"Dine, nah." Jaemin menghulurkan sebuah beg kertas berisi seutas rantai berwarna rosegold jenama chanel. Mata Dine terbuntang melihat jenama yang tertera pada beg kertas itu.
"Kau biar betul ni, mahal sangat ni weh." Dine tidak berani untuk menyentuh beg tersebut.
"Ambik jelah, cuba belajar bersyukur." Jaemin menarik tangan Dine untuk menerima hadiah darinya.
Semalam dia tidak sengaja terlihat deretan barangan kemas di hadapan kedai berjenama mewah tersebut. Fikirannya teringatkan Dine yang sangat sukakan rantai. Tanpa berfikir panjang dia terus membeli rekaan yang menarik perhatiannya dan difikirnya sesuai untuk Dine.
"Tapi-"
"Dah tak payah tapi-tapi, aku nak tengok kau pakai nanti. Cau." Jaemin bangun dari duduknya meninggalkan kawasan perumahan Dine bertemankan motosikal kesayangannya.
Dine mengerutkan dahinya sambil memerhati Jaemin menghilang dek kegelapan malam.
Hairan sungguh dia. Malam-malam buta datang bagi hadiah mahal. Dah lah tak cakap sebab kenapa tiba-tiba beli. Risau pula dia kena berhutang dengan lelaki itu. Tak termampu dia mahu bayar semula harga rantai tersebut.
Dine membuka telefon bimbitnya untuk menghantar mesej pada Sera. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menemani gadis itu saat Mark ditangkap oleh polis. Yang ada waktu itu cuma Jisung dan Jaemin.
Tidak sangka pula kerja part time Jaemin yang diketawai olehnya dan Ellya dulu mampu membantu mereka mencari Sera. Syukur sangat. Sempat dia menelefon Jisung malam tadi bertanyakan keadaan Sera. Itu kali pertama dia mendengar suara tangisan lelaki itu.
'Aku.. aku rasa bersalah sangat Dine..hiks'
Terngiang-ngiang di telinga Dine tangisan Jisung dan segala luahan lelaki itu tatkala berjumpa Sera di rumah terpencil tersebut. Dia hanya mampu mendiamkan diri. Sesekali dia cuba menenangkan lelaki itu dan memberi kata-kata semangat.
Walaupun jauh di lubuk hatinya dia dapat rasa,
Sera sangat istimewa untuk Jisung.
Dine hanya mengeluh perlahan sebelum cuba untuk melelapkan matanya.
❥・•
"Esok jom keluar nak?" Dia sudah ada rancangan untuk meluangkan masa bersama Dine lebih sedikit hujung minggu ini. Jaemin sendiri tidak mahu menangguh-nangguh misinya.
"Sorry weh, Jisung ajak aku lepak dengan Sera. Next time kita keluar eh?" Dine kembali menyambung bermain telefonnya. Entah apa yang dilihatnya khusyuk betul dari tadi.
Jaemin hanya mengangguk perlahan.
Terkadang dia merasa terpinggir setiap kali Dine sering mengutamakan Jisung darinya. Pernah dia mengutarakan hal ini kepada Ellya tetapi gadis itu hanya bercerita tentang perasaan Dine terhadap Jisung.
YOU ARE READING
CHANCE || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Teen Fiction⸻ Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan. Harapan yang disimpan tidak semestinya boleh digapai. Tidak semua juga mampu mendapat peluang yang dimahukan. ※ This story is dedicated for all who're hoping for something uncertain. 2023 ||...