Nama aku Diana. Nur Diana binti Ismail. Tapi keluarga dan teman-teman rapat memanggil aku Didi. Aku ni bukan penulis berbakat mahupun novelis tersohor. Hanya insan biasa yang menulis untuk berkongsi kisah dengan kau orang semua.
Sebelum aku terus bercerita, aku harap kau orang semua jangan salah faham. Harus ditekan di sini, aku tidak ada sebarang kena-mengena dengan Puteri Diana, Diana Danielle atau Diana Rafar, apatah lagi Janji Diana. Dan yang paling penting, aku tidak ada kaitan langsung dengan si penulis yang bernama Herna Diana. Hehehe...
Ini kisah perjalanan hidup aku. Kisah bagaimana aku sedaya upaya mengharungi hidup yang penuh dengan manusia yang gemar menjadi kekurangan seseorang sebagai bahan jenaka. Tidak kiralah sama ada kekurangan dari segi mental, fizikal ataupun material.
Aku ditakdirkan membesar sebagai gadis yang dikategorikan 'comel'. Malah, nama timanganku juga berpunca daripada saiz badanku. Nama Didi asalnya adalah 'DD' yang bermaksud Diana Debab. Masa sekolah dulu, ada gelaran yang lagi ganas, Double D. Wow! Dah macam ahli gusti. Tak patut dia orang gelar aku macam tu kan? Sedih betul rasa di hati.
Semakin menginjak ke alam dewasa, aku tak lagi menghiraukan ejekan orang terhadapku. Usia mematangkan fikiran. Kematangan fikiran membuatkan aku menyedari bahawa sebenarnya aku tidak kekurangan apa-apa pun di dunia ini. ALLAH memberikan aku segala-galanya sama seperti hamba-NYA yang lain.
Aku punya ibu bapa yng penyayang, dapat menamatkan pelajaran hingga peringkt universiti, tetap diberikan rezeki dalam dunia pekerjaan walaupun mungkin jawatanku tidak sehebat orang lain. Ya, aku punya segala-galanya dengan ihsan ALLAH. Aku bersyukur dengan apa yang ada. Ejekan orang bagiku hanyalah rencah kehidupan. Jadi, apa yang orang nak kata, ada aku kisah?
Seperti insan lain, aku juga punya naluri untuk bercinta dan dicinta. Aku selalu tertanya-tanya, adakah cinta buat insan sepertiku? Yalah... aku tidak secantik gadis idaman lelaki.
Jadi, ini adalah kisah yang ingin aku kongsikan kepada kau orang semua. Kisah cintaku dengan seseorang jejaka. Hadirnya dalam hidupku dengan cara yang tersendiri. Membawa pelbagai rasa dan warna dalam hidupku.
Bicaraku mungkin tidak seindah pujangga, tulisanku mungkin tak sehebat penulis tersohor. Aku berkisah seindah biasa, sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. Sudikanlah untuk membaca, perjalanan hidup aku mencari cinta.
Jom ikuti kisahku.
YOU ARE READING
Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana
RomanceSekadar berkongsi. Jika suka sila beli. https://play.google.com/store/books/details/Herna_Diana_Akhirnya_Aku_Kahwin?id=VNRLCgAAQBAJ Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Ba...