⚜ three

42 7 2
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

ˢᵉᶜᵒⁿᵈ ᴰᵃʸ

         " Sebelah kanan kita ni, haa inilah namanya masjid Kuba. Masjid ini lah yang Rasulullah pernah solat dan dikabulkan doanya oleh Allah SWT. " ujar travel guide kami, Ustaz ali.

" Uish cantiknya! Kubah dia tu memang cantik!" ujar mak cik Sofia yang duduk di belakangku.

" Haah, tak sabar nak turun bas ni. Boleh ambil gambar puas puas!" kedengaran suara makcik Piah yang duduk bersebelahan kawannya itu.

" Baiklah jemaah-jemaah semua, masih ada wuduk tak? Kalau masih ada, Alhamdulillah. Kita wuduk dari hotel tadi boleh terus solat sunat kat sini. Dikatakan ganjaran bak buat satu umrah. Besar tau ganjarannya! " kedengaran suara Ustaz Ali yang lantang dari speaker bus.

" Baiklah jemaah boleh turun dari bas sekarang. Diberi masa lebih kurang hmm... 20 minit untuk tangkap gambar, solat dan sebagainya kat sini. Nanti berkumpul di depan bas " pesan ustaz Ali.

Tanpa meluangkan masa lagi, akulah yang pertama mengangkatkan punggungku dan terus berjalan keluar dari bas. Eh sekejap... kenapa rasa macam ada benda yang lupa hmm?

" Eh, Nazeera! Tunggu lah sekejap kau jangan nak tinggal kita orang kat belakang ni! " getis kakak aku. Oh...patutlah dah ingat balik apa yang lupa. Kakak aku yang duduk sebelah aku dalam bas.

" Yelah yelah sorry. Hang cepatlah sikit jangan lambat-lambat. Aku nak ambik gambar ni," aku toleh ke arah kakak ku yang sedang mendengus di sebelah ku.

Klik. Klik. Klik. Tanganku lincah menangkap gambar masjid tersebut. Kubahnya yang berwarna putih memberikan aura ketenangan, peace and tranquility to the surrounding. Aesthetically pleasing to the eyes. Tak sangka juga ada pokok kurma kat landskap masjid ini. Hebat betul.

" Kau ni pun satu. Asal bab bergambar memang tak lekang je telefon tu dari tangan. Kalau boleh biar tumbuh dua atau tiga tangan baru kau puas ambil gambar," kakak ku menjeling ke arah aku. Aku mengintainya di hujung mataku seperti dia tengah menyelongkar sesuatu.

Haik. Apa pula dia selongkar? Benar betul dia selongkar beg tu. Dan akhirnya dia mengeluarkan iPhone nya lalu diberi telefon tersebut kepadaku. I narrowed my eyes at her. Tak payah cakap, I know what she wants to say anyway.

Sebelum sempat dia membuka mulut, aku terus mencelah "tolong ambilkan gambar aku," aku mimic suaranya. Eh eleh dia ni. Bukan main cakap orang ini lah itulah then at the end, aku jugak yang jadi photographer dia. Haih, ape ape jelah!

" Pandai pun kau. Ingat perlu cakap nak ambil gambar." dia ketawa lalu memberikan senyuman yang sinis kepadaku. Hmm redha jelah. Sabar jelah Zeera, nak buat macam mana, kakak aku ni memang diva betul!

Selepas sesi bergambar, kami menjejakkan kaki ke arah masjid Kuba tersebut. Syukur sangat kepada Ilahi sebab wuduk masih kekal, senanglah sikit nak solat. Selesai solat sunat dhuha dan hajat, I take a deep breath. 

In and out. I'm just feeling the peacefulness being in the house of Allah, even if it's not Nabawi mosque or Masjidil Haram, anywhere I go as long as I'm in the presence of My Lord I feel at peace. And I'm loving every second of it.

Lah kenape emo sangat ni? Hmm takpelah but as long as I'm happy of what I'm doing right now, it's fine. 

" Adik, mari nak. Nanti lambat kita nanti." bahuku disentuh oleh tangan yang lembut membuatkan aku terjaga daripada mirage ku.

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now