⚜twelve

23 2 3
                                    

. . . ⇢ ˗ˏˋ𝒩𝒶𝓏𝑒𝑒𝓇𝒶 ࿐ྂ

           Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyelimuti badanku. Bunyi kicauan burung menjadi latar belakang kami berdua. Mataku terlalu terpaku melihat figura di hadapan aku. 

"No, this can't be. Is it...really him? " gumamku, sendirian.

Berulang-ulang kali aku cuba untuk menyakinkan diri bahawa apa yang aku lihat adalah benar. Aku terlalu terpukau melihatnya, aku ingin memastikan dia adalah yang aku jumpa setahun yang lalu, dan bukannya ilusi dari kepalaku sendiri. 

Dalam lamunan aku, aku tidak sengaja menatapnya dengan begitu lama. Eh, astagrafirullahalazim! Bahaya melihat bukan mahram lama-lama Nazeera! Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. Terasa kesal dalam hati kerana terlanjur oleh hawa nafsu sendiri.

Kepala aku digeleng beberapa kali dan pemandangan aku dilontarkan ke arah Bella yang berdiri di belakang dia. Aku alpa akan kehadiran Bella kerana terlalu melayan ilusi sendiri. Bella berjalan dengan perlahan-lahan ke arah aku. Keningnya dikerut dan dia meneliti siapa gerangan di hadapannya. Air mukanya sangat keliru. Keliru akan apa yang berlaku sekarang.

Aku pasti banyak persoalan di minda Bella. Aku, pun, mempunyai seribu pertanyaan di fikiranku sekarang. 

How did he get here? How does he knows I'm here? And.. white lily? Bukan kah itu nama kucing yang aku dan dia selamatkan dahulu? Maka, semua memori yang terpendam di dalam benak fikiran kini berputar kembali di dalam fikiranku. 

Tapi yang paling crucial sekarang ini ialah....perasaanku. Cheeks muscle aku bertungkus-lumus supaya tidak melakarkan senyuman di wajahku. Jauh di sudut hati, aku berasa gembira bahawa dia telah menampakkan dirinya di dalam hidupku kembali.

Selama ini, hatiku tercari-cari bayangan dia yang nama tidak diketahui. Sekali-sekala, aku selitkan dia di dalam doaku, agar dia muncul di hadapan aku lagi. Dan harini, Allah, Al-Qadeer telah memakbulkan doaku. All praises to Allah SWT, the 𝘈𝘭-𝘘𝘢𝘥𝘦𝘦𝘳, the One who is Most Capable of everything.

For once, I felt... complete.

Kemudian, aku teringat. Aku...aku tak suka perasaan ini.

" Aunty, aunty siapa lelaki tu? Handsome betul dia! Bella nak kawan dengan uncle tu boleh?" tutur Bella sambil menarik lengan bajuku. Dia memandang ku dengan mata yang bersinar-sinar dan senyuman yang aku tahu maksud disebaliknya. 

Haish, anak buah aku ni! Bella ni jarang tengok orang yang good looking sikit, sekali masuk dalam radar budak ini pasti tidak akan dilepaskan peluangnya. Sampai ada satu masa dia berpura-pura jatuh di hadapan seorang lelaki dari Eropah yang sedang membeli-belah. Bella mengadu kesakitan dan mengunakan tektik muka comelnya untuk menarik perhatiannya. Lelaki itupun hanya melayan telatah Bella.

Mengingati memori tersebut, mulutku mengeluh. Entah dari siapa agaknya dia oleh perangai itu. Mataku melihat ke arah Bella, " Bella, aunty pun tak tahu siapa dia ni. Hanya pernah terserempak beberapa kali, itu je. And no! Bella tak boleh kawan dengan uncle tu. Just because he's good looking doesn't mean he's a good guy!" pesanku.

" Alaa aunty. Bella nak kawan dengan uncle tu! " Bella mula merengek di hadapanku. Dia yang hanya melihat kami berbicara itu menunjukkan muka yang risau.

" No, Bella. Bella tak boleh kawan dengan uncle tu. He's a stranger, remember? You can't just be friends with some you don't know," aku menunduk dan memujuk Bella yang kelihatan akan membuat kecoh dalam beberapa saat. 

STAR CROSSED LOVERWhere stories live. Discover now