⚜thirteen

21 2 3
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶  ࿐ྂ

          Selangkah demi selangkah kaki aku berjalan menuju ke parking lot. Ruangan parkir ini sangat sunyi, hanya tinggal beberapa buah kenderaan sahaja diparking di sini.

Entah mengapa, bulu romaku merinding. Tas tangan Gucci aku dirapatkan di tangan dan dalam masa yang sama aku mengeluarkan pocket knife dari tas aku.

Ya, pocket knife. Aku memang sediakan pocket knife dan paper spray di dalam tas aku incase kalau ada mamat botak tiba-tiba menyergah aku. In times like that, you only have yourself to protect you, not waiting for a knight shining in armor to save you. Kaki berjalan dengan kelajuan yang pantas.

Apabila bayangan kereta salju aku mula menampakkan figuranya, hatiku berasa sungguh lega. Adrenaline kini berkurangan.

Klink.

Ibu jari menekan butang kereta lalu dengan tangkas aku memboloskan diri ke dalam perut kereta. Alhamdulillah I'm safe and sound. Tangan mengurut hati yang berdebar dek gelisah menjelma. Sebelum aku memulakan perjalanan, sempat tanganku menadah dan membaca doa menaiki kenderaan, itulah kelaziman aku setiap kali ingin menaiki kereta.

Kita sebagai hamba-Nya mestilah memohon perlindungan dari Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya. Terutamanya ketika di atas jalan raya, kita tak tahu mungkin kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata. Kaki sedia menekan pedal minyak apabila tangan sudah menukar gear.

ρŕùţţ.

" Eh? Bunyi apa tu? " desis aku didalam hati.

ρŕùţţ.

Macam...macam bunyi orang kentut! Tapi Ya Allah, bunyi nya memang kuat betul! Boleh kalah bom kentut Emir.

Tangan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Dari mana datangnya bunyi kentut ni? Bunyi itu macam datang dari kereta aku. Dengan sekilas aku mengambil telefon dan pocket knife aku lalu keluar dari perut kereta.

Mata kusyuk mencari sumber bunyi kentut tersebut datang. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya jumpa juga. Lantas mata aku menangkap ada kebocoran pada tayar saat menunduk di sisi kereta. Tanganku menyentuh lubang yang bocor itu, masih terdapat sisa angin yang keluar.

It's a fresh cut. Which means, this tire was leak not too long ago. Aku berfikir sejenakTadi datang kat hotel okay je tadi, tapi bila nak balik mulalah mengada buat hal. Hmm, baguslah tu! Tanpa sedar, aku telah mengeluh besar.

Eh, astagrafirullahalazim Zeera! Kawal sikit amarah tu, kau mesti banyak bersabar dalam dugaan macam ni, jangan biar syaitan membisik benda tidak bagus. Aku seperti memujuk hati yang hampir merungut dan marah. Nazeera, kau mesti bersabar. Jangan mudah mengalah dan mengeluh! 

This isn't the woman you want to be. Ya, betul! Mana boleh mengalah macam itu sahaja! Tsk tsk so not attractive. Kepala aku menggeleng tanda tidak setuju dengan tingkah laku aku. Tanpa melengahkan masa, jari-jemari aku mula menaip pada papan kekunci. Menaip nombor Emir.

....

Panggilan yang anda hubungi tidak dapat dicapai, sila tinggalkan pesanan selepas bunyi beep.

Kening aku berkerut. Mana mamat ni? Sibuk betul dia melayan tetamu, tahulah bila dah jumpa kawan tak ingat adik sendiri. Mulutku mengeluh kecil. Well, kalau Emir tak jawab panggilan, aku perlu buat sesuatu. Takkanlah nak menunggu knight shining in armor  melintas dengan kudanya? Kalau macam tu sampai bila nak maju!

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now