⚜ ten

14 4 3
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ 𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

Kringgg.

Bunyi loceng bergema di seluruh cafe saat aku melangkah masuk. Pekerja-perkerja yang amat sibuk membuat persiapan cafe terhenti langkah mereka. Lalu, mereka mengucapkan selamat pagi kepadaku.

Aku melontarkan senyuman kepada mereka dan mengucapkan salam. Wah, bagusnya pekerja aku ni! Pagi pagi dah bersemangat nak buka cafe. Ini baru betul. Applause!

" How's everyone? Nyenyak ke tidur semalam?" soal aku kepada pekerja aku.

" Elok je saya tidur bos! Hoho sempat lagi tengok drama korea. " balas Adira, casher cafe ini.

" Amboi, sempatnya awak tengok drama korea! Saya pulang semalam terus peng kat katil." ujarku sambil meregangkan sedikit badan. Takut jelah, kalau tak stretching sikit badan ni, nanti muscle tak function. Takutlah pulak jadi muscular dystrophy nanti.

" Kau ni Dira. Asyik je melayan drama Korea hang tu! Sampai hati kau syok sorang sorang tak spill dengan aku. Hmph, merajuk lah ni." Suraya, PA aku memalingkan kepalanya ke arah tingkap. Bibirnya mencebik tanda merajuk. 

" Ehh, kak Suraya! Janganlah merajuk! Okay fine fine nanti saya spill tittle drama tu eh? Sekarang ni mana boleh. Nanti mam kita ni marah macam mak habis kita semua nanti." kata Adira sambil meneruskan kerjanya yang terbengakala tadi. Keluar ketawa halus dari mulutku.

Semua staff yang lain pun angguk dan setuju. Eh? Aku ni marah mcam mak ke? Setahu aku, belum lagi aku tunjukkan amarah aku dekat sesiapa.

" Ish, kamu semua ni! Sudah sudah, get back to work. Kalau tak siap semua ni nanti saya potong gaji awak semua nak?" aku senyum sinis. Semua staff membutang mata lalu menggeleng kepala dengan laju.

" O-Okay boss!" dengan pantas mereka menyambung semula kerja mereka. HAHAHA aku gurau jelah. Takkan lah aku ni kejam sangat sampai nak potong gaji sebab hal remeh ni je. Dia orang ni pun satu, gurau sikit je terus je takut. Hmm, nakpanya aku perlu kurangkan jokes aku ni. 

" Baiklah semua, saya akan berada dekat office. Kalau ada apa-apa yang berlaku panggil saya ASAP. Understood?" aku pandang mereka satu per satu sambil menunggu respons.

Mereka mengganguk kepala. I take that they understand my instruction. Kaki mulakan langkah pergi ke luar cafe dan melangkah masuk ke ruangan di sebelah.

Tangan menekan butang first floor. Canggih kan? Kedai ini pun ada lif, taklah susah susah aku nak turun naik nanti. I know a little exercise won't hurt but... apabila kita mengejar masa kita mestilah rushing kan?  Takpe nanti je kita exercise.

Tanpa melengahkan masa, aku dan Suraya terus melangkah masuk ke dalam lif.

Sampai sahaja di first floor, aku disapa dengan mesranya oleh officer di sini. Aku membalas sapaan mereka. Macam tak biasa je jadi boss ni. Rasa pelik pulak dapat treatment macam ni. Tapi tak bermakna aku benci. Suka adelah.

Kaki menuju ke ruangan bilik aku yang terletak di hujung sekali. Tangan menolak pintu kaca itu. Terus aku membuka AC dan duduk di kerusi velvet berwarna pink. Suraya berdiri di hadapan  menunggu arahan aku.

" Suraya? Kenapa awak tense sangat ni? Relax, saya ni bukannya makan orang pun. As long as you did your work, I'm not gonna scold you. Tak sedap hati saya tengok awak macam ni, rasa bersalah pulak. " omelku kepada Suraya.

Benar, walaupun dia sudah beberapa hari bekerja dengan aku, tetapi aku dapat rasakan kejanggalan di antara kami. Aku tak nak macam tu, sebab Suraya ni seorang pekerja yang bagus. Dan lebih bagus juga kalau dapat menghubungkan silaturahim antara pekerja dengan majikan.

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now