36

63 4 0
                                    

SEMINGGU bercuti raya, hari ini aku kembali menyambung tugas. Rata-rata semua pekerja masih dalam mood raya. Aku pula, tahun ini kuranglah cerianya. Aku masih bersedih dengan kehilangan abah dan umi. Namun, aku bersyukur sangat kerana mempunyai Syafiq sekeluarga. Sekurang-kurangnya aku tidak bersendirian. 

"Macam mana raya kat bandar? Seronok?" tanya Rohaida. 

"Bolehlah, Kak Ida. Bagi Didi, mana-mana pun sama. Abah dengan umi tetap tak ada." Sayu aku bersuara. 

"Sabarlah, Didi. ALLAH lebih sayangkan mereka. Mereka pergi ke tempat yang lebih baik. Doakan kesejahteraan mereka di sana." Rohaida cuba meredakan kesedihanku. 

Aku tersenyum cuma. 

"Datuk dengan datin macam mana? Dia orang layan Didi baik ke?" 

"Alhamdulillah. Mama dengan papa baik sangat dengan Didi. Layan Didi macam anak sendiri. Syafiq biasalah. Dia memang ambil berat pasal Didi. Cuma si Fiqa tu. Dia tu tak puas hati dengan Didi," ceritaku sambil tergelak kecil. Kadang-kadang tu bila aku fikir-fikir, nak tergelak juga dengan gelagat si Syafiqah tu. 

"Dia masih tak sukakan Didi ke?" 

"Hmm..." Aku terangguk-angguk. 

"Tapi kan Kak Ida, rupa-rupanya Datuk Suffian tu ada lagi sorang anak lelaki. Adik Syafiq." Aku bercerita lagi. 

"Ya ke?"

"Ha'ah. Nama dia Syafizi. Dia study lagi kat London. Hari tu dia balik sambut raya kat sini."

"Handsome tak?" soal Rohaida sambil mengangkat-angkat keningnya. Nak menggatallah tu!

"Iras Syafiq muka dia," jawabku. 

"Uihh... kira boleh tahanlah tu." Rohaida tergelak-gelak pula. Aku mencebik. 

"Didi tak mengurat dia ke?"

"Huh! Tak ada maknanya. Mulut macam longkang. Tahap nuklear!" Aku mengutuk Syafizi. Masih teringat-ingat kat kepala aku ni gelagat Syafizi yang menyakitkan hati itu. 

"Pulak dah."

"Dia tak macam Syafiq. Syafiq baik." Aku membuat perbandingan pula. 

"Ohh... Syafiq tu baik ek?" Rohaida tersengih. 

"Yalah. Dia sayang Didi. Ambil berat pasal Didi." Selamba aku berkata tanpa dapat menangkap maksud sengihan Rohaida. 

"Ha... Didi suka kat dia ya?" tebak Rohaida. 

"Hisy, Kak Ida ni! Ke situ pulak. Jangan nak merepeklah, Kak Ida. Nanti dengar dek orang, dah jadi bahan gosip lagi. Didi sayang dia macam abang sendirilah," jelasku. 

"Kalau sayang lebih dari abang sendiri pun apa salahnya," usik Rohaida lagi. Dia masih tergelak-gelak. 

"Oit! Kak Ida jangan nak buat cerita ek?" Aku memberi amaran. Jari telunjuk aku goyang-goyangkan di hadapannya. 

"Manalah tahu, kot-kot mulut Kak Ida ni masin." Rohaida masih belum putus asa mahu 'kenenkan' aku dengan Syafiq.

"Ya ke mulut Kak Ida masin? Kasihan kat Abang Man," balasku sambil berdecit-decit. 

"Kenapa nak kasihan kat Abang Man pulak?" Lurus Rohaida bertanya. Dia kelihatan bingung. 

"Yalah... kasihan Abang Man nanti kena darah tinggi." 

"Pasal apa pula dia nak kena darah tinggi?" Rohaida semakin bingung dibuat aku. 

"Dah mulut Kak Ida masin. Bila dia cium Kak Ida rasa masin. Lama-lama boleh kena darah tinggilah," jawabku sambil ketawa besar. Seronok dapat mengenakan Rohaida. 

Akhirnya Aku Kahwin by Herna DianaWhere stories live. Discover now