twelve

8 3 3
                                    

"Nama?" Jisung menghentikan beberapa pelajar yang terlewat masuk ke bangunan akademik sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nama?" Jisung menghentikan beberapa pelajar yang terlewat masuk ke bangunan akademik sekolah.

Pen dan buku nota kecil yang terselit kemas pada poket dikeluarkan untuk mencatat nama dan kesalahan setiap pelajar di situ.

Setelah seminggu dia berehat di wad rawatan kecemasan, dia berasa semakin segar dan tidak seletih yang dirasainya selama ini.

Dia tidak sedar bahawa selama ini dia banyak memaksa diri untuk membuat kerja sehinga kehilangan tenaga dan tidak cukup rehat.

Setelah selesai menulis rekod pelajar, dia bergegas ke bilik bwp untuk memotong markah merit pelajar-pelajar terlewat tadi.

Sedang dia menghadap komputer dalam bilik tersebut, pintu dikuak oleh seseorang. Terlihat Sera masuk bersama beberapa dokumen guru-guru bertugas.

Gadis itu langsung tidak melihatnya sepanjang dia meletakkan dokumen tersebut dan bergerak ke pintu untuk keluar.

"Sera."

Jisung mahu memastikan gadis tersebut dalam keadaan baik sahaja. Pelik juga dia kerana selalunya Sera akan sentiasa menegurnya setiap kali berjumpa.

"Ya?" Ringkas gadis itu membalas.

"Awak okay?" Jisung memandangnya dengan penuh perhatian.

Sera hanya tersenyum canggung mendengar soalan dari Jisung. Dia cuma mahu menjarakkan sedikit dirinya dari Jisung. Perbualannya bersama Dine tempoh hari membuatkan dirinya berasa serba salah.

"Okay je. Saya ada kerja lain ni, pergi dulu." Sera terus keluar dari bilik tersebut tanpa menunggu balasan dari Jisung.

Lelaki itu hanya melihat gerak geri Sera sehingga hilang dari pandangannya. Pelik sungguh. Jisung menggeleng perlahan sebelum menyambung kembali tugasnya.

Telefon bimbit disisinya bergetar sambil menayangkan nombor Coach Harith. Segera diangkat panggilan tersebut.

❥・•

Besen berisi pakaian jersey pemain hoki diletakkan di sebelah paip besar berhadapan dengan turf. Dine mengambil kerusi kecil dan duduk menghadap besen tersebut.

Dia mula membuka paip dan memberus satu persatu baju tersebut. Coach Harith memanggil mereka semua untuk gotong-royong stor hoki sekolah. Nampaknya seharian lah mereka perlu berkampung di stor kerana keadaan bilik itu kurang memuaskan.

Jisung yang baru saja sampai mengambil posisi di sebelah Dine dan mencapai baju di dalam besen tersebut. Cuaca sedikit terik membuatkan dia membuka hoodienya.

Dine menoleh ke arah Jisung seketika sebelum kembali fokus terhadap baju-baju tersebut. Kenapalah mamat sebelah dia ni hensem sangat? Jumpa hari-hari pun tak pernah bosan.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now