'Sila masukkan syiling untuk menikmati mesin-'
Kcing!
Dine memasukkan sejumlah syiling bernilai RM2 ke dalam mesin minuman layan diri di hadapannya. Deretan susu strawberi pada mesin itu ditenungnya tanpa berkelip. Dahaga mak oi~ Tengahari buta macam ni memang pekena air sejuk lah gamaknya.Dine melirik ke arah jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangannya. Segera dia mengambil susu strawberi dan mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah yang sudah mula lengang tanpa pelajar.
Cuaca hari ini agak terik disebabkan musim panas hampir tiba. Berpusu-pusu pelajar berteduh di bawah pondok bas berdekatan pagar sekolah tidak mahu terkena cahaya matahari yang tegak di atas kepala. Dine hanya memerhati pelbagai situasi yang berlaku di sekelilingnya sambil perlahan mengorak langkah di laluan pejalan kaki. Dia lebih selesa berjalan daripada menaiki bas sekolah yang padat dengan manusia. Ergh bau hapak! Tak sanggup dia nak hadap semua tu semata-mata tidak mahu dijemur bawah matahari.
Airpod dipasang di kedua belah telinganya sebelum memainkan lagu kegemarannya setiap kali pulang dari sekolah, Can't Take My Eyes Off You - Frankie Valli. Lagu zaman 60-an itu sudah melekat dalam dirinya sejak mencecah umur 13 tahun lagi. Tahun dimana dia mula kenal apa itu cinta. Ceh wah berpuitis pulak dia tiba-tiba. Tapi itulah hakikatnya, lirik yang terdapat pada lagu tersebut sangat menjelaskan tentang keadaannya sejak masuk tingkatan 1 hingga kini sudah menginjak 16 tahun.
Dine menghempaskan badannya di atas tilam empuk sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat 2 kediaman keluarganya. Baru saja berniat untuk tidur, telefonnya berbunyi. Siapa pulak mesej tak on time ni? Kacau betullah. Dia membuka aplikasi Whatsapp untuk membaca setiap mesej yang masuk.
Inilah kehidupan Naura Audine. Ada crush tapi tak reti nak confess. Nak update pasal crush sendiri pun kena mintak tolong kawan. Tak pasal-pasal member-member si Dine ni kena jadi stalker tak berbayar. Tahu-tahu je dah genap 3 tahun Dine bertepuk sebelah tangan. Dah berbuih mulut rakan-rakannya menyuruhnya untuk mendekati lelaki berjawatan ketua pengawas tersebut. Entahlah, tak ready lagi kot. Cukup sajalah dia hanya memerhati gerangan lelaki itu dari jauh. Dekat-dekat nanti pengsan pulak. Naya nanti.
YOU ARE READING
CHANCE || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Teen Fiction⸻ Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan. Harapan yang disimpan tidak semestinya boleh digapai. Tidak semua juga mampu mendapat peluang yang dimahukan. ※ This story is dedicated for all who're hoping for something uncertain. 2023 ||...