Mata yang sudah sekian lama terkulai layu kini mula terbuka secara perlahan. Cahaya memasuki ruang penglihatannya membuatkan dirinya mengenyitkan matanya kerana tidak tahan terhadap silau.
Niat untuk membetulkan rambutnya yang berantakan terhalang apabila dia mula menyedari tangan dan kakinya diikat kemas pada sebuah kerusi. Dia cuba untuk bergerak namun gerangan yang muncul di hadapannya membataskan segala pergerakannya.
Sera hanya menunduk kerana tidak mahu melihat wajah manusia sial itu. Mark hanya tersengih melihat Sera seakan tidak mahu memandangnya. Pagi-pagi kesabarannya sudah tercabar.
Dia mencapai kerusi dan duduk betul-betul berhadapan dengan Sera. Telefon bimbit gadis itu dikeluarkan dari poket dan mula menjelajah isi telefon tersebut.
Tindakan Mark membuatkan Sera mengangkat kepalanya tidak rela.
"Park Jisung..." Lelaki itu mula bersuara setelah membuka aplikasi Whatsapp di telefon Sera.
"Jay..." Dia meneruskan membaca kesemua contact number lelaki pada telefon itu satu persatu.
"Banyak jugak nombor lelaki kau simpan, tahulah kau tu murah tapi janganlah tunjuk sangat." Mark menatap wajah Sera tajam.
Dia menayangkan skrin telefon tersebut di hadapan Sera sambil tersenyum lebar.
Kosong.
"Dah delete, kan settle masalah." Mark membuka pula aplikasi lain. Habis segala akaun media sosial Sera dibuang berserta segala gambar gadis itu.
Air mata kembali mengalir di pipi Sera. Satu persatu kejadian yang berlaku selama dia menjalinkan hubungan bersama Mark kini berulang semula.
Trauma yang menggila membuatkan badannya terketar hebat. Dia takut. Dia sangat takut."Hey.. sayang janganlah nangis.. I ada dekat sini you jangan risauu" Mark mendakap tubuh Sera dengan erat. Dia mengemaskan rambut gadis itu dengan menyelitkan di belakang telinga sehingga jelas wajah Sera yang memerah kerana asyik menangis.
"AKU BENCI LAH KAU!!" Sera menolak Mark dengan kuat sehingga lelaki itu sedikit ke belakang.
"HEI KAU DENGAR SINI POMPUAN! MULAI SAAT NI, TAKDE SAPE AKAN RAMPAS KAU DARI AKU! KAU MILIK AKU! FAHAM!" Dagu Sera direntap kasar.
❥・•
"Okay, semua boleh bersurai." Jisung memberikan arahan terakhir setelah dua jam mengadakan mesyuarat kecil bersama ahli kepimpinan pelajar. Sebaik sahaja kesemuanya telah keluar, Jisung mencapai telefon bimbitnya.
Nombor Sera didail berkali-kali. Dahinya sedikit berkerut kerana sejak semalam panggilannya tidak diangkat. Hari ini juga tidak kelihatan kelibat gadis itu di mana-mana.
Segera dia mempercepatkan langkahnya ke kelas 5 Harvard alias kelasnya sendiri. Jay yang sedang sibuk menconteng meja ditegur.
"Weh, nampak Sera tak?"
Jay hanya menggeleng perlahan. Dia membuat muka yang membawa maksud 'kenapa'. Dia juga perasan gadis itu tiada sejak petang semalam.
"Urm, takpelah" Jisung membalikkan badannya untuk keluar.
"Jisung, aku ada benda nak cakap dengan kau." Kata-kata Jay menghentikan langkah Jisung. Dia kembali menghadap Jay dan menghampiri kerusi bersebelahan sahabatnya itu.
Matanya menatap ke arah wajah Jay dengan penuh perhatian. Jarang-jarang rakan baiknya ini bereaksi se-serious ini. Ertinya 'benda' yang mahu dibincangkan ini bukan perkara yang main-main.
Jay berdeham terlebih dahulu membetulkan anak tekak sebelum memulakan sesi serious ini bersama Jisung. Sebagai teman atau lebih tepat sahabat karib, dia fikir dia perlu mengetengahkan hal ini.
"Kau.. still suka dekat Sera ke?" Pertanyaan Jay membuatkan Jisung yang mulanya serius bertukar menjadi senyum tipis. Time-time ni la nak menanya soalan tu pun.
"Kau dah tau jawapan dia kan?" Raut wajah Jay masih tidak berubah.
"Then, kenapa kau rapat dengan Dine?"
"Salah ke? Dine tu bukan siapa-siapa pun, kawan team aku jugak." Jisung sendiri tidak faham dengan soalan-soalan dari rakannya ini.
"Tak, sekarang ni kau pun tau kan Sera suka kau?" Jisung menggaru belakang kepalanya kasar. Dia cukup tidak gemar membicarakan tentang hal ini.
"Kau nak apa sebenarnya ni?"
"Aku nak tahu kenapa kau lately ni lebihkan perhatian kau dekat Dine berbanding Sera." Jay mengetuk meja di sisinya perlahan.
"No, kau tak faham Jay. Dua-dua aku layan sama rata lah."
"Kenapa kena layan dua-dua?"
Jisung terdiam.
"Jangan terlebih baik sangat dengan orang Jisung.. kita tak tau orang lain rasa apa dekat kita, bagi kau mungkin benda biasa.." Jay menepuk bahu rakannya sebelum beredar dari situ.
Dia bukan apa, cuma berasa kasihan terhadap Dine. Kalau betul Jisung masih sukakan Sera, layanan yang diberikan oleh rakannya pada gadis itu jelas salah.
Jisung cuba memproses kata-kata terakhir Jay sebentar tadi.
Salah ke untuk dia berbuat baik?
○ hah?
YOU ARE READING
CHANCE || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Novela Juvenil⸻ Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan. Harapan yang disimpan tidak semestinya boleh digapai. Tidak semua juga mampu mendapat peluang yang dimahukan. ※ This story is dedicated for all who're hoping for something uncertain. 2023 ||...