8

43 2 0
                                    

SAMPAI di tempat yang dijanjikan, aku melihat Azlan sudah sedia menunggu. Aku terus menuju ke arahnya. Dia tersenyum sambil mengangkat tangannya kepadaku. 

"Maaf, Didi lambat. Dah lama sampai?" sapaku sebaik sampai di hadapannya. Aku terus duduk di kerusi berhadapan dengannya. 

"Tak apa. Lan pun baru saja sampai," balasnya. 

Terjongket sedikit keningku mendengar dia membahasakan dirinya 'Lan'. Seakan mesra sahaja bunyinya. Selalunya, Azlan membahasakan dirinya 'saya' ketika berbual denganku. Aku tersenyum sendiri. 

"Didi..." panggil Azlan, mematikan lamunanku. 

"Ya."

"Senyap aje. Lepas tu senyum sorang-sorang pulak. Kenapa ni?" 

Aku tersengih malu. "Tak ada apalah. Cuma rasa lain macam sikit dengar awak membahasakan diri 'Lan'." Aku menjelaskan pada Azlan. 

Azlan tersenyum mendengar kata-kataku. 

Aduh, manisnya senyumanmu. Bikin hatiku tunggang-langgang!

:Hmm... rasanya lebih mesra kan?" katanya seolah-olah cuba mendugaku. 

"Hmm..." Aku mengangguk. 

"Didi nak minum apa?" 

"Err... Didi nak..."

"Teh O ais limau. Betul?" Azlan tersenyum lagi. 

Aku terpana. Eh, macam mana dia boleh tahu pulak ni? Pakai ilmu apa mamat ni? Lalu, dia memesan minuman kegemaranku. 

"Terkejut ya?" tanya Azlan. 

Aku mengangguk. "Macam mana Lan boleh tahu?"

"Sebenarnya Lan perasan, Didi selalu pesan teh O ais limau masa kat kantin," jelasnya. 

Wah! Tak sangka betul selama ini dia memerhatikan aku. Aku ingat aku saja yang asyik perhatikan dia. 

"Laa... dok spy Didi selama ni ek?" Aku cuba bergurau.

Azlan tersenyum nakal. "Didi pun dok spy Lan jugak kan? Tak salahlah Lan pun spy Didi."

Aku gigit bibir sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azlan. Ya ALLAH, malunya aku! Mana nak letak muka ni?

"Didi tak payahlah malu dengan Lan. Hmm... Lan suka."

"Suka? Suka apa?"

Azlan tidak jadi menjawab soalanku apabila pelayan tiba membawa minumanku. Setelah pelayan itu berlalu, aku bertanya kembali pada Azlan. 

"Lan suka apa?" 

"Suka Didi spy Lan," ucap Azlan selamba. Sengihannya semakun nakal kurasakan. 

Aku sudha tertunduk. Malu untuk melihat wajahnya. Sungguh tak disangka, gelagat aku selama ini menjadi perhatiannya. Aku tiba-tiba jadi tidak tentu arah. Tidak tahu hendak berbuat apa. Aku terpandang gelas minumanku. Pantas gelas itu kucapai, lalu kusedut airnya. 

Tiba-tiba aku terdengar ada ketawa kecil meletus dari mulut Azlan. Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandangnya. Berkerut dahiku melihat gelagatnya. Hisy! Mamat ni apasal gelak kat aku pulak ni? Rasa-rasanya aku tak buat lawak pun tadi. 

"Lan suka tengok Didi kelam-kabut macam ni," usiknya. Makin bertambah kerutan di dahiku. 

"Didi nampak comel sangat bila kelam-kabut macam tu," ujarnya lagi sambil tergelak-gelak.

Eii... malunya! Pipi tmbamku dah kemerah-merahan. 

"Tengok... pipi pun nampak blush. Comellah Didi ni."

Akhirnya Aku Kahwin by Herna DianaWhere stories live. Discover now