⚜ seven

38 4 8
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ 𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

           " Diminta para jemaah agar memakai semula tali pinggang keselamatan kerana kita akan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 dalam beberapa minit lagi." pesan krew kapal terbang yang bertugas.

" Zeera, kau dah kemas ke? Jangan asyik layap tengok movie tu je." tegur Emir sambil mengemas tempat duduknya. Haih, tak sabar nampaknya mamat ni.

" Wow, awalnya kau berkemas ni. Macam tak biasa aku tengok kau kemas awal, biasanya kau lah yang paling akhir."

" Aku nak pergi toilet. Tak dapat aku nak melepas kat sini, banyak orang queue. Pastu sempit hm tak suka." kata Emir sambil mendengus. Emir kalau bab tandas memang memilih, macam ada specific standard pulak mamat ni.

" Hm yelah-yelah kau ni." aku mengiyakan sahajalah kata abangku ini. Mendegar pesan Emir, aku mengemas kembali tray, diletakkan di tempat asal dan mengemas semula beg sandang.

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat mendarat. Landing kapal pun okay. Aku melihat sekeliling, ramai jemaah yang tidak sabar untuk turun daripada kapal, ingin berjumpa dengan ahli keluarga yang lama terpisah.

" Selamat datang ke KLIA 1. Saya Firdaus selaku krew kapal ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan Malaysia Airlines. Kami mempelawa para jemaah selamat pulang ke tanah air yang tercinta, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang, Assalamualaikum." krew anak kapal menglafazkan kata-kata terakhirnya sebelum kami keluar daripada anak kapal tersebut.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

" Haa, itu dia Syed. Jom kita borak dengan mereka sekejap." kata ayah yang nampaknya tidak sabar ingin berborak dengan uncle Syed. Bapa bapa ni kalau jumpa wajib borak.

Kami semua mengikuti jejak ayah. Laju pulak ayah jalan.

" Assalamualaikum Syed. Lama tak temu hang ni." ujar ayah sambil handshake dengan uncle Syed.

" Walaikumusaalam Adam. Hahaha yelah 2 minggu aku tak jumpa hang. Macam mana okay tak flight tadi? " balas uncle Syed sambil melihat kami.

" Okay je alhamdulillah uncle. Nothing happens." balas abang Fahim dengan senyumannya.

" Eh, datin Marina pun ada? Lama tak jumpa datin, makin berseri ye awak! " puji ibu kepada datin Marina.

" Eh, awak ni Aliya, mana ada. Sempat pulak melawak time time macam ni. Sihat tak awak tu, ada sakit tak? Kan sekarang ramai yang pergi umrah, sebab Saudi dah buka border." soal aunty Marina sambil memeluk ibu.

Aku meninggalkan ayah dan ibu untuk berborak dengan aunty dan uncle. Tak nak lah kacau orang tua bercakap. Mata aku berkeliaran mencari bayangan seseorang. Haih, mana pulak Han ni? Cakap datang sekali dengan parents dia.

" Cari saya ke, Zeera?" kedengaran suara yang garau di belakangku.

" Eh tak lah, cari jodoh saya. Yelah cari siapa lagi, mesti lah awak." kata ku cuba melawak. Aku pusingkan badan untuk melihat Han yang sedang terhibur seorang diri.

" Wow, cari jodoh. Jumpa tak calonnya?" senyum sinis Han. Buat comeback pulak dia ni.

" Entahlah, kalau ada adalah. Kalau tak ada, tak ada. Kalau dia berani datanglah jumpa ayah dan ibu saya, baru gentleman. " kataku selamba sambil mengangkat bahu.

" It looks like you haven't change at all. Emir mana Zeera? Dari tadi tak nampak." soal Han yang sedang mengerutkan dahinya.

" Mamat tu pergi tandas tadi. Katanya tak dapat melepas kat kapal. " gelenh kepala aku memikirkan si Emir tu.

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now