seven

16 2 0
                                    

Nampaknya Dine tidak main-main untuk segera sembuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampaknya Dine tidak main-main untuk segera sembuh. Baru masuk hari kelima, kakinya sudah semakin membaik dengan mendadak. Dia juga sudah boleh berjalan walaupun agak lambat.

Pagi itu, Dine sengaja keluar di halaman rumah untuk mengambil angin setelah sekian lama berkurung di bilik sahaja. Udara pagi yang segar dihirup sepuasnya.

Dia fikir apabila sakit macam ni, tidak perlulah dia asyik berdebar untuk bertemu dengan Jisung setiap hari namun ternyata tanggapannya salah sama sekali.

Setiap hari paling kurang sekali Jisung akan mesej bertanyakan tentang keadaannya. Soalan yang sama sahaja sama ada sudah makan ubat atau belum, krim sudah sapu, atau dah boleh berjalan ke. Ellya rakan baiknya pun tidak bertanya sekerap itu kepadanya.

Bukan itu saja, Jisung juga sering berpesan kepadanya supaya berhati-hati setiap kali mereka menjalani latihan bersama. Seakan-akan risau dirinya akan terjebak dalam sebarang kecederaan atau apa. Walaupun sekarang dia sudah terjebak.

Ternyata Park Jisung ini memang seorang yang sukar untuk dijangka. Bagaimana dia tidak jauh cinta kalau begini lah sikap Jisung? Perasaan yang disimpan selama ini semakin mendalam disebabkan layanan yang diberikan oleh lelaki itu.

Sedang dia meninjau-ninjau halaman rumah, muncul sebuah kereta berjenama Mercedes Benz berhenti tepat di hadapan rumahnya. Muncul dua orang lelaki yang agak tidak asing di mata Dine.

"Hello Dine sayang~"

Mata Dine membulat sebaik sahaja menyedari siapa yang datang. Ini biar kebenaran...

"Jaemin?"

Lelaki itu melambai-lambai ke arah Dine dengan senyuman lebar. Seorang lagi lelaki yang tampak jauh lebih dewasa serta berpakaian suit hitam turut tersenyum melihatnya. Raut wajah mereka begitu serupa.

"Iya, bukak lah pagar ni woii."

"Oh jap jap" Dine segera menghampiri pagar rumahnya dengan langkah yang masih tidak berapa teratur.

"Kenapa dengan kaki kau ni?" Jaemin memandang Dine dengan penuh kerisauan. Baru 4 tahun dia terbang ke Sydney, sudah tempang pula kawan kesayangannya ini.

"Takde apelah, nak baik dah pun." Dine membalas ringkas. Dia masih terkejut macam mana Jaemin boleh tiba-tiba ada di sini. Tiada angin tiada ribut sudah ada di Korea.

"Eh uncle masuk lah sekali." Dia mengajak Encik Na merangkap ayah kepada Jaemin untuk masuk sekali. Lelaki itu mengangguk seraya mengikuti langkah Dine.

Sudah lama dia dan anak lelakinya tidak mengunjungi kediaman yang indah ini. Tempat ini ibarat rumah kedua mereka suatu ketika dahulu.

CHANCE ||  𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now