⚜ six

28 5 5
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

     " Semua jeemah ada kat sini ke? Kalau ya, saya akan memberikan kata-kata mukadimah sebelum kita bertolak ya. " ujar ustazah Salmah.

" Adik,  dengar ya elok-elok apa yang ustazah nak sampaikan. Pasang telinga tu," pinta ibuku.

Aku mengangguk seraya menunggu ustazah mulakan ucapan nya.

" Baik ibu. " ku memberikan sekuntum senyuman kepada nya, yang sedang memegang tangan ku.

" Kita akan masuk mengikut line, biasanya akan mengambil almost 1 atau 2 jam disebabkan pihak Arab Saudi memperketatkan undang-undang semenjak pandemik COVID-19. " kedengaran suara lantang ustazah.

" Kalau kita sudah masuk, diingatkan menjaga tata tertib kita, percakapan kita. Banyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Kirim salam akan baginda, saidina Abu Bakar dan juga saidina Umar. Ingat ye jemaah kita datang bukan nak makan angin, kita datang nak jumpa kekasih Allah. Habibullah. Baginda tahu kita datang melawatnya, mana tak nya dari beribu-ribu batu kita sanggup meninggalkan anak-anak kita,  mak bapa kita,  saudara-saudari kita. Jadikanlah pertemuan ini salah satu detik yang paling bersejarah dan bahagia buat jeemah sekalian. "

" Apabila kita sudah masuk ke Raudhah, solatlah dekat tempat yang tiangnya lain dari yang lain. Tiang yang berwarna hijau ya jeemah,  jangan yang lain pula. Paling baik, solat dihadapan sekali, di antara mimbar Rasulullah dengan makam baginda. Jemaah boleh lah solat sunat dhuha, hajat, taubat dan etc. Memang susah dan memerlukan kesabaran yang amat bila berada di Raudhah sebab bukan group kita sahaja yang akan ada di sana, berbagai manusia ada. Semua akan berebut-rebut ingin solat, jadi jemaah jangan putus asa! Kita doakan agar Allah permudahkan urusan kita di sana kelak, " sambung ustazah.

" Usai solat, dinasihatkan agar berdoa dalam sujud. Sebab dekat sana kelak ada pengawal-pengawal arab perempuan yang akan jaga, untuk memastikan jeemah tidak mengambil masa yang begitu lama. Dia orang sedikit kasar jadi banyakkan bersabar ya.  Ambillah berapa minit sekalipun, luahkan semua isi hati yang tersurat dan tersirat yang ada dalam diri. And trust me, there is no better feeling that that. Minta dengan Rasulullah,  agar Allah ampunkan dosa kita. InsyaAllah, Allah akan ampunkan kita, He is indeed the Most Merciful and Most Forgiving. " pesan ustazah.

Kata-katanya telah menusuk ke dalam hati lalu aku minitskan air mata. Tersentuh. Pilu. Gembira. Semua emosi melanda aku sekarang, tidak dapat aku luahkan isi hati ku kini. Ibu kesayangan mengelap air mata ku dengan tangannya. Syukur kepada Illahi sebab aku berada dengan ibuku sekarang, kami akan memasuki Raudhah bersama kakak.

" Baiklah, nampak nya saya sudah kehabisan kata-kata untuk jemaah. Marilah kita berdoa kepada Allah agar urusan kita dipermudahkan, agar senang jemaah ingin solat di Raudhah. Moga-moga kita dapat selesaikan lawatan kita sebelum solat Zohor. " kami semua mengangkat tangan ke langit. Ustazah membacakan doa seraya kami amin kan doa.

" Baiklah, kita bertolak sekarang ya?  Nanti kalau lambat tak sempatlah jemaah makan nanti," gelak ustazah.  Haih ustazah sempat pulak melawak pagi-pagi ni. Kamk semua gelak akan karenah ustazah.

Ya, kami memang belum makan pun. Disuruh berkumpul di luar perkarangan hotel pada pukul 3 pagi. Yes, 3 pagi. Inilah pengorbanan yang harus dilakukan untuk berjumpa dengan kekasih Allah. Tapi tak apa, aku ni burung hantu jadi tak ada masalah kalau berjaga pada waktu begini.

Akhirnya kami mengatur langkah menuju ke Masjid Nabawi. Di dalam perjalanan, kami semua bersemangat mengucapkan selawat kepada baginda beramai-ramai.  Haa macam kanak-kanak riang pun ada aku tengok! Hehe mana tak nya, akhirnya impian aku selama ini menjadi kenyataan. Syukur kepada Allah, no words can comprehend how grateful I am for being here, to meet His lover.

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now