Bab 2

25.1K 1.1K 58
                                    

     ADHWA memasuki sebuah restoran yang menempatkan dia berjanji temu dengan seseorang. Dari jauh kelihatan seorang gadis jelita sedang setia menanti seseorang. Gadis itu khusyuk bermain telefon, langsung tidak menyedari kehadirannya. Tanpa berlengah, Adhwa melangkah menghampiri gadis itu.

"Hai, sayang."

Gadis yang disapa itu hanya berpaling sekilas ke arah Adhwa dengan senyuman nipis. Kemudian dia menghadap semula skrin telefon. Seolah tidak teruja dengan gerangan yang datang menyapa. Mungkin gadis itu sedang marah padanya. Sebab lambat kot?

"For you." Bunga yang dipegang terus dihulur kepada Jasmine. Kata orang, nak pujuk perempuan kena bagi sesuatu.

"Sorry, I'm late. You marah I ke?" soal Adhwa sekadar berbasa basi sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan gadis itu. Walhah dia sendiri tahu apa punca wajah kekasih hatinya cemberut begitu.

"I dah tiga puluh minit tau tunggu you," balas Jasmine manja. Meluahkan kemarahan dalam nada penuh rengekan. Helaian rambut yang terjuntai di dahi dibetulkan.

"You tahu kan tiba-tiba aje I kena ganti along I harini. Dia kena pergi Singapura. Jadi, semua kerja yang berlambak kat hotel tu, I lah yang kena buat. Tak lama lagi kan jawatan dia akan beralih pada I. Jadi I kena start belajar lah. You faham kan, sayang?" Lembut Adhwa memujuk. Bukan dia sengaja ingin lambat. Kalau hari ini dia tak menggantikan tempat abangnya, sudah pasti dia akan datang lebih awal ke sini.

"I faham. Its okay. Thanks for this flower. Tadi you mesej I cakap nak bincang pasal wedding kita. Pasal apa?" Jasmine mula menukar topik.

"Oh, iya! Mama I cakap baju wedding kita dah siap. Petang ni bolehlah kita pergi cuba sama-sama. Lagi satu I nak bagitahu, akad nikah kita nanti mama I nak kita buat kat masjid aje. Lebih berkat."

"I ikutkan aje apa mama you nak. As long as, I dapat kahwin dengan you, sayang." Adhwa tersenyum mendengar kata-kata Jasmine yang tiada langsung bantahan.

"You dah apply ke cuti dengan bos you?"

"Belum. Dua minggu sebelum kita kahwin nanti I apply." Jasmine membalas sebelum menyedut air minuman miliknya di atas meja. Adhwa pula hanya memerhati seraya menghela nafas perlahan. Bukan jawapan itu yang dia mahukan.

"Bos you ni dah tahu ke belum yang you nak kahwin? Dia masih kacau you lagi tak?" soal Adhwa berbaur cemburu.

"Dia belum tahu. Tapi dia dah tak kacau I lagi," balas Jasmine.

Adhwa mengeluh lagi.

"I bukan apa, Jasmine. Nanti kan, tiba-tiba aje bos you tak nak bagi you cuti. Bukannya I tak tahu perangai bos you macam mana. Kalau dia tak bagi cuti, macam mana dengan wedding kita nanti? I tak nak dah tangguh macam sebelum ni. Nanti mama I bising lagi."

"You jangan risau. I akan pastikan bos I akan bagi I cuti. Lagipun, sempat lagi sayang. Kan sebulan lagi kita nak kahwin. Sekarang apa kata kita makan dulu. I dah lapar sangat ni. Nanti kita bincang lagi hal ni."

Penamat perbualan mereka. Dan Adhwa tidak mampu lagi membalas apa-apa.

         

             WAJAH sugul seseorang menyapa pandangan. Terhenti tindakan Izzah untuk menyusun kek cawan ke dalam peti bila melihat kelibat rakannya itu. Muncung bukan main sedepa!

"Amboi masamnya. Orang kalau kenyang biasanya ceria. Kenapa ni?"

"Makan pun belum lagi macam mana nak ceria," balas Isya. Wajahnya masih lagi ketat. Masih marahkan sesuatu. Izzah terus merapati rakannya itu yang ingin melangkah ke arah dapur.

"Kenapa tak makan lagi? Dah tu, kau pergi mana tadi?"

"Tak ada selera lah kalau makan sorang. So, aku tapau aje. Nah, bunga kau." Bunga ditangan terus dihulur kepada Izzah.

"Thanks. Nanti aku bagi duit." Izzah menilik seketika keadaan bunga di tangannya. Cantik! Pandai Isya pilih.

"Tak payahlah. Lagipun bunga tu ada orang belanja," balas Isya senada. Izzah terus berpaling ke sisi dengan riak yang sedikit terkejut berbaur teruja.

"Belanja? Siapa?"

"Mamat mana entah. Boleh pula selamba badaknya dia kata aku gila. Kurang ajar betul." Isya mendengus sejenak. Izzah menahan ketawa dari meledak. Rasanya dia tahu apa sebabnya dan juga dia pun malas hendak bertanya lebih lanjut bila melihatkan wajah tegang rakannya itu.

"Dah lah cakap pasal mamat tu. Bukannya aku jumpa dia lagi pun lepas ni. Ingat macam drama ke nak terserempak banyak kali," omel Isya.

"Eleh, mana lah tahu jodoh kau ke..." Izzah berkata perlahan. Isya pantas berpaling ke sisi tatkala dia seakan mendengar sesuatu.

"Hah, apa dia?"

"Tak, tak ada apa. Hmm Isya, tadi ada pelanggan datang tempah kek hari jadi tau. Next week, birthday cucu dia. Tapi, dia suruh kita sendiri hantar kek tu kat rumah dia. Kebetulan area rumah dia dekat aje dengan rumah kau. Jadi boleh tak kau..."

"Ya, aku tahu. Mesti kau nak suruh aku hantar kan?" Pantas Isya memintas, tanpa menunggu ayat itu dihabiskan. Kerana dia sudah tahu, kerja hantar menghantar ni mesti dia yang kena! Walaupun ada lagi pekerja lain dekat sini.

"Boleh tak ni?" Izzah menyoal ingin kepastian.

"Aku ni pekerja aje, boleh ke aku bagi jawapan tak boleh?" Sinis Isya membalas.

"Sebab ni lah aku sayang kau. Selalu patuh pada arahan aku. Jangan risau, nanti aku naikkan gaji." Melebar senyuman Isya dengan ayat terakhir Izzah. Siapa aje yang tak senyum kalau dengar ayat tersebut ditutur oleh majikan?

"Hah, yang tu lah aku nak dengar. Dahlah, aku nak pergi makan nasi tapau ni dulu. Lapar tau perut aku." Plastik yang berisi sebungkus nasi dibawa Isya ke arah meja makan yang terletak di satu sudut dapur.

"Okey. Nanti sambung kerja balik. Jangan curi tulang!" Pesanan dari Izzah sebelum gadis itu menghilang.

ISTERI PAKSA RELA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now