eight

10 2 5
                                    

"Aku rasa kan nanti kita kena buat plan untuk setiap game

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa kan nanti kita kena buat plan untuk setiap game. Lepastu susun position lain-lain lepas half time tu. Susah musuh nak trick kita." Ellya sibuk menyusun posisi untuk setiap pemain pada hari perlawanan nanti.

Coach Harith hanya memerhati dari jauh. Dia sudah tahu sangat Ellya seorang yang boleh dipercayai. Segalanya diserahkan kepada Ellya tanpa merasa risau. Tidak sia-sia dia memilih pelajarnya ini sebagai kapten pasukannya.

Selepas beberapa minit berbincang bersama kesemua ahli pasukan, mereka bersurai untuk pulang.

"Dine, aku kena pergi kelas kejap ambik buku latihan. Kalau kau nak balik dulu pun takpe." Ellya memandang Dine yang sudah siap mengemas peralatan dan sedia untuk balik.

Iya, rakannya itu sudah kembali pulih seperti sedia kala. Cepat betul masa berlalu sedar-sedar lagi 25 hari saja lagi menjelang hari perlawanan.

Dine mengangguk kemudian mula mengorak langkah meninggalkan kawasan turf. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.

"Balik sorang je ke?" Jisung menyamai langkahnya bersama Dine. Cadangnya mahu pulang bersama Bob tapi Bob sakit perut pula berkampung dekat toilet.

"Taklah, ada je ni ha makhluk halus kat sebelah teman." Dine selamba menjawab soalan Jisung sambil membetulkan beg silangnya yang sedikit senget.

"Uishh makhluk halus jangan bawak main." Terkejut member tu tiba-tiba makhluk halus disebutnya. Pelik-pelik betullah budak ni.

Dine hanya tertawa kecil melihat reaksi Jisung di sebelah. Langkah diatur sedikit laju tidak mahu bersebelahan dengan crush. Tidak kuatttt.

Jisung pula sibuk mengikut langkahnya dari tadi.

"Eh jangan lah jalan laju sangat, nanti kalau ada kereta langgar ke ape ke bahaya tau." Jisung mengingatkan dari belakang. Risau pula terlebih laju si Dine ni jalan. Dah lah tak tengok kiri kanan, menonong je.

"Tahulah, aku bukan budak kecik lagi." Dine membalas tanpa memandang Jisung yang setia mengikutinya dari belakang.

"Dah memang kau budak pun." Dine memusingkan badannya menghadap Jisung.

"Apahal tiba-tiba aku budak pulak?" Dia memerhati Jisung dengan hujung matanya. Tidak puas hati dirinya dicap sebagai budak.

"Haah sebab kau pendek." Jisung menjawab soalan Dine dengan senyuman.

"Aku panggil kau budak boleh?" Sengaja mahu menaikkan darah si Dine ni. Dah lah tengah panas menggelegak tengahari ni.

"Tak boleh, suka hati je.." Dine menjeling sementara Jisung ketawa sendirian. Suka betul dia mengusik budak berumur setahun lebih muda darinya ini.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now