Bab 9

17.9K 1K 64
                                    

        SEJAK tadi Isya tidak dapat melelapkan mata. Sekejap dia berbaring menghadap ke kanan. Kemudian pusing semula ke kiri. Namun mata tetap juga tidak mahu terpejam. Ada sesuatu yang menganggu pemikirannya. Iaitu pertemuan dengan Adhwa dan Puan Marissa siang tadi.

Tidak semena-mena perbualan dengan Puan Marissa kembali menjengah ingatan.

"Sebenarnya, auntie yang suruh Adhwa bawa kamu ke sini. Dengan berbesar hatinya, auntie ni nak jadikan Isya sebagai menantu. Untuk anak teruna mama, Syed Adhwa. Isya setuju tak?"

Isya hilang kata. Entah apa jawapan yang harus diberikan kepada wanita itu.

"Auntie tahu Isya belum bersedia sebab semuanya macam tiba-tiba kan? Tapi percayalah, auntie betul-betul ikhlas nak jadikan Isya sebagai menantu."

"Tapi auntie, kenapa saya yang dipilih? Saya baru aje kenal auntie. Setelah lama mendiamkan diri," akhirnya Isya berani bersuara.

"Sebenarnya calon menantu auntie dah lari tinggalkan Adhwa. Sepatutnya perkahwinan tu akan berlangsung hujung bulan ni. Bermakna dua minggu lagi. Auntie tak nak batalkan. Auntie tetap nak teruskan juga perkahwinan tu. Dan Adhwa akan tetap berkahwin."

"Tapi Isya jangan salah faham. Sebelum semua ni terjadi, auntie dah memang berkenan dengan Isya. Lepas auntie jumpa Isya tempoh hari, hati auntie dah rasa terpaut dengan Isya," sambung Puan Marissa lagi.

Oh! Tunang lari rupanya. Muka hensem macam tu pun kena tinggal? Tak patut. Kutuk Isya dalam hati.

"Auntie, bukan Isya nak tolak tapi..." Belum sempat Isya menghabiskan bicara, Puan Marissa sudah memotong.

"Isya fikir baik-baik dulu. Auntie takkan paksa Isya untuk setuju. Tapi auntie berharap sangat yang Isya akan terima lamaran ni. Auntie nak ada hubungan yang rapat dengan Isya. Sekarang ni, Isya balik rumah fikir dulu. Isya tak perlu terburu-buru bagi jawapan. Apa-apa jawapan nanti, auntie akan cuba terima," pintas Puan Marissa. Berharap gadis itu tidak terburu-buru membuat keputusan.

Isya tersentak dari lamunan. Matanya ralit merenung ke siling. Gila! Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja harini dia dilamar oleh seorang lelaki yang langsung dia tidak kenal.

Saat dia bercerita pada Izzah siang tadi, gadis itu bukan main terkejut. Lebih terkejut dari tuan punya badan yang kena lamar.

"Tapi kenapa aku?" Persoalan itu sekali lagi terpacul di bibir Isya.

"Kena kahwin dengan mamat tu? Macam tak masuk akal aje. Padahal baru dua kali jumpa. Tu pun asyik gaduh. Asal jumpa aje nak bertekak." Isya sememangnya tidak berpuas hati. Masih berkira-kira mahu menerima atau tidak lamaran keluarga itu.

"Fikir dulu fikir dulu, alasan macam mana nak tolak."

Namun entah kenapa jauh di sudut hati Isya berkata enggan untuk menolak lamaran itu. Berbolak balik. Pelik! Mulut kata tak nak, tapi hati cakap terima. Ish, pening lah macam ni! Nak solat istikharah, tak boleh solat pula! Jodoh pula datang mengejut. Tak bagi isyarat langsung.

"Macam mana nanti lepas kahwin dia buli aku? Lepastu nanti kami jadi macam dalam drama? Sorang tidur atas katil, sorang tidur atas sofa. Tak pun, kalau kami tidur sekatil then... eiuww... tak nak!" Kepala Isya mula membayangkan sesuatu. Bantal yang berada di sisi dicapai lalu disembam ke muka. Isya menjerit sekuat hati.

"Tapi Isya, umur kau dah dua tujuh kot. Macam mana kalau kau tak kahwin kahwin sampai tua? Hah, baru padan muka! Tulah kan, malu juga kalau kahwin lambat."

"Betul juga cakap auntie. Aku pun sunyi hidup sorang-sorang kat sini. Lagipun, aku dah rasa selesa dengan Auntie Marissa tu."

Jadi apa keputusan kau, Alya Batrisya?

Erm, tak tahu!

Wajah kembali disembam pada bantal.

TUDUNG yang tersangkut di atas kerusi dicapai pantas lalu disarung ke kepala. Isya membetulkan awning tudungnya di cermin sebelum mencapai handbag dan bergegas keluar dari bilik. Hari ini, dia sudah terlambat buat kesekian kalinya!

Mana tidaknya, semalam dia tak boleh tidur langsung. Asyik fikir tentang lamaran semalam. Sampaikan masuk ke dalam mimpi. Dia bermimpi yang dia betul-betul berkahwin dengan Adhwa. Bangun dari mimpi, Isya terus ketawa. Nasib baik mimpi saja. Lega!

Isya bergegas ke pintu utama. Kasut terus disarung dengan langkah tergesa-gesa. Dia terus menuju ke arah kereta yang terparking di halaman rumah sewanya itu. Baru sahaja hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba lengannya ditarik seseorang dari belakang.

"Mak!" Terus saja Isya berpusing melihat gerangan yang menariknya itu. Terkedu!

"Hey, ni aku lah." Tatkala wajah Adhwa menyapa pandangan. Isya terus saja menarik nafas lega. Sekurangnya, bukanlah orang jahat seperti yang dia fikirkan.

"Buat apa kat sini?"

"Kau nak pergi kerja ke?" Soalan berbalas soalan.

"Iyalah, kenapa?"

"Jom, aku hantar." Pelawa Adhwa tiba-tiba. Isya pula menayang riak blur. Agak pelik dengan pelawaan tersebut. Melihat Isya yang tidak memberi respons, membuatkan Adhwa mendengus kasar.

"Kau ni memang nak termenung sampai esok ke? Aku ni susah tau nak buat amal jariah pagi-pagi macam ni."

"Okey, jom." Isya tanpa berfikir terus bersetuju akhirnya. Enggan membiarkan lelaki itu menunggu lama. Dan Adhwa terus pergi ke arah kereta yang terparkir di luar pagar meninggalkan Isya yang baru ingin mencapai beg tangan.

"Kau duduk sorang ke?" Adhwa bersuara tatkala Isya melabuhkan duduk di kusyen kereta sebelah pemandu.

"Haah. Saya du..." Isya tiba-tiba terfikir sesuatu. Jawapan tadi sengaja digantung begitu saja.

"Eh, sekejap! Mana awak tahu kat mana rumah sewa saya?"

Adhwa diam sejenak sebelum menjawab. "Izzah."

"Dia ada beritahu awak ke? Bila?"

"Aku call dia. Tanya pasal kau. Dia cakap kau belum masuk kerja. Jadi, aku pun datang sini terus."

Isya mengangguk perlahan sebelum keadaan menjadi sepi semula. Tubuh disandarkan pada seat kereta. Seronoknya hari ni ada driver hensem hantar pergi kerja!

"Baiknya awak nak hantar saya pergi kerja harini. Awak tak kerja ke?"

"Siapa cakap aku nak hantar kau pergi kerja?"

"Tadi awak cakap." Duduk Isya terus tegak. Bingung dengan soalan yang berbalas soalan itu. Bukan tadi dia juga ke yang kata nak tolong hantar pergi kerja?

"Aku tipu aje." Selamba Adhwa berkata.

"Habistu, awak nak bawa saya pergi mana? Eh, jangan macam-macam eh!" Isya menyandarkan tubuhnya rapat ke arah pintu kereta. Beg tangan dibawa ke dada dan dipeluk erat. Perasaan takut mula menguasai diri. Lagi-lagi kereta sedang bergerak laju sekarang. Nak terjun pun memang ke kubur lah jawabnya. Dahlah dosa bertimbun lagi.

"Kita pergi butik pengantin."

"Hah?! Buat apa?" Jawapan Adhwa selalu bikin Isya sakit jantung. Lama-lama berbual, rasanya boleh mati kalau maca mini.

"Fitting baju kahwin lah, gila. Kita kan dah nak kahwin." Kasar Adhwa membalas. Mata tertumpu ke arah depan, fokus pada pemanduan.

"Saya tak bagi jawapan pun lagi kan?!" bentak Isya kuat. Eh mamat ni, rasa macam nak cekik aje. Dah lah bagi jawapan kasar nak mampus!

"Well, let's call it... kahwin paksa!" Adhwa kemudian mengerling ke sisi. Kaca mata hitam dilurutkan ke bawah sedikit sebelum dia mengenyitkan mata ke arah Isya. Gadis itu yang mencebikkan bibir membuatkan Adhwa tergelak kecil. So cute!

ISTERI PAKSA RELA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now