SETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...
" Minju. Kitaorang nak cakap dengan kau sekejap." Minju mengangkat muka dari bukunya melihat pembuli-pembulinya di depan mata. Dia memandang Chaewon dan gadis itu mengangkat bahunya tanda tak tahu.
" Kau nak cakap, cakap kat sini je. Depan kakak aku. Kalau tak, tak payah cakap." Balas Minju senang. Felix memandang ke pelajar lain dan mengisyaratkan mereka semua keluar. Mereka yang ketakutan pantas keluar dan menutup pintu kelas itu. Tinggallah dua kembar Keluarga Bang dan juga pembuli-pembuli itu sahaja.
" Kitaorang nak minta maaf sebab kitaorang buli kau selama ini. Harap kau boleh maafkanlah... Kitaorang betul-betul menyesal sebab buli kau selama ni..." Kata Felix mewakili rakan-rakannya yang lain. Minju memandang mereka semua datar sebelum memandang ke Chaewon lagi. Chaewon masih mengangkat bahu tanda tak tahu. Dia tak mulakan apa-apa lagi rancangannya.
" Okey. Dan aku tak maafkan..." Jawab Minju senang sebelum sambung menulis semula. Mereka semua tak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Minju. Sebab mereka expect Minju akan maafkan mereka semua setelah apa yang mereka buat kat dia.
" Kenapa? Kitaorang betul-betul menyesal sebab dah buli kau, Minju. Tolonglah... Maafkan kitaorang. Janganlah marahkan kitaorang lagi..." Kata Seungmin pula. Minju meghentak penselnya kuat di atas meja sebelum berdiri dari kerusinya.
" Berapa lama aku dah memendam semua pembulian korang, hah? Sampai aku sendiri sanggup nak bunuh diri tanpa fikirkan Daddy, Mummy, Abang dan Kakak aku sendiri. Teruk aku tersiksa dan korang expect aku nak maafkan korang semua senang je? Maaflah. Benda tu dah hilang dari kamus hidup Kim Minju. Aku nak korang terseksa dulu baru aku puas hati..." Balas Minju sambil menahan kemarahannya. Chaewon menariknya supaya menenangkan diri. Mereka semua memandang lantai namun nampak riak wajah masing-masing sayu dan takut apabila Chaewon dan Minju memandangnya.
" Min tenang... Korang tolong pergi dari sini sekarang. Korang nak minta maaf sekarang pun dah terlambat dah... Aku dah siapkan rancangan aku dan takde seorang pun aku terlepas dari pembalasan aku. Jadi, siap-siap jelah ye..." Kata Chaewon pula. Minju mengelak untuk bertentang dengan mata semua pembulinya. Rasa bencinya tiba-tiba meluap-luap. Lebih-lebih lagi apabila pembulinya semua tak malu datang meminta maaf macam tu dengan harapan dia akan maafkan mereka semua. Jangan harap! Selagi mereka tak rasa apa yang dia rasa, selagi itu dia takkan maafkan mereka.
" Chaewon, Minju... Sir Seo nak jumpa kat bilik disiplin." Kata pelajar yang masuk ke kelas kembali. Kebetulan tadi Sir Seo nampak dia dan maklumkan kat Minju dan Chaewon. Kembar itu berpandangan sebelum bangun dari kerusi mereka dan berjalan bersama-sama menuju ke bilik disiplin sambil tertanya juga kenapa Sir Seo nak jumpa dengan mereka berdua.
" Dah sampai? Masuklah Chaewon, Minju... Tutup pintu tu sekali." Arah Changbin. Minho turut ada di dalam bilik itu. Hyunjin takde. Dia masih fasa berbulan madu dengan Yuri. Minggu depan baru dia masuk sekolah semula. Kedua-duanya mengambil tempat di sofa yang terdapat dalam bilik itu. Changbin mengeluarkan sebuah beg bimbit dan mengeluarkan dua pucuk pistol dari bawah mejanya.
" Korang berdua akan perlukan ni nanti. Nyorokkan dan jangan sampai sesiapa sedar korang ada senjata. Okey. Ini dokumen yang rahsia. Min tahu tentang dokumen ni kan?" Minju mengangguk perlahan. Daddy nya pernah tunjukkan dokumen itu kepada dirinya.
" Chae, ini dokumen tentang keluarga korang. Kalau dokumen ni jatuh ke pihak yang salah, diaorang boleh gunakan untuk melemahkan kamu sekeluarga. Jadi, Uncle dapat maklumat dari Mummy kamu yang ada pihak cuba memecah masuk rumah kau dan mencuri dokumen ni. Dia menyamar sebagai maid. Tugas kamu berdua, pertahankan dokumen ni dengan sepenuh tenaga. Kalau perlu membunuh, bunuh. Asalkan dokumen ni selamat. Uncle boleh percayakan kamu berdua? Rhino akan tolong kamu berdua juga" Kedua-duanya mengangguk. Mereka masing-masing ada alat penyimpan senjata di badan mereka. Chaewon di pahanya manakala Minju berada di poket blazernya. Tempat rahsia yang dibuat oleh Eunbi.
" Don't worry Uncle. We'll be fine. Rhino kan ada sekali..." Kata Chaewon perlahan. Dokumen yang dikeluarkan dari beg bimbit itu dihulurkan kepada Chaewon. Tak banyak pun. Ada beberapa helai kertas je... Dan kertas tu semuanya diletakkan dalam satu fail bewarna putih.
" Hati-hati..." Walaupun Changbin masih risau dan tak boleh nak berapa percayakan anak-anak buahnya itu, dia perlu yakin yang kedua-duanya boleh menjaga fail itu. Tak mungkin mereka nak serahkan fail tentang Keluarga mereka kat pihak yang tak dikenali kan?
----------
Waktu Rehat,
" Nah roti kau..." Minju menyambut huluran Chaewon. Roti coklat yang masih berbalut plastik yang dibeli oleh Chaewon sebentar tadi. Dia mengoyakkan plastik itu perlahan sebelum menyuap roti itu ke dalam mulutnya. Chaewon juga mengambil tempat di sebelahnya sebelum membuka plastik yang membungkus sandwhich miliknya. Mereka berdua senyap menikmati makanan masing-masing dan melayan perasaan di rooftop bangunan sekolah mereka.
" Unnie, kau tak rindu kawan-kawan kau kat sana ke? Kalau aku bagi kau balik sana, kau nak balik sana semula tak?" Soal Minju perlahan. Chaewon tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepala.
" Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu diaorang, Min... Rindu sangat. Tapi, dah sampai masanya aku kembali ke sini semula. Dengan Family aku semula. Dah lama kita berdua terpisah Min... Tak banyak memori yang kita dapat buat bersama. Jadi, sekarang ni biarlah aku tinggal kat sini selama-lamanya dan cipta memori yang indah dengan semua ahli keluarga aku." Ucap Chaewon dengan senyuman manis. Minju tersenyum dan memeluk badan kakaknya dengan perlahan.
" Aku sayang kau Kakak. Sekarang dan selama-lamanya... Jangan tinggalkan aku tau. Nanti aku takkan dapat hidup dengan kau..." Ucap Minju perlahan. Chaewon juga turut membalas pelukan adiknya itu perlahan.
" Aku pun sayangkan kau, baby...." Minju memukul bahu Chaewon perlahan. Dia tergelak sambil mengelap matanya. Ada air mata akibat tersentuh dengan ucapan Chaewon tadi. Dia bukan baby lagi, Kakak dengan Abang dia suka sangat panggil dia baby. Banyak kali dah dia cakap tapi mana ada diaorang nak dengar. Abang dan kakak dia buat pekak je. Nanti kalau pekak betul-betul, padan muka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.