JAM di pergelangan tangan dikerling. Hampir dua puluh minit Adhwa berdiri di hadapan sebuah rumah sewa ini. Namun, masih tiada tanda-tanda yang gadis itu akan muncul. Buat kesekian kalinya, Adhwa mengeluh.
Malam ini adalah date pertama Adhwa akan keluar bersama dengan Isya. Sengaja dia mengajak gadis itu keluar. Sekadar nak berkenalan dengan lebih akrab. Nanti lepas kahwin tak adalah rasa janggal pula!
Sepanjang mengenali Isya, semakin hari Adhwa dapat melupakan bekas tunangnya. Eh dah putus ke? Hm, dah putus dah. Betul lah kata Along, buat apa lagi kejarkan gadis seperti Jasmine. Yang berlalu biarkan saja berlalu. Mungkin gadis bernama Alya Batrisya yang baru dia kenali ini memang sudah tertakdir untuknya. Meskipun Isya tidaklah secantik Jasmine namun gadis itu memiliki aura tersendiri.
She is just ordinary but looks charming!
Adhwa akui bila berada di samping gadis itu, dia terasa lain. Sukar untuk menggambarkan rasa itu. Yang pasti satu perasaan yang menyenangkan. Tersenyum dia saat terbayang kehidupan bersama gadis itu. Sudahlah banyak bercakap dan mengomel sendiri. Suka memberontak. Apa agaknya yang akan jadi selepas mereka berkahwin nanti?
Kemudian Adhwa tersedar dari kelakuannya.
"Dah kenapa aku ni senyum sorang-sorang macam orang gila. Nasib baik dia tak nampak." Adhwa membetulkan tegak. Mata kembali melirik ke arah pintu rumah gadis itu.
"Ya Allah, dia buat apa lah kat dalam tu. Asal lama sangat!" Omel Adhwa. Ini lah perempuan. Lambat betul kalau bersiap. Sudah janji mahu keluar jam lapan malam tapi tengoklah sekarang?
Tidak lama selepas itu, muncul kelibat seorang gadis di muka pintu. Terkocoh-kocoh gadis itu berjalan ke arah Adhwa. Dengan beg tangannya yang tak sempat tersangkut di bahu. Kelam kabut betul!
"Sorry!" ujar Isya saat menghampiri. Senyuman manis dilemparkan. Dan Adhwa sekadar merenung sahaja wajah di hadapannya. Gadis ini cantik dengan gayanya sendiri. Tanpa secalit makeup pun sudah cantik.
"Banyaklah kau punya sorry! Mujur tadi aku tak jerit nama kau kuat-kuat. Kang kalau aku jerit, jiran sebelah kejar aku pakai kuali."
"Tak apa. Jiran-jiran saya kat sini semua sporting. Haritu saya ada karaoke kat dalam rumah. Diorang ketuk-ketuk pintu rumah saya. Ingatkan nak marah. Rupanya nak join sekali," jawab Isya sebelum melepaskan tawa. Sempat lagi dia membuat jenaka. Sengaja ingin menghiburkan lelaki dihadapannya ini. Namun Adhwa tidak mempamerkan sebarang reaksi.
"Kelakar lah sangat!"
"Memang saya kelakar pun. Dah dah, cepatlah saya dah lapar ni!" Selamba Isya membalas. Lalu dia mengorak langkah memasuki kereta. Adhwa sekadar melihat gerak-geri gadis itu. Amboi, amboi! Dia yang lambat!
"Disebabkan kau lambat, kau yang kena belanja dinner malam ni." Masuk sahaja ke dalam kereta, Adhwa terus menghamburkan kata.
Isya sekadar menghadiahkan sebuah jelingan. Tak gentle langsung!
MEREKA berjalan beriringan masuk ke dalam sebuah restoran mewah yang dipilih oleh Adhwa. Sepasang mata milik Isya pula sibuk memantau sekeliling restoran itu.
Not bad. Nice taste!
"Ni tempat aku dengan Jasmine selalu makan malam." Adhwa bersuara saat mereka berdua mengambil tempat duduk di sebuah meja.
"Oh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Isya. Sakit hati? Eh, mana ada!
"Aku nak lupakan kenangan bersama dia dengan bawa kau kat sini. Aku tak nak ingat dia lagi bila aku datang sini."
"Minggu depan kita akan kahwin. Jadi, harini aku nak kita berdua kenal betul-betul antara satu sama lain sebelum kahwin," sambung Adhwa lagi.
"Apa yang awak nak tahu pasal saya?" Isya bersuara pula.
"Semua."
"Okey... nama saya Alya Batrisya. Saya anak yatim piatu. Mak dengan ayah saya dah lama meninggal. Plus, saya anak tunggal. Tak ada adik beradik lain. Kerja sebagai baker aje dekat bakeri milik kawan baik saya, Izzah. Erm... saya rasa setakat tu aje kot. Memang tak ada apa yang menarik pun pasal hidup saya." Isya mula menceritakan serba sedikit perihal hidupnya. Bukan pada siapa pun, bakal suami dia juga.
"Then, how about your personal life? Tak nak cerita pasal ex-boyfriend ke?"
Isya terus terdiam. Dia menundukkan kepala dan bermain dengan jari-jemari sendiri.
"Kalau awak nak tahu, saya pun senasib macam awak. Tapi, saya lagi dahsyat. Kena tinggal dan kena tipu. Dan, dia juga first love saya. Ambil masa lama juga tau saya nak lupakan dia."
"Malas lah nak cakap pasal dia lagi. Past is past. Buat apa nak kenang masa lalu kan? Okey dah habis cerita pasal saya. Now it's your turn. Awak dengan siapa nama tu... Jaslina?" sambung Isya lagi.
"Jasmine," balas Adhwa. Serta-merta riak wajah lelaki itu bertukar dingin. Seakan tidak selesa dengan nama yang disebut oleh Isya.
"Hah! Awak dengan Jasmine pula macam mana? Dia tahu ke tak yang kita akan kahwin? Nanti kalau dia balik Malaysia mengamuk macam mana?" Bertubi-tubi soalan terpacul dari bibir Isya. Bukan apa, sekadar bertanya dan inginkan kepastian. Tidak mahu mengambil langkah terburu-buru. Nanti menyesal di kemudian hari. Kalau nak batalkan sekarang pun, sempat lagi rasanya.
"Buat apa nak fikir pasal dia lagi? Siapa suruh dia tinggalkan aku. Lantak dia lah nak mengamuk ke apa. Kesah pulak aku." Jawapan Adhwa membuatkan Isya tersenyum. Nampak gayanya lelaki ini nekad nak kahwin dengan kau, Isya!
Suasana menjadi sepi saat makanan yang dipesan tiba. Mereka sama-sama menikmati hidangan yang dipesan.
"Isya..." panggil Adhwa perlahan usai makan malam berakhir. Namun mereka masih tidak berganjak dari tempat duduk tadi.
"Hmm." Isya membalas pandangan redup sepasang mata yang sedang merenungnya. Menantikan kata-kata yang akan terbit dari mulut lelaki itu.
"Aku mungkin bukan yang pertama bagi kau, Isya. Dan kau juga bukan yang pertama dalam hidup aku. Tapi aku nak jadikan kau yang terakhir dalam hidup aku. Because the latter is forever, right?" Tiba-tiba Adhwa menghujahkan kata-kata.
"Walaupun perasaan cinta tu belum hadir antara kita, aku tetap nak kau jadi isteri aku. Sebab aku dah nekad. Aku dah penat dengan permainan percintaan yang tak ada kesudahan ni. Lebih baik aku mulakan dengan satu ikatan yang sah sebelum rasa sayang tu hadir."
"Maybe I'm not romantic for you. Asyik marah-marah kau. Cari pasal dengan kau. Tapi lepas kahwin nanti, aku akan cuba untuk jadi suami yang terbaik untuk kau. Dan aku pun nak kau buat benda yang sama. Kita sama-sama akan cuba." Adhwa menghabiskan kata-katanya yang panjang lebar itu.
Isya agak tersentuh dengan bait-bait kata lelaki itu. Kemudian dia melihat Adhwa mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. Tergamam Isya saat melihat sekotak cincin baldu berwarna merah di tangan lelaki itu. Omg!
Kotak cincin itu dibuka perlahan-lahan dan...
"Alya Batrisya, sudi tak kau jadi isteri aku sampai ke hujung nyawa?"
Isya menghadiahkan senyuman paling ikhlas sebelum dia mengangguk perlahan.