eleven

9 3 2
                                    

"SELAMAT SEDAR PARK JISUNG!!" Bob memasuki ruangan wad dengan menabur konfeti berwarna warni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SELAMAT SEDAR PARK JISUNG!!" Bob memasuki ruangan wad dengan menabur konfeti berwarna warni.

Hampir penuh wad persendirian milik Jisung disebabkan kehadiran semua team hokinya. Lelaki itu tersenyum lebar melihat kehadiran mereka.

Rasa terharu menjengah dalam sanubarinya melihat mereka semua sanggup datang melawatnya. Walaupun ikatan persahabatan mereka masih baru.

Segala kejadian yang berlaku semasa perlawanan muncul dalam memorinya satu persatu. Dia masih tidak sangka pasukannya berjaya merangkul kemenangan sebagai johan perlawanan hoki peringkat zon.

Ya. Johan.

Masih terbayang betapa gembiranya mereka saat kemenangan mereka diumumkan. Kesemuanya berpelukan antara satu sama lain menyambut kejuaraan mereka. Dine adalah orang pertama dipeluknya kerana banyak jasa yang ditaburkan atas dirinya.

Gadis itu banyak membantunya dalam semua aspek. Mental dan fizikal.

Tepat waktu kemenangan mereka diumumkan, air pancut dilayangkan ke udara bagi meraikan kemenangan mereka. Tidak mereka sangka maruah mereka selama ini yang sudah tercalar sudah terbela.

Detik ini, Jisung memerhatikan kegembiraan rakan-rakannya satu persatu di hadapannya dengan senyuman paling lebar pernah dipamerkan. Tidak pernah dia merasa sebahagia ini.

Mereka semua sedang ralit menyusun segala makanan dan buah tangan yang dibawa untuk Jisung sehingga keadaan di situ sedikit huru-hara.

Dine juga tidak terkecuali membantu mereka apa yang patut. Sesekali anak matanya diam-diam melirik ke arah Jisung yang sedang tersenyum melihat keadaan di wadnya.

Sehingga mata mereka bertemu.

Jisung tersenyum ke arah Dine sambil tangannya perlahan membuat isyarat supaya gadis itu datang menghampirinya.

Berdebar-debar gadis itu dibuatnya melihat kelakuan Jisung seperti itu. Segera dia menghampiri katil Jisung dan duduk di kerusi berdekatan.

"Semalam balik siapa teman?" Jisung memusingkan badannya menghadap Dine sepenuhnya.

"Urm.. balik sorang je. Sini dengan rumah takde la jauh mana." Dine cuba memasang muka biasa. Tidak mahu terlihat gugup atau malu.

Jisung mengangguk seraya mengusap kepala Dine sehingga rambut hadapan gadis itu sedikit berantakan.

"Jisung."

Lelaki itu mendongakkan sedikit kepalanya mencari tuan empunya suara tersebut.

"Oh Sera, kenapa tak mesej kata nak datang.. Boleh saya tunggu awak dekat bawah tadi."

Dine menoleh ke arah gadis yang agak familiar di matanya. Sering dia melihat Jisung bersama gadis ini lebih-lebih lagi semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Dia cukup tahu hubungan mereka sebagai rakan sejawatan agak rapat. Boleh jadi Sera lebih mengenali Jisung dari dirinya.

Cemburu? Bohong la kalau dia tidak cemburu melihat kemesraan mereka selama dia menyimpan perasaan terhadap Jisung dari dulu lagi.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now