"SORRY, Didi... Lan lambat," ucap Azlan sambil termengah-mengah. Dia berlari mendapatkan aku tadi. Di tangannya aku lihat ada sebuah beg pakaian kecil. Entah apa isinya.
"Tak apa. Didi pun baru saja sampai," balasku. Beg tangan aku buka lalu aku hulurkan tisu kepadanya untuk mengelap peluh yang merenik di dahinya.
"Ya ke?"
"Hmm... baru aje. Adalah dalam 45 minit!" Selamba aku menjawab.
Azlan tercengang. Tajam dia merenung wajahku. Huh! Nasib baiklah tak ada jerawat gatal yang tumbuh hari ni. Kalau tak percuma saja dia dapat tengok jerawat kat muka aku. Ahaks!
"Sindir Lanlah tu!" katanya serius sambil mengelap peluh di dahi.
Aku tersengih sambil mengerutkan hidung padanya. Nakal. "Mana ada Didi sindir. Didi cakap benda betul apa." Aku menjawab sambil tergelak-gelak.
"Sorry. Lan terbabas tidur tadi," jelas Azlan.
"Hmm... tak subuhlah pagi tadi tu," perli aku.
Azlan tersengih malu mendengar kata-kataku. "Bukan sengaja. Terbabas." Dia membela diri. "Jomlah," ajaknya mengalihkan topik.
"Lan drive ek?" pintaku sambil menghulurkan kunci keretaku padanya. Azlan tanpa soal, terus menyambut kunci yang aku hulurkan.
"Kita nak pergi mana?" soalku ketika kami sudah berada di dalam kereta.
"Kita ronda Taiping."
"Amboi... jauhnya."
"Sekali-sekala dating jauh sikit. Apa salahnya?" sahut Azlan sambil tersenyum memandangku. Aku membalas.
Suasana sepi seketika antara kami. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Hanya suara nyanyian dari radio Sinar FM menemani waktu kami.
Aku sebenarnya sedang merencanakan sesuatu untuk mengenakan Azlan hari ini. Sengaja aku hendak peningkan kepalanya dengan kerenahku. Otak aku sedang ligat bekerja keras untuk menjana idea-idea bernas untuk tuannya. Hehehe...
"Diam saja. Kenapa?" soal Azlan memecah suasana sunyi.
Aku menoleh padanya. "Tak ada apa nak cakap," balasku mudah. Dia tersenyum mendengar jawapanku.
"Lan tak sangka betullah."
"Tak sangka apa?" Kalut aku bertanya.
"Tak sangka Didi ni nakal rupanya. Mula-mula dulu nampak senyap aje." Azlan meluahkan komennya tentang aku.
"Memang Didi macam ni," beritahuku. Aku kemudian diam seketika. "Lan tak suka ke? Kalau tak suka maaflah. Tapi memang Didi semula jadi macam ni. Didi bukan jenis lemah lembut." Aku menyambung kata lagi.
"Suka..." ujar Azlan sepatah.
"Suka apa?" Aku buat bendul.
"Suka Didi yang nakal," jawabnya sambil tergelak-gelak.
Aku turut sama tergelak.
"Hmm... Lan tanya sikit boleh?"
"Siap minta izin tu. Tanya ajelah," jawabku.
"Err... cerita tu betul ke?"
Aku mengerutkan dahi tidak mengerti. "Cerita apa?"
"Cerita yang tengah heboh kat kilang tu?"
Aku akhirnya mengerti. "Pasal Didi dan Encik Syafiq?"
Azlan mengangguk.
"Lan rasa, cerita tu betul ke tak?" Aku menyoalnya kembali. Sengaja ingin melihat reaksinya pula.
YOU ARE READING
Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana
RomansaSekadar berkongsi. Jika suka sila beli. https://play.google.com/store/books/details/Herna_Diana_Akhirnya_Aku_Kahwin?id=VNRLCgAAQBAJ Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Ba...