⚜ nine

31 3 7
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ 𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

ꜱᴇᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇᴍᴜᴅɪᴀɴ

          " Cik Nazeera, semua persiapan telah disiapkan, yang tinggal cuma cik untuk merasmikannya," kata Suraya, PA aku.

" Is that so? Alright, thanks Suraya. Jom kita berangkat, kalau lengah-lengah ni takkan ke mana kita ni," balasku dengan nada serious. Blazer yang aku pakai, aku kemaskan sedikit. First impression matters.

Dengan lafaz Bismillah, tapak kaki memulakan langkah untuk menuju ke pintu utama. Pintu utama kelihatan sangat bersinar, seperti memanggil-manggil namaku untuk berjalan ke arahnya. 

Saat aku melangkah keluar dari pintu tersebut, lensa mata mula dikaburi dengan cahaya yang bersinar-sinar dari setiap penjuru. Photographer sibuk menangkap gambar aku. Aku mengenyitkan mata daripada silauan cahaya kamera. 

Rasa gemuruh mula menghadir diri tanpa dijemput. Tangan digenggam dengan sekuat hati. Nafas ditarik dalam-dalam, lalu dihembuskan dengan perlahan.

Remember Nazeera, you work very hard for this, don't let anyone ruin this golden opportunity for you. Today is YOUR day. Shine luminously, like stars in the midnight sky.

Aku berdehem-dehem seketika lalu memulakan ucapanku.

" Assalamualaikum kepada para hadirin dan hadirat sekalian. Saya, Nazeera Aneesa selaku pemilik Cafe Dhuha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang ke  pembukaan Cafe saya ni. Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir setahun saya bertungkus-lumus untuk usahakan cafe ni,  Alhamdulillah cafe ini berjaya dibangunkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada ibu dan ayah saya yang menjadi tulang belakang saya selama ini, serta family dan kawan-kawan saya yang sudi menyokong sejak mukadimah lagi. 

Semoga Cafe ini dapat membuatkan hadirin dan hadirat sekalian girang menjamu selera  dan bersantai di sini. I pray that Allah blesses all those who visit this Cafe in the same way that He blesses us Muslims during Dhuha hour . May Dhuha be your joy during the morning bright, " aku mengukirkan senyuman yang lebar dan ikhlas kepada tetamu-tetamu yang hadir. 

Tangan yang bergetar dari tadi sudah berhenti geterannya, public speaking memang scary and nervous. Aku menghembuskan lafas lega. Hati yang berdegup kencang kini sudah reda daripada pertarungan tadi. Alhamdulillah for everything Ya Rabb.

 Usai memberi ucapan, para tetamu yang hadir menepuk tangan mereka. Mereka seakan-akan tidak sabar ingin menjemput diri ke dalam cafe

 Tanpa melengahkan masa, aku membuka pintu utama cafe dengan seluas-luasnya. Pelanggan yang berdiri di luar cafe mengatur langkah mereka memasuki cafe, kedengaran bunyi loceng pintu berdering tanpa henti. Kebanyakan yang datang cuma family dan kenalan yang rapat-rapat je. 

Aku berjalan di dalam cafe untuk monitor pekerja membuat kerja mereka. Yelah, big boss main tengok tengok je hoho. Suasana cafe memang sangat hiruk-pikuk, tetapi terasa riah suasana. 

 Ketika aku sibuk melayani serta mempelawa pelanggan-pelanggan yang datang, tanpa disedari ada seseorang menjerkah aku dari belakang. Terenjut seluruh badan aku dibuatnya.

" Oi, Adik! Amboi aku tengok busy betul kau ni ye. Yelah dah buka kedai mana tak nya sampai abang sendiri pun kau tak layan," kata Emir sambil berpeluk tubuh. Haih mamat ni dah kenape? Merajuk ke abang oi?!

" Kau ni, cubalah jangan main jerkah macam tu je. Salam tak reti ke? Adab mana? Dah tinggal kat rumah? Assalamualikum abang," aku katakan kepada Emir seraya menjelingkan mata ke arahnya. Nasib jantung aku ni masih elok, tak tercabut.

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now