Bab 5

18.4K 1K 51
                                    

       TIKET penerbangan ke New York dipandang dengan perasaan yang bercampur-baur. Hari ini adalah hari di mana dia akan bertolak jauh dari sini. Meninggalkan tanah airnya di sini dan paling menyedihkan adalah terpaksa meninggalkan tunangnya sendiri. Sudah lah dua minggu lagi adalah tarikh berlangsung majlis perkahwinannya.

Jasmine termenung seketika. Sejujurnya, dia belum memberitahu Adhwa tentang berita ini. Bukannya dia tidak mahu memberitahu, tapi sudah pasti lelaki itu akan melarangnya untuk pergi ke sana. Dia sayang pada tunangnya tapi dalam masa yang sama dia juga sayang pada kerjayanya ini.

Apa agaknya reaksi Adhwa nanti setelah mengetahui berita ini. Marah? Kecewa? Sudah pasti. Mana tidaknya, hampir 90 peratus persiapan kahwin sudah disiapkan. Tiba-tiba saja harus dibatalkan. Tidak! Jasmine sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan keluarga itu lagi. Terutama Puan Marissa.

Sebenarnya sudah beberapa hari Jasmine memikirkan tentang hal ini. Dan ini sememangnya keputusan terbaik. Pilihannya sendiri. Sebarang risiko sudah dia ketepikan.

Pesanan mesej yang ditaip itu ditatap semula. Satu mesej yang sudah pasti akan membuatkan Adhwa terkejut nanti.

Sent!

"Maafkan I, sayang..."

           FAIL yang berselerak di atas meja dibiarkan begitu saja. Kusut kepalanya saat memikirkan kerja-kerja yang belum diselesaikan itu. Mujurlah hari ini alongnya akan pulang. Kiranya bolehlah dia memberi tumpuan sepenuhnya pada majlis perkahwinannya nanti.

Adhwa bersandar pada kerusi kerja. Menenangkan fikiran buat sementara. Tiba-tiba dia teringat akan tunangnya. Terlalu sibuk sampai lupa pada bakal isterinya itu. Sudah tiga hari dia tidak berjumpa Jasmine. Pasti tunangnya itu ada menghubungi dia pagi ini.

Telefonnya yang berada di atas meja dicapai. Dah agak, pasti ada mesej dari Jasmine. Pesanan mesej itu dibuka dengan perasaan teruja. Namun, saat membaca mesej tersebut, riak wajah Adhwa berubah keruh.

"Biar betul?"

Mesej itu dibaca sekali lagi.

"No. Tak mungkin!" bentak Adhwa seorang diri. Sejurus itu, nombor Jasmine ditekan. Dan dia menunggu agar panggilan itu bersambung. Namun hampa. Tidak dijawab.

Adhwa sudah mulai cemas.

Jasmine, you jangan nak main-main lah!" bentaknya lagi. Berkali-kali dia cuba menelefon gadis itu tapi masih jua tidak berangkat.

"Shit!"

Kot yang disidai di atas kerusi dicapai pantas dan langkah kaki Adhwa keluar dari ruang pejabat.

          ADHWA melangkah longlai menuju ke arah kereta. Hari ini adalah hari dimana dia terasa semuanya bagaikan mimpi. Tak tercapai dek akal. Bagaimana semua ini boleh berlaku di luar jangkaannya?

Baru sebentar tadi dia pergi ke tempat kerja Jasmine. Bertanya apakah benar apa yang diperkatakan oleh tunangnya di dalam mesej tadi.

Dan saat mendengar sendiri jawapan dari bos Jasmine, hatinya bagaikan tertusuk duri. Memang benar, Jasmine telah pergi ke luar negara atas tuntutan kerja. Pergi tanpa memberitahu sepatah pun berita tersebut kepadanya. Adhwa merasa diri sendiri tidak berguna. Kekusutan mula terasa menyengat kepala.

Adhwa mencapai telefonnya semula. Mengharapkan ada pesanan dari tunangnya. Kosong. Tiada sebarang mesej. Mahu memastikan ini bukanlah satu mimpi, mesej yang dikirim Jasmine tadi dibuka semula setelah itu.

Sayang, I nak you batalkan perkahwinan kita. I tahu you mesti terkejut dengan berita ni. But yes, I'm serious. Actually, I nak kejar impian yang I nanti-nantikan selama ni. And now, I finally got the chance. Dan I takkan sia-siakan peluang tu. I akan pergi dari Malaysia buat sementara waktu. Sorry sayang sebab tak inform you awal-awal sebab I takut you tak izinkan I pergi. But I promise, I'll back for you soon. So, take care sayang. Love you.

Adhwa menghela nafas berat. Dia meraup kasar rambutnya. Kepala disandarkan pada seat kereta. Meredakan segala kekusutan di kepala.

Tegarnya Jasmine pergi meninggalkannya bersendirian menanggung beban disini. Tarikh perkahwinan sudahlah kian mendekat. Saat terbayang wajah Puan Marissa, mata Adhwa memerah.

Sanggupkah dia memberitahu mama agar membatalkan perkahwinan. Sedangkan Puan Marissa sudah selesai menyiapkan baju perkahwinan untuk mereka berdua.

Sudah lah perkahwinannya sebelum ini sudahpun tertangguh. Itu juga gara-gara Jasmine yang masih belum bersedia untuk berkahwin. Kali ini, bagaimana agaknya jika Puan Marissa tahu bakal menantunya itu telah pergi?

"Argh!" jerit Adhwa kuat. Mujur dia berada dalam kereta. Sekurang-kurangnya tidak ada siapa yang akan mendengar jeritannya.

"Kenapa kau buat aku macam ni?! Sanggup kau tinggalkan aku!"

"Aku benci kau, Jasmine! Kau memang selfish!"

ISTERI PAKSA RELA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now