HARI minggu! Hari yang pasti dinantikan oleh semua insan yang bekerja. Sama juga dengan aku. Hari untuk aku memanja-manjakan badan. Selesai menunaikan solat subuh tadi, aku kembali berbaring. Hasrat hati untuk menyambung tidur. Bukan selalu dapat berkelubang macam ni.
Jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi. Suasana di luar sejuk dan berkabus keranan semalam hujan agak lebat. Suasana seakan merestui sahaja niatku untuk bersantai di atas katil. Aku tarik selimut rapat ke dada. Hmm... enaknya.
Hisy! Siapa pula yang mengacau pagi-pagi ni. Nak tidur pun rtak senanglah, aku merungut-rungut apabila telefon bimbitku berbunyi. Alamak! Mulut nuklear. Nak apa pula dia cari aku pagi-pagi ni?
Ah! Buat tak tahu sajalah. Jawab karang, cari pasal sakitkan telinga dan hati saja. Aku terus sahaja membiarkan telefon berbunyi. Diam sekejap, bunyi lagi. Aku buat tak tahu. Diam sekejap, bunyi lagi. Aku masih buat tak tahu. Kali keempat bunyi isyarat mesej pula.
Oit debab! Apa pasal kau tak jawab call aku hah? Aku nak kau teman aku pergi joging hari ni. Aku ada kat depan rumah kau sekarang. Aku bagi kau masa 7 minit setengah aje. Kalau tak, aku akan hon tak henti-henti. Biar riuh satu taman ni. CEPAT!!!
Aku terus terlompat turun dari katil. Tingkap aku tuju. Aku selak sedikit langsir untuk melihat ke luar. Memang sah dia ada kat luar! Siap lambai-lambai tangan lagi kat aku.
Dengan penuh rasa tak rela, aku terus bersiap ala kadar. Aku tahu kalau aku tak turutkan kehendaknya, Syafizi pasti dengan penuh sukacita akan melakukan apa yang diugut tadi. Aku kenal benar dengan perangai hamba ALLAH yang seorang itu.
Telefon berbunyi tanda ada mesej yang masuk lagi.
Cepat... seminit aje lagi!!!
Cis! Dia ni memanglah. Perangai macam jebon. Tergopoh-gapah aku berlari turun ke bawah. Elok sahaja aku membuka pintu rumah, hon berbunyi nyaring. Memang dasar budak tak cukup kesedaran sivik!
"Kejaplah!" Aku menjerit geram. Selesai mengunci pintu pagar, aku terus menuju ke keretanya.
Aku menarik muncung sedepa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta Syafizi. Sakit sungguh hatiku dengan perangai gila dia. Kalau tak mengenangkan dia anak Datuk Suffian dan Datin Faridah, memang dah lama aku debik-debik muka dia. Biar lebam, biar bengkak!
"Debab, kau tengah maki aku ke tu?" soal Syafizi bersahaja.
Aku terdiam. Macam mana pulak dia boleh tahu ni?
"Kau marah aku kacau kau tidur ek?" katanya lagi.
"Dah tahu, kenapa nak kacau Didi jugak?"
"Saja. Hobi," balas Syafizi sambil tersengih.
Aku berpaling lalu merenung tajam pada wajahnya. Aku tiba-tiba terpesona. Mak aii! Handsomenya dia pagi-pagi ni. Walaupun hanya berseluar track hitam dan baju-T berwarna jingga. Terserlah kekacakannya. Tambah-tambah pakai spek hitam pula. Wow! Opss! Nanti... nanti... seluar track hitam, baju-T jingga?
Uwaaa... macam mana boleh sama warna pulak ni? Aku sudah menangis di dalam hati. Janganlah dia perasa, aku berdoa dalam hati.
"Kenapa kau tiru aku?"
Dia perasan juga! Waktu ini aku memang dah rasa macam nak menangis guling-guling.
Cool, Didi... cool. Aku memotivasikan diri.
"Tiru apa pulak?" Aku buat-buat tak faham.
"Kau sengaja pakai baju sama warna dengan aku kan? Kau teringin nak jadi girlfriend aku ya?" Syafizi membuat kesinpulan yang amat jahat.
![](https://img.wattpad.com/cover/332170363-288-k933927.jpg)
YOU ARE READING
Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana
RomansaSekadar berkongsi. Jika suka sila beli. https://play.google.com/store/books/details/Herna_Diana_Akhirnya_Aku_Kahwin?id=VNRLCgAAQBAJ Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Ba...