataupun, bagi aje pada orang yang lebih memerlukan." Seraya itu, Isya menayang satu sengihan bak kerang busuk. Berharap wanita itu tidak mendesaknya lagi untuk mengambil.

"Baiklah kalau begitu. Harap nanti kita dapat berjumpa lagi kalau ada rezeki. Auntie pergi dulu." Wanita itu tersenyum sebelum bangun meninggalkan Isya sendirian.

ISTERI PAKSA RELA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now